Pemilihan Susu Untuk Bayi Sembelit & Panduan Diet Untuk Penghadaman Yang Baik Atas Saranan Doktor Pakar


Sesetengah ibu bapa pasti mengalami kesukaran dalam memilih susu untuk bayi sembelit. Sebagai dewasa, kita pasti merasa perut tidak selesa akibat sembelit sehingga boleh mengganggu rutin harian.

Sama juga situasinya bagi kanak-kanak dan bayi. Selain kekerapan membuang air besar yang berkurangan, najis bayi yang sembelit adalah lebih keras, liat atau berbiji-biji.

Bayi yang mengalami kesukaran membuang air besar selalunya akan kuat meragam dan menangis, menjadikan ibu bapa tidak senang duduk.

Ibu bapa yang mempunyai anak sembelit biasanya akan bertindak pantas mencari alternatif susu untuk bayi sembelit.

Doktor pakar kanak-kanak, Dr Hairin Anisa Tajudin berkongsi di Facebook beliau tentang kenapa ramai bayi mengalami sembelit serta mengesyorkan  susu untuk bayi sembelit.

Menurut Dr Hairin, biasanya bayi berumur antara 10 bulan hingga anak umur 4 tahun sering mengalami masalah najis keras, sukar untuk buang air besar.

Ada yang mengalami sembelit teruk sampai najis berdarah akibat luka pada lubang dubur (anus).

susu untuk bayi sembelit perlu diambil bersama pemakanan sihat

Punca Kanak-Kanak dan Bayi Sembelit

Beliau mendapati semua pesakit kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit berpunca daripada salah satu kebiasaan berikut :

Pemberian Susu Formula dan Terlalu Bergantung Kepadanya

Menurut Dr Hairin, susu formula terutamanya yang tinggi kalori cenderung membuatkan anak sering rasa kenyang.

Susu formula juga dilihat lambat untuk dihadam dan mudah untuk diambil anak-anak kerana tidak perlu kunyah, hanya perlu telan sahaja. Justeru, ia boleh membuatkan anak kurang selera makan.

Di samping itu, susu formula yang bersifat serbuk juga mengandungi campuran kanji seperti corn starch. Ini boleh menyebabkan najis menjadi lebih pejal dan keras.

susu untuk bayi sembelit tidak berkesan jika anak bergantung sepenuh padanya tanpa mengambil serat dan nutrisi lain

 Kurang Minum Air Kosong

Air kosong sangat penting untuk melembutkan najis yang terhasil dalam usus. Sekiranya badan kekurangan air, maka badan akan bertindak balas untuk menyerap air daripada usus.

Hasilnya, najis akan jadi kekurangan air dan keras. Pastikan anak minum air mencukupi setiap hari bagi mengelakkan masalah sembelit.

Memetik HelloDoktor , anak perlulah mengambil air dengan kadar harian seperti berikut :

Anak berusia 2 hingga 4 tahun, lelaki atau perempuan = 2 – 4 cawan

Anak berusia 4 hingga 8 tahun, lelaki atau perempuan = 5 cawan

Anak berusia 9 hingga 13 tahun

Lelaki = 8 cawan

Perempuan = 7 gelas

Kurang Pengambilan Serat

Seperti yang kita tahu, pengambilan serat adalah sangat penting untuk melancarkan pergerakan usus dan melembutkan najis.

Antara sumber serat yang boleh diberikan kepada anak ialah bijirin berserat tingi, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berdasarkan pengalaman Dr Hairin, ada juga ibu bapa yang katanya sudah meletakkan sayur-sayuran dalam bubur anak.

Namun setelah disemak, hanya satu jenis sayur yang diletakkan. Ada juga yang meletakkan kentang sedangkan kentang tergolong dalam kumpulan karbohidrat dan bukanlah sayur-sayuran tinggi serat.

Ada juga ibu bapa yang menghabiskan banyak duit membeli suppelemen serat dari farmasi. Dr Hairin menegaskan bahawa ini bukanlah satu keperluan kerana serat boleh didapati secara semulajadi dari buah-buahan segar, sayur-sayuran dan oat.

selain susu untuk bayi sembelit, ibu bapa perlu lebihkan pemakanan tinggi serat untuk anak

Semak Nutrisi Ketika Beli Susu Untuk Bayi Sembelit

Pemilihan susu untuk bayi sembelit adalah penting untuk kesihatan penghadaman bayi.

Bagi ibu bapa yang sedang mencari susu formula terbaik untuk bayi sembelit, HelloDoktor mensarankan ibu bapa untuk beli susu formula dengan kandungan nutrisi seperti berikut :

Laktoferin

Laktoferin atau LF ialah protein penting yang boleh ditemui dalam nutrisi kolostrum pada susu badan ibu. Protein ini berfungsi dalam menyokong kesihatan pencernaan bayi di samping mengurangkan jangkitan bakteria pada usus.

Laktoferin juga berfungsi menghalang pembiakan bakteria dan menyokong kesihatan imun bagi bayi dan kanak-kanak.

Ia juga memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan sistem kognitif bayi yang baru lahir.

PDX

PDX atau polydextrose adalah sejenis serat makanan yang berfungsi sebagai makanan kepada bakteria dalam usus besar.

Ini akan merangsang pertumbuhan dan perkembangan aktiviti bakteria baik. Serat PDX juga boleh dijumpai dalam makanan seperti bijirin sarapan tanpa gula, produk tenusu dan yogurt.

GOS

GOS atau galactooligosaccharide pula adalah sejenis serat yang tidak tercerna oleh aktiviti prebiotik. Selain dalam susu formula, GOS juga boleh ditemui dalam sumber makanan seperti artichoke, brokoli dan kacang soya.

Perkenalkan Sumber Tenusu Lain Kepada Anak

Bagi anak yang menyusu badan, Dr Hairin mengesyorkan ibu bapa untuk mula berikan anak berusia 2 tahun susu fresh milk atau susu UHT full cream.

Mereka juga tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada susu semata-mata. Oleh itu, Dr Hairin mengesyorkan pengambilan susu maksima sebanyak 3 kali sehari.

Selebihnya, ibu bapa boleh berikan anak keju, yogurt dan sumber makanan berkhasiat yang lain.

pemilihan susu untuk bayi sembelit penting agar kesihatan perut bayi terjaga

Bagi anak yang tidak menyusu ibu, mereka boleh mula minum susu fresh milk atau fulll cream UHT selepas mencapai usia 1 tahun.

Sekali sekala jika nak berikan susu berperisa pun boleh. Namun disebabkan rasanya yang manis, ibu bapa disyorkan untuk campur susu berperisa dengan susu putih atau berikan separuh sahaja.

Ibu bapa juga disyorkan untuk tambah nutrisi pada susu dengan campurkan Horlicks atau malt chocolate. Jangan gunakan terlalu banyak ya kerana kandungan gulanya agak tinggi !

Dr Hairin juga mengesyorkan ibu bapa untuk amalkan tips yang diberikan kerana ramai ibu bapa yang telah mencubanya dan didapati sangat berkesan untuk atasi sembelit pada anak.

Anak berusia 1 tahun yang diberikan susu formula dan 2 tahun menyusu badan pula disyorkan untuk amalkan susu segar atau susu full cream.

Mereka juga sudah boleh diperkenalkan produk tenusu serta makanan tinggi serat dan vitamin bagi tumbesaran badan. Jangan lupa juga untuk pastikan anak minum air secukupnya setiap hari.

Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi ibu bapa dalam mencari susu untuk bayi sembelit serta mengatur pemakanan yang lebih baik untuk kesihatan anak-anak.

 

2 komen untuk “Pemilihan Susu Untuk Bayi Sembelit & Panduan Diet Untuk Penghadaman Yang Baik Atas Saranan Doktor Pakar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat