Kajian Penyelidik USM : Melayu Kelantan Merupakan Orang Melayu Paling Asal Menetap di Semenanjung Sejak Lebih 60,000 Tahun.
KOTA BHARU: Sekumpulan kajian penyelidik USM yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa Melayu melalui kaedah genetik menunjukkan Melayu Kelantan berkemungkinan besar orang Melayu paling asal menetap di Semenanjung sejak lebih 60,000 tahun.
Kumpulan penyelidik daripada Universiti Sains Malaysia (USM) diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin yang mendapat geran RM1.4 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi, melakukan kajian terhadap 10 sub-etnik Melayu di Semenanjung Malaysia bagi mengetahui asal usul Melayu.
Sub-etnik berkenaan adalah Melayu Jawa di Johor dan Selangor, Melayu Aceh (Perak), Melayu Minang (Negeri Sembilan), Melayu Banjar (Selangor dan Johor), Melayu Bugis (Selangor dan Johor), Melayu Rawa (Perak), Melayu Champa (Perak, Kedah dan Kelantan), Patani (Kelantan), Melayu Kelantan dan Kedah Langkasuka.
“Kajian ini yang pertama di dunia berasaskan genetik bagi mengenai pasti asal usul Melayu. Kami memilih subjek setiap subetnik itu dengan mengambil kira latar belakang mereka untuk sekurang-kurangnya tiga keturunan.
“Jika mereka mempunyai latar belakang perkahwinan campur, mereka tidak akan diambil sebagai subjek dalam kajian ini. Sebanyak 300 sampel darah diambil daripada 10 etnik berkenaan.
“DNA mitokondria diekstrak daripada darah dan seterusnya melalui proses penjujukan bagi mendapatkan profil setiap subjek,” katanya ketika ditemui Berita Harian di pejabatnya, di sini.
‘Kajian Asal Usul Bangsa Melayu Melalui Kaedah Morfologi, sosio-budaya dan Genetik’ itu terbahagi kepada tujuh projek membabitkan lebih 20 penyelidik sejak 2007.
Geran itu menerusi skim geran penyelidikan fundamental dan hasil kajian akan didedahkan kepada umum selepas kajian diterbitkan dalam jurnal saintifik.
Dr Zafarina berkata, daripada kajian terhadap 10 kumpulan sub-etnik itu, hanya Melayu Kelantan mempunyai haplogroup (kumpulan DNA mitokondria yang spesifik kepada kaum dan geografi) yang sangat unik.
“Ia sepatutnya berada pada Orang Asli (Semang) dan haplogroup ini sudah dikenal pasti sebagai haplogroup yang sangat tua berdasarkan kaedah ‘molecular clock’,” katanya.
Beliau berkata, perkara ini mungkin berlaku kerana sikap orang Melayu Kelantan dulu agak tegas dalam pemilihan pasangan hidup dan mengurangkan pendedahan kepada perkahwinan campur.
“Berdasarkan kajian juga, kita dapati genetik Melayu Kelantan mempunyai hubung kait dengan genetik Melayu Jawa. Ini mungkin berdasarkan sejarah kerajaan Majapahit pernah bertapak di Kelantan satu ketika dulu,” katanya.
1) Rm1.4 juta perbelanjaan yang menrugikan serta kajian tidak menyeluruh, sebab ketinggalan sub etnik Mandailing.
2) Orang kelantan berasal provinsi Sumatera Barat sebab perkataan ‘pitih’, wau bulan, batik asal dari Sumatera Barat. Mereka suka tinggal di kawasan pergunungan. Sikap mereka mirip orang Sumatera Barat, suka berkaum.
3) Mereka suatu ketika dahulu mesti merantau ke Acheh dimana mereka dapat Dikir Barat.
4) Penyelidik mesti di pilih dari orang neutral.
5) Kajian perlu di ulang.
Mister you are wrong.There’s no such thing as differences of where each sub ethnic group of malays specifically came from. All of the sub ethnic of malays are one and there’s no reason for their differences.
orang Kelantan bukan berasal dari tanah Jawa. Teori yang paling tepat adalah kemungkinan berasal dari Yunan di Tanah Besar Cina 60,000 tahun dahulu. Batik, dikir barat juga bukanlah budaya asal dari tanah Jawa. Semua itu milik Nusantara amnya. tuan boleh tengok video ini dengan lebih jelas.
Kelantan berasal provinsi sumatera barat atau sumatera berasal dr provinsi kelantan…ade sejarah awal kedatangan Islam melalui kelantan kemudian ke sumatera…
Totally wrong..with number 60k years. If u drop one zero its become some logic. 6k years I consider to support.