Pura-Pura Kaya di Media Sosial Kini Jadi Trend? Wanita Ini Dedahkan Taktik ‘‘Bai Fu Mei’ Palsu Demi Tingkatkan Taraf Sosial


Gelagat pura-pura kaya di media sosial bukanlah perkara yang baru. Selain menjadi tempat berkongsi berita, platform media sosial seperti TikTok dan Instagram kini menjadi tempat untuk menunjukkan kekayaan masing-masing.

Hanya kerana seseorang itu nampak kaya di media sosial, ini tidak menjamin yang individu tersebut benar-benar kaya. Segala kekayaan yang ditampilkan di media sosial boleh dibuat-buat demi kepentingan sendiri.

pura-pura kaya di media sosial kini sudah jadi trend

Nak Jadi Pura-Pura Kaya di Media Sosial Pun Ada Taktiknya !

Inilah realiti yang berlaku di Shanghai, China. Pengguna TikTok dengan nama Midiforreal telah mendedahkan tentang fenomena sosial ini secara terperinci. Dalam video TikTok tersebut, beliau telah berkongsi tentang kehidupan mewah sekumpulan gadis ‘Bai Fu Mei’ atau wanita cantik dan kaya ini sebenarnya adalah sandiwara semata-mata.

Memang mudah untuk warganet cemburui kekayaan yang dipamerkan oleh gadis-gadis ini, namun setelah diselidik, rupa-rupanya ‘Bai Fu Mei’ palsu ini telah gunakan taktik yang menjimatkan untuk kelihatan kaya dan berpengaruh.

Midiforreal menjelaskan yang muslihat ini pada awalnya telah dibongkar oleh sekumpulan lelaki yang menyamar dan pergi ke temujanji bersama gadis-gadis ini.

Dalam penyamaran ini, mereka menjangkakan yang para wanita ini akan berbual tentang fesyen terkini dan jenama mewah, namun apa yang mereka lakukan adalah luar jangkaan. Rupa-rupanya mereka sering mencari jalan untuk kelihatan kaya di platform media sosial sendiri!

Antara perkara yang mereka sanggup lakukan ialah menyewa sebuah kereta Ferrari dengan bayaran 6000 Yuan (anggaran RM 4,000) dan kongsikannya bersama 60 wanita lain. Jadi seorang ‘Bai Fu Mei’ palsu hanya perlu membayar 100 Yuan (RM 66.00)  untuk bergambar dengar dengan kereta mewah ini dan berlagak di sosial media seperti kereta ini milik sendiri.

gadis- gadis ini sanggup pura-pura kaya di sosial media sampai sanggup sewa kereta Ferrari dan kongsikan dengan 60 wanita lain

Kredit Foto : TikTok Midiforreal

Atau pun mereka akan berpakat untuk menyewa beg Birkin selama sebulan dengan harga 1500 Yuan (RM 991) dan kongsikannya dengan beberapa gadis lain yang memegang matlamat sama.

Jadi, bila mereka keluar dating, dapatlah mereka gunakan beg ini untuk impress lelaki kaya yang mereka jumpai.

Mereka juga biasa menyewa hotel lima bintang seperti Ritz Carlton dan kongsikan harga tempahan hotel dengan beberapa gadis lain. Jadi, dapatlah mereka bergambar dengan pemandangan yang glamour.

Mereka akan berkongsi apa sahaja untuk nampak kaya, termasuk sekecil-kecil aksesori seperti stokin Gucci !

‘Bai Fu Mei’ palsu ini akan sering berkongsi gambar yang menunjukkan kehidupan peribadi yang mewah seperti bermalam di hotel lima bintang sambil mengenakan pakaian dan aksesori berjenama mahal.

mereka sanggup pura-pura kaya demi tingkatkan status sosial

Apa Motif  ‘Bai Fu Mei’ Lakukan Perkara Ini ?

Midiforreal berkata matlamat utama gadis-gadis ini untuk pura-pura kaya ialah untuk tingkatkan status sosial demi mencari calon suami di kalangan orang kaya.

Berdasarkan penjelasan video yang tular ini, secara peribadinya Midiforreal berpendapat tiada salah untuk menunjuk kekayaan yang dimiliki. “Pada saya ia merupakan salah satu personaliti yang normal di media sosial.

Namun, untuk pura-pura kaya di media sosial bukan dengan harta sendiri sebenarnya adalah suatu kesalahan dan dikira menipu. Ini adalah isu moral yang serius. Jadi, daripada anda bersusah payah mencari jalan untuk nampak kaya, apa kata kita jujur saja dan jadi kaya dengan usaha dan titik peluh sendiri?”

Tetapi kita tidak boleh paksa orang untuk tunjukkan diri sebenar. Semua orang ada hak untuk bentuk personaliti yang ingin mereka paparkan pada dunia dan itulah lumrah sosial media masa kini.

Sejak video pendedahan ini tular, pengguna di Tiktok telah berikan pelbagai pandangan berbeza mengenai hal ini.

Rata-rata warganet rasa tertipu selepas kegiatan gadis ‘Bai Fu Mei’ palsu didedahkan. Yang menariknya, ada juga sesetengah pengguna wanita di TikTok yang mengatakan taktik yang gadis-gadis ini lakukan sebenarnya adalah genius !

kegiatan pura-pura kaya ini dapat perhatian warganet

kegiatan pura-pura kaya ini dapat perhatian warganet

Media Sosial Bukanlah Gambaran Peribadi 100%

Memang tidak dinafikan media sosial kini mempengaruhi hidup kita dengan cukup besar. Bagi yang ingin popular dan dikenali, mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuklah berbelanja mahal dan pamerkan kekayaan yang bukan milik sendiri.

Isu ini bukan sahaja berlaku di China, ia juga berlaku dalam masyarakat kita. Sebagai pengguna media sosial kita pun pasti nakkan gambar yang terbaik untuk diletakkan di sosial media.

Tapi sejauh mana ada sanggup lakukan untuk kelihatan kaya? Adakah berbaloi usaha anda untuk kelihatan kaya di mata orang lain ?

Isu ‘Bai Fu Mei’ palsu ini boleh menjadi bukti bahawa anda tak boleh percaya bulat-bulat apa yang anda lihat di media sosial. Jika tidak digunakan dengan berhati-hati, media sosial juga boleh memakan diri.

Selepas ini, apabila seseorang kongsikan gambar bercuti di resort mahal dan mengenakan pakaian berjenama mahal, janganlah mudah percaya.

Apa yang anda lihat mungkin tidak menggambarkan kehidupan peribadi pemilik gambar 100%. Mungkin dia memasang niat untuk pura-pura kaya di media sosial demi kepentingan sendiri.

Ataupun, mungkin di sebalik senyuman bahagia itu, dia sedang bergelumang dengan masalah. Kita tidak akan pernah jangka cabaran yang dihadapi seseorang.  Oleh itu, jangan terlalu ambil serius tentang apa yang anda lihat di sosial dan fokuslah kepada kemajuan diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat