Jangan Beri Anak 2 Ubat Ini Serentak Untuk Elak Anak Jadi Biru & Tak Bernafas
Keadaan sekarang dengan cuaca yang tidak menentu dan persekitaran yang tercemar, ramai dalam kalangan penduduk dunia sering mengalami masalah kesihatan. Selalu demam, selsema, sakit dan sebagainya. Lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak.
Sebagai ibu bapa dan peniaga yang prihatin, mereka akan menyediakan ubat-ubatan yang secukupnya di rumah agar keadaan kesihatan anak-anak tidak bertambah teruk apabila demam dan sebagainya.
Anak-anak ini ibarat cahaya di lorong yang sempit, jika mereka sakit dan kurang sihat maka suramlah kehidupan para ibu bapa. Memandangkan selama ini mereka sahaja yang menyinarinya. Oleh sebab itu, jika anak demam, batuk atau kurang sihat, para ibu terus memberikan ubatan agar anak-anak cepat sembuh dan kembali aktif.
Jangan Beri Anak 2 Ubat Ini Serentak Untuk Elak Anak Jadi Biru & Tak Bernafas
Namun setiap kali memberikan ubat kepada anak tersayang perhatikan terlebih dahulu beberapa perkara yang penting. Seperti mana yang telah dikongsikan oleh Dr Samhan menerusi aplikasi Twitter berkenaan dengan ubat-ubat yang tidak boleh diberikan kepada anak-anak.
Hal tersebut adalah bagi mengelakkan anak-anak kita mengalami sesuatu yang lebih teruk akibat dari dos berlebihan. Eh macam mana pula boleh jadi berlebihan? Jom ikuti perkongsian doktor yang tidak lokek berkongsi ilmu ini.
Menurut Dr Samhan, sudah banyak kes kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan akibat pemberian ubat batuk dan selsema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.
Menurutnya lagi, sudah banyak kes kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan akibat pemberian ubat batuk dan selsema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.
“The Us Food and Drug Administration (FDA) merekomendasikan kanak kanak di bawah 2 tahun tidak boleh diberikan ubat batuk terutama ubat yang available over the counter (OTC).”
“Dari tahun 2008, syarikat pengeluar ubat dan penguatkuasa kesihatan telah bekerjasama untuk memaklumkan para doktor, ahli farmasi dan ibu bapa bahawa ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun.”
“Malangnya, kebanyakan ubat-ubat ini mudah didapati dari kedai atau farmasi tanpa memerlukan pengesahan dan kebenaran doktor,” jelasnya.
Ubat Batuk Yang Sering Digunakan
- Cough expectorant (guafenesin)
- Cough suppressant (dextromethorphan)
- Decongestants(pseudoephedrine, phenylephrine)
- Antihistamine (chlorpheniramine)
Jelas Doktor Samhan lagi, “Anti histamine (1st generation) boleh merentasi ‘blood brain barrier’ dan mengganggu sistem histamine dalam otak. Bila ubat ini diberi pada kanak-kanak, ia akan menyebabkan orang yang mengambilnya mengantuk dan mengganggu pusat pernafasan yang berada di dalam otak.”
Ia juga boleh menyebabkan kanak-kanak itu berhenti bernafas dengan sendirinya dan inilah yang berlaku pada kanak-kanak tersebut:
- Sawan.
- Jantung berdegup dengan kencang.
- Berhenti bernafas.
- Kematian.
Dalam masa yang sama, doktor ini turut menyeru ibu bapa supaya sentiasa berwaspada dengan pemberian ubat batuk dan selsema yang TIDAK SESUAI untuk diberikan kepada kanak kanak berusia 2 tahun ke bawah.
“Apa dah jadi?”
“Anak saya jadi biru.Dia tak bernafas!”
“Saya bagi ubat batuk je.Saya beli di farmasi” pic.twitter.com/kZxaf6QCS2
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) September 5, 2022
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita dalam soal memberikan ubatan untuk anak-anak. Jangan nanti apabila kejadian buruk berlaku barulah nak mula menggelabah.
Sumber: Twitter Dr Samhan
Baca juga: Teknik Paling Mudah Cuci Kain Buruk, Tak Perlu Rendam Lama-Lama