Pesawat Sukhoi SU-30SM Mampu Pertahan Ruang Angkasa Negara

Sumber Rujukan : Utusan Malaysia 23 Mac 2017

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yakin juruterbang pesawat Sukhoi SU-30MKM mempunyai kemampuan dalam mempertahankan ruang angkasa Malaysia daripada ancaman musuh kerana telah mencapai penguasaan pengendalian yang baik terhadap pesawat tempur berkenaan.

-Foto Mariusz Wojciechowski

Perkara itu diakui Ketua Pasukan Aerobatik Rusia, Russian Knights, Kolonel Andrey Alekseev berdasarkan persembahan ditunjukkan semasa berlangsungnya Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA ’17).

Beliau berkata, berdasarkan pengalamannya dan jalinan hubungan kerjasama yang baik sesama mereka, pasukan negara juga mempunyai tahap disiplin dan profesional yang tinggi.

“Saya yakin juruterbang Malaysia mempunyai latihan terbaik dan mampu mempertahankan ruang angkasa negara'” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar Russian Knights di LIMA ’17 di sini , pada 22 mac 2017.

Tambah beliau, berdasarkan pertemuannya dengan juruterbang negara ini, mereka mengakui mengimpikan untuk menerbangkan pesawat terbaharu Sukhoi iaitu SU-30SM yang di miliki Rusia.

Katanya, masih banyak pergerakan yang boleh dilakukan Russian Knights berdasarkan kemampuan pesawat berkenaan.

Dalam pada itu, Alekseev berkata, Malaysia menjadi negara pertama di dunia bagi pasukan Russian Knight membuat pertunjukan aerobatik mengguankan pesawat SU-30SM.

“Sebelum ini kamu menggunakan pesawat daripada variasi SU-27 dan kini telah menggunakan pesawat lain.

“Dengan melakukan persiapan selama sebulan untuk LIMA ’17, kami yakin dapat memberikan persembahan yang terbaik,”ujarnya.

 

-Foto Russian Knights

ANDREY ALEKSEEV
Ketua Pasukan Aerobatik Rusia,
Russian Knights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat