Putus Kerana Mak Ayah Tak Berkenan Kerja, Gadis Ini Luah Rasa Rindu Saat Terserempak Ex
Setiap pasangan yang berkenalan mahupun berkawan pastinya ingin menamatkan hubungan tersebut ke arah hubungan yang halal. Lebih-lebih lagi apabila mereka ini sudah berusia. Tiada lagi bercinta sekadar untuk main-main seperti zaman sekolah dahulu.
Namun begitu, bagi meneruskan hubungan ke arah yang halal tidaklah mudah seperti yang disangka. Perlu ada langkah dan adat Melayu yang perlu dipatuhi seperti merisik, bertunang dan pastinya sebelum berkahwin, restu kedua ibu bapa adalah perlu.
Lihat sahaja hari ini, berapa ramai pasangan yang tidak dapat mengecapi impian dan harapan mereka gara-gara tiada redha dan restu ibu bapa. Ada ibu bapa yang tidak merestui dek kerana perangai ataupun kerjaya pasangan.
Putus Kerana Mak Ayah Tak Berkenan Kerja, Gadis Ini Luah Rasa Rindu Saat Terserempak Ex
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang gadis menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan perasaan rindu terhadap bekas teman lelakinya. Rasa rindu itu hadir setelah dia secara tiba-tiba terserempak dengan lelaki yang menjadi masa lampaunya itu di suatu tempat.
Sewaktu kejadian, dia baru sahaja pulang darui kerja dan tiba-tiba terserempak dengan bekas teman lelakinya yang pada ketika itu berjalan seorang diri. Pada ketika itu, gadis ini sedang berada di dalam kereta. Sempat mengambil video bekas teman lelakinya itu sedang berjalan di tepi jalan.
Tanpa mengetahui ke mana hala tuju lelaki berkenaan, gadis ini sempat meluahkan rasa rindu dan memohon maaf kerana minta putus.
Menurutnya lagi, perhubungan tersebut diputuskan kerana ibu bapanya tidak berkenan dengan kerja yang dilakukan oleh bekas teman lelakinya itu. Walaubagaimanapun, gadis ini masih lagi menyayangi lelaki berkenaan sama seperti dahulu.
Sempat menulis di dalam video berkenaan, ” Balik kerja eh tiba terserempak ex sorang-sorang jalan entah nak pergi mana. Ya Allah, rindunya dekat awak. Saya minta maaf sebab minta putus dengan awak saya terpaksa sebab mak ayah tak berkenan dengan kerja awak. Tapi saya tetap sayang awak sama macam dulu”.
Kalau demi kebahagiaan pergi lah jumpa balik..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang meninggalkan komen menyatakan macam mak ayah pula nak kerja dan ada juga yang menyarankan gadis ini untuk menemui kembali bekas teman lelakinya demi kebahagiaan.
“Kalau demi kebahagiaan pergi lah jumpa balik ex”, tulis pemilik akaun TikTok nanoblack.
Tidak kurang juga ada yang menulis, bekas teman lelaki ada dekat mana-mana. ” Ex ada kat mana-mana”, tulis win.
Walaubagaimanapun, tidak dapat diketahui sejauh mana kesahihan cerita yang dikongsikan oleh gadis ini memandangkan ada individu yang meninggalkan komen dan bertanya bila masa dia menjadi bekas teman lelaki gadis ini.
Apa pun, andai benar kisah tersebut, moga gadis ini dan bekas teman lelakinya dikurniakan kehidupan yang lebih baik dan bahagia selepas ini. Andai kata masih lagi ruang dan peluang, usahalah yang terbaik. Pasti akan ada sinar di hujung kegelapan.
Kredit: Gadis di TikTok (dirahsiakan namanya)
Baca juga: Ditinggal Tunang, Lelaki Ini Menangis Kecewa Berjalan Seorang Diri Di Tengah Malam