Ibu: Setinggi Pengorbanan, Sedalam Kasih Sayang


Seorang lelaki datang menemui Rasulullah, “Siapakah manusia yang berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya? ” Baginda menjawab, “Ibumu.” Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Ayahmu.” (Shahih al-Bukhari, no:5971)


Satu ketika, sedang melaksanakan tawaf, Rasulullah ﷺ bertemu dengan seorang anak muda yang bahunya melecet. Setelah selesai tawaf Rasulullah ﷺ bertanya kepada anak muda itu, ”Kenapa bahu kamu itu?” Jawab anak muda itu, ”Ya Rasulullah, saya dari Yaman. Saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, ketika solat, atau ketika istirahat, selain itu sisanya saya selalu menggendongnya.”

Kemudian anak muda itu bertanya, ”Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua?” Nabi ﷺ sangat terharu mendengarnya, sambil memeluk anak muda itu beliau bersabda, ”Sungguh Allah redha kepadamu, kamu anak yang soleh, anak yang berbakti. Tapi anakku, ketahuilah, cinta orang tuamu tidak akan terbalaskan oleh pengorbanan dan kebaikanmu.”

Kasih sayang dan cinta seorang ibu kepada anaknya tidak akan terbalas dan tidak akan ternilai dengan apa pun. Perjuangan seorang ibu untuk seorang anak sangat luar biasa. Ketulusan dan kesabarannya dalam menjaga seorang anak sejak dari kandungan hingga anak tersebut dewasa dan bahkan hingga si anak sudah berkeluarga tidak akan tergantikan.

Seorang ibu rela mempertaruhkan nyawanya hanya untuk kehidupan si anak. Ketika melahirkan, si ibu meletakkan nyawanya dihujung rambut, bertarung maut demi kelahiran anaknya. Bahkan, untaian doanya tidak pernah terputus untuk seorang anak sejak dalam kandungan lagi. Mereka selalu berharap dan memohon kepada Allah agar anaknya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Siapa lagi yang memberi kasih sayang yang paling mendalam dan pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup seorang anak, selain ibu?…Itulah kasih sayang yang Allah pinjamkan ke dalam hati seorang ibu, kasih sayang yang hebat, dari Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Maka Allah yang Maha Pengasih itu berpesan kepada seluruh manusia (yang beriman atau tidak), agar berbuat baik kepada insan yang bergelar ibu ini, juga bapa…

وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٍ۬ وَفِصَـٰلُهُ ۥ فِى عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡڪُرۡ لِى وَلِوَٲلِدَيۡكَ إِلَىَّ ٱلۡمَصِيرُ

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Luqman 31:14)

Rasulullah ﷺ perintahkan memuliakan ibu sebanyak tiga kali, kemudian bapa, menunjukkan betapa penting dan beratnya penekanan Rasulullah agar anak-anak memulia dan melayan ibu sebaik-baiknya.

Hinggakan Rasulullah ﷺ meletakkan kedudukan ibu itu selepas keutamaan solat, dan di atas dari jihad.

Dari Abu Abdirrahman yaitu Abdullah bin Mas’ud r.a., katanya: Saya bertanya kepada Nabi ﷺ: “Manakah amalan yang lebih tercinta disisi Allah?”

Beliau menjawab: “Iaitu solat menurut waktunya.” Saya bertanya pula: “Kemudian apakah?” Beliau menjawab: “Berbakti kepada orang tua.” Saya bertanya pula: “Kemudian apakah?” Beliau menjawab: “berjihad fisabilillah.” (Muttafaq ‘alaih)

Pernah Rasulullah ﷺ melarang seorang sahabat untuk berjihad di jalan Allah dan memerintahkan untuk menjaga ibunya yang masih hidup. Rasul bersabda, ”Jika demikian tinggallah bersamanya kerana syurga berada di bawah kakinya.” (HR Ibnu Majah dan Nasai).

Anak-anak hari ini ramai yang tidak mengenali ibu, betapa ibulah yang melahirkan dengan izin Allah, dan kasih sayangnya bermula sebelum kita dikandungnya…ketika angan-angannya bersama si ayah…jika kita dikurniakan anak..kita akan pelihara ia baik-baik, akan beri sepenuh kasih sayang…akan didik dia jadi insan berguna, jadi soleh atau solehah.

Sebab itu, bila kita bicarakan topik ibu dan ayah, tidak dapat tidak, mesti terkait persoalan pengorbanan dan kasih sayang, kerana apa?

Kerana ibu dan ayah ialah sepasang insan yang telah mencurahkan PENGORBANAN yang paling tinggi (yang tidak pernah diberikan oleh insan-insan lain), serta mencurahkan KASIH SAYANG yang paling mendalam, tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Kasih sayang mereka bermula sebelum kita dikandung…telah subur jiwa berkorban sebelum si anak dikandung dan dilahirkan. Kemudian apabila ibu mula mengandung, kandungan makin membesar hari demi hari, bulan demi bulan…hingga sembilan bulan lebih..

Makin hari makin memberat kandungan, dan kandungan itu dibawa ke mana-mana, tidak pernah sedetikpun ditinggalkan, ibu makin hari main lemah, kadangkala ibu pening, ibu terjatuh, terkadang giginya patah…tapi ibu tidak pernah mengeluh atau marahkan si anak dalam kandungan, malah semakin hari semain kasih ia. Itu semua pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.

Pengorbanan dan kasih sayang itu juga tidak terkecuali bagi si ayah. Waktu itu ayah akan lebih keras bekerja, menyediakan persediaan dan keperluan bagi anak yang bakal lahir. Pening ia memikirkan kos bersalin…pakaian…susu…tilam…bantal dan lain-lain. Bagi yang kurang berada, terpaksalah berjimat, demi menyambut orang baru yang amat dikasihi, walau belum pernah melihat wajah si anak.

Pengorbanan si ibu sekali lagi sewaktu melahirkan si anak, berjuang antara hidup dan mati. meletakkan nyawanya di hujung rambut, demi kelahiran anaknya yang telah dikandung sembilan bulan. Sakitnya bukan kepalang, hingga dikatakan sakit bersalin itu adalah sakit yang kedua tersakit setelah sakitnya mati.

Hinggakan Rasulullah meletakkan, jika seorang ibu itu mati ketika melahirkan anaknya, dikira sebagai mati syahid.

Rasulullah ﷺ bersabda: ““Tahukah kalian siapa syuhada dari ummatku? orang-orang yang ada menjawab: Muslim yang mati terbunuh” beliau bersabda: Kalau hanya itu para syuhada dari ummatku hanya sedikit. Muslim yang mati terbunuh adalah syahid, dan mati kerana penyakit kolera adalah syahid, begitu pula perempuan yang mati kerana bersalin adalah syahid (anaknya yang akan menariknya dengan tali pusarnya ke syurga)”(HR. Ahmad, Darimi, dan ath-Thayalusi)

Adakah seorang insan selain ibu sanggup menggadai nyawanya sebagai taruhan melahirkan kita? Malah setelah kelahiran berlaku, ibu tidak terus sihat, dia terus tidak bermaya, keletihan dan sakit kerana melahirkan…tetapi bila dengar tangisan si anak, hilang segala keletihan dan kesakitan.

Setelah kelahiran, bermula satu lagi episod pengorbanan ibu. Ibu akan berjaga sepanjang malam untuk menyusukan, melayan akan yang menangis kerana kebasahan kencing atau kelaparan..

Kasih sayang ibu terserlah lagi…ketika badan si anak penuh najis kerana kencing dan berak, ibu menghadiahkan ciuman kepada anaknya. Mengapa anak dalam keadaan busuk itu dicium juga? Kerana di hati ibu ada cinta yang amat mendalam.

Berapa kali kejadian ini berlaku? berulangkali, berkali-kali…kerana ibu mengorbankan masa tidur dan rehatnya demi menjaga si anak agar tidak basah, lapar atau diganggu nyamuk.

Itulah ibu yang kita tinggalkan kini di kampung… (bagi yang masih punya ibu) Hebatnya kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu…pastinya tidak terhenti di situ…sepanjang hayatnya ibu tetap berkorban dan menyayangi anak-anaknya. Dia terus berkorban memandaikan si anak, mendidik anak, bukan sekadar makan dan pakai sahaja.

Terlalu banyak jasa ibu. Pengorbanan dan kasih sayang ibu dikenang hingga ke Akhirat. Tiada sebarang alasan untuk memutuskan hubungan antara anak dan ibu bapa walaupun mereka masih kafir sedangkan anaknya telah Islam.

Dari Asma’ binti Abu Bakar as-Shiddiq r.ha, katanya: “Ibuku datang ke tempatku sedang dia adalah seorang musyrik di zaman Rasulullah. Iaitu di saat berlangsungnya perjanjian Hudaibiyah antara Nabi ﷺ dan kaum musyrikin.

Kemudian saya meminta fatwa kepada Rasulullah ﷺ, saya berkata: “Ibuku datang padaku dan ia ingin meminta sesuatu, apakah boleh saya hubungi ibuku itu, padahal ia musyrik?” Beliau ﷺ bersabda: “Ya, hubungilah ibumu.” (Muttafaq ‘alaih)

Seorang anak perlu ingat pesanan ini:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا

dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Al-Isra’:17:23)”Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan

 وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat