Air Minuman Fanta Diragui, Viral Tidak Halal!

Sumber Rujukan : Wartawan Sinar Harian

Baru-baru ini viral tentang minuman jenama Fanta mengandungi lemak babi. Ramai nitizen yang tidak mempercayai berita tersebut tetapi ada juga yang meng”iya”kan berita tersebut. Persoalannya betul ke air minuman Fanta haram?

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan minuman berkarbonat berjenama Fanta memiliki sijil halal dari pihaknya.

Di dalam laman Facebooknya, Jakim sekali gus menafikan mesej yang diviralkan di laman-laman sosial baru-baru ini yang mendakwa minuman jenama berkenaan mengandungi lemak babi. FAKTA

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan melalui laman Facebook rasminya bahawa sehingga kini, minuman jenama Fanta adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

Kenyataan itu dikeluarkan pada 1 Jun 2017 oleh badan agama tersebut.

AUTA

TULAR di media sosial mendakwa Fanta Apple mengandungi lemak babi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat