“Ke Bulan Tu..” Pasangan Suami Isteri Selamba Hisap Gam Dalam Kereta Depan Anak


Sebagai ibu bapa atau penjaga untuk anak-anak, seharusnya tunjukkanlah contoh yang baik-baik. Perangai, kelakuan, kata-kata ibu bapa akan menjadi ikutan untuk anak-anak jadi berhati-hatilah dalam segenap hal yang dilakukan.

Sebolehnya, tunjukkanlah nilai-nilai murni dan sisi baik sahaja buat anak-anak. Jika bergaduh suami isteri, elakkan di depan anak-anak. Bimbang menjejaskan mental anak-anak pula. Begitu juga dengan lain-lain perkara.

Sejahat mana pun kita, jangan biarkan anak turut sama melakukan kejahatan. Didiklah anak-anak sebaik mungkin. Jangan biarkan mereka melihat kelakuan buruk kita kerana mereka belajar dari apa yang mereka lihat.

“Ke Bulan Tu..” Pasangan Suami Isteri Selamba Hisap Gam Dalam Kereta Depan Anak

Kerana sungguh membimbangkan, masih ada segelintir pasangan yang tiada akal. Memperlihatkan sisi buruk dan perbuatan terkutuk di depan anak-anak. Seperti mana video yang viral di aplikasi TikTok, yang memaparkan pasangan suami isteri sedang ‘syok’ hisap gam di dalam kereta.

Lebih menyedihkan lagi adalah pada ketika itu, anaknya pula berada di belakang. Manakala pasangan suami isteri itu sedang asyik menghisap gam sewaktu membawa kenderaan. Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di sebuah tempat di Melaka.

Menerusi video yang dikongsikan itu juga, dapat dilihat lelaki yang memandu kereta jenis Proton Iswara itu bersilih ganti menghidu gam dengan isterinya. Perbuatan tersebut selamba dilakukan di dalam kereta yang masih bergerak di atas jalan raya.

hisap gam

Kelakuan tersebut bukan sahaja menunjukkan perbuatan yang buruk terhadap anak namun turut membahayakan nyawa diri sendiri, keluarga dan orang ramai. Cuba bayangkan jika kedua-duanya sudah berada di alam fantasi, agak-agak apa yang terjadi kepada si anak?

Bahaya kalau ilusi datang..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warganet. Ramai yang berasa berang dan marah terhadap pasangan suami isteri ini kerana selamba menghisap gam di depan anak serta membahayakan nyawa pengguna jalan raya.

Menurut salah seorang dari pengguna TikTok, nenoashikin288, katanya lelaki berkenaan membahayakan orang sekeliling. ” Dia membahayakan orang sekeliling”.

Manakala Zackadzai pula meninggalkan komen menyatakan, jangan buat hal. Jika dah berilusi nanti jalan nampak laut, kereta jadi binatang. “Jangan buat hal, ilusi nanti jalan nampak laut. Kereta jadi binatang. Bahaya kalau ilusi datang”.

Mungkin mereka sudah berada ditahap yang tidak boleh berfikir dengan waras, kalau tidak dia tidak akan membiarkan si anak melihat adegan hisap gam yang dilakukan bersama-sama dengan isterinya itu. Dia juga mungkin tidak memandu dalam keadaan sedemikian rupa.

Walaubagaimanapun, tidak dapat diketahui dengan lebih lanjut apakah yang terjadi selepas itu. Apakah sudah ditangkap oleh pihak berwajib ataupun tidak.

Didoakan juga moga-moga pasangan suami isteri ini diberikan hidayah dan berubah ke jalan yang benar.

Kredit: TikTok Majoriti Official

Baca juga: Putus Kerana Mak Ayah Tak Berkenan Kerja, Gadis Ini Luah Rasa Rindu Saat Terserempak Ex

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat