“Bukan Menakutkan Tapi Berjagalah..” Empangan Tasik Kenyir Bakal Pecah? 


Di Terengganu, terdapat sebuah tasik yang cukup popular. Bukan sahaja sebagai tempat penjanaan kuasa elektrik akan tetapi tasik ini juga turut menjadi destinasi pelancongan kepada orang ramai. Terletak di hulu Terengganu, Tasik Kenyir ini merupakan salah satunya tasik yang terbesar di Asia Tenggara.

Tasik Kenyir ini juga bukanlah tasik semulajadi malah ianya adalah tasik buatan manusia yang siap dibina pada tahun 1988. Walaupun beberapa buah kampung dan hutan telah ditenggelamkan ekoran pembinaan tasik ini, namun ia dapat meningkatkan taraf hidup ekonomi penduduk setempat.

Namun sejak beberapa hari lepas, desas-desus semakin kedengaran berkenaan dengan ramalan empangan tasik kenyir yang bakal pecah. Ramalan menakutkan itu mungkin berlaku sekitar bulan November dan ke atas.

“Bukan Menakutkan Tapi Berjagalah..” Empangan Tasik Kenyir Bakal Pecah?

Hal tersebut telah dikongsikan oleh seorang individu yang membahasakan dirinya sebagai poksu. Menurut Poksu, pada 28 September yang lepas dia diminta untuk menghadiri taklimat khas Bencana Tasik Kenyir. Taklimat yang diadakan di ILP Marang itu dikatakan menggerunkan. Tidak diceritakan dengan lebih jelas apa yang menggerunkan itu, namun dia meminta orang ramai agar sentiasa bersiap siaga untuk segala kemungkinan.

“Semalam 28.9.2022 jam 930 mlm poksu telah diminta untuk menghadiri taklimat khas  Bencana Tasik Kenyir di ILP Marang..Taklimatnya menggerunkan…cuma cukuplah jika poksu khabarkan sentiasa bersiap siaga dan ikutlah arahan daripada pihak berkuasa jika diminta. dikhabarkan MUNGKIN  dalam bulan 11 hingga Mac 2022 akan berlaku  banjir besar. “

Apa yang membimbangkan adalah apabila banjir yang berlaku itu akan mengakibatkan kebocoran pada pintu keluar empangan Tasik Kenyir tersebut. Lebih-lebih lagi, ada bahagian yang masih dalam penyelenggaran akibat dari kerosakan yang berlaku sewaktu banjir bulan Febuari yang lepas.

“Amat dibimbangi banjir ini akan mengakibatkan kebocoran pada pintu keluar atau air buang ditasik kenyir yang kini masih dalam pembaikian akibat kerosakan semasa banjir bulan 2 2022.”

Tambah Poksu lagi, mengikut OCPD Daerah Marang, hanya dalam masa 5 hingga 8 jam benteng tasik tersebut akan mula pecah jika berlaku kebocoran. Kepala air tasik tersebut yang menakung air seluas 360 KM itu akan melanda hampir semua kawasan Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Kredit: Ahmad Anwari

“Mengikut ocpd Daerah Marang…jika berlaku kebocoran……..dalam masa 5 hingga 8 jam benteng tasik kenyir akan mula pecah dan kepala air tasik kenyir yang menakung air seluas 360 km  akan melanda hampir semua kawasan hulu terengganu,marang,k.terengganu dan kuala nerus.” 

Jangan panik tetapi berjaga-jagalah..

Walaubagaimanapun, Paksu meminta orang ramai jangan panik tetapi berjaga-jaga. Sempat menitipkan pesanan agar menyimpan dokumen-dokumen penting, barangan kemas dan lain-lain disatu tempat yang senang diambil apabila dikehendaki.

“Kawasan Marang akan menjadi kawasan laluan pokok2 tumbang .Kawasan Hulu poksu tak tahu bagaimana jadinya. Jika berlaku…kawasan wakaf Tapai,Tambak Baru air akan melanda setinggi 5 – 6 meter lebih kurang 18 kaki. Pekan Bukit Payung air akan meningkat setinggi 16 meter iaitu 48 kaki…Jangan panik tapi berjaga-jagalah …Kita di nasihatkan sekarang agar menyimpan dokumen2 penting,barang2 kemas dan lain2 disatu tempat yang senag diambil dan dibawa bila dikehendaki.”

Bawalah keluarga ke Dungun..

Sempat juga meninggalkan pesanan kepada rakyat Terengganu yang tinggal di luar Dungun agar melarikan diri ke tempat yang selamat iaitu di Dungun. Namun pada ketika itu, dianggarkan kenderaan dari Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu akan mencecah 250 ribu buah di atas jalan raya.

“Menurut OCPD tersebut tempat yang selamat ialag didungun. Jika berlaku…bwalah keluarga ke Dungun tetapi kami dimaklumkan jika siren amaran dibunyikan , pada masa tersebut dianggarkan kenderaan daripada K.Terengganu,Marang dan Hulu Terengganu akan mencecah 250 ribu buah diatas jalan. Bayangka bagaiman sesaknya jalan diwaktu itu. Rancanglah dari sekarang.Jangan panik.. Fikir jalan mana yang nak dilalui. Dihrapkan bencana yang dikhabarkan ini tidak berlaku. Banyakkan doa dan solat hajat.”

Belilah baju pelampung..

Poksu juga menyarankan orang ramai agar membeli baju pelampung dan bawalah keluarga bercuti ke luar Terengganu jika hujan turun dengan lebat berhari-hari.

“Utk makluman 27-29 .2.2022 sebelum ini hampir diwartakan darurat kerana empangan kenyir hampir2 pecah..seperti dalam gambar..batu2 bukit sebelah sini telah runtuh dan kawasan bawah sebelah kiri menjadi padang jarak. 5 tiang yg membawa arus letrik kaw itu telah tumbang. Laluan air yg hujung sekali telah dihempap batu sebesar rumah…kini dalam proses dibaiki semula.

Di tepi laluan air itulah yang dibimbangi berlau kebocoran. Bukan menakutkan tapi berjagalah. Belilah baju pelampung..tak mahal..Air akan menakung dan bertahan antara 3 hingga 7 hari di kawasan yang dinaiki dan akan mengalir keluar..itu punjika air laut pasan tidak tinggi…jadi…jika hujan turun dgn lebat barhari2 …bawalah famili bercuti di luar terengganu…”

tasik kenyir

Kredit: Ahmad Anwari

Walaubagaimanapun, semoga ramalan ini tidak benar-benar berlaku dan semoga Allah lindungi Terengganu dan seluruh Malaysia serta dunia daripada bencana alam yang teruk.

Kredit: Rossilan Rossi

Baca juga: “Alahai Manjanya..” Hampir Satu Jam Lori Hon, Akhirnya Kereta Diangkat Forkflit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat