5 Cara Buang Angin Dalam Badan
Kita sering mengalami masalah angin seperti perut kembung, badan lemah, terasa loya dan muntah. Ini biasanya berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman. Perut kembung berlaku disebabkan oleh angin yang disimpan di dalam usus yang disekat dan tidak berupaya untuk keluar. Gas berlebihan yang terdapat di dalam perut di mana gas senyap dalam penghadaman membuatkan perut anda kembung. Biasanya ia akan cuba untuk mengeluarkannya melalui angin atau burps.
Selain itu, angin dalam badan juga boleh menyebabkan penurunan semangat kerja kerana sebahagian badan mengalami kesakitan reumatik dan berasa sangat tidak bertenaga, yang ditandakan dengan kenaikan suhu badan. Jadi disini kami kongsikan 5 cara buang angin dalam badan yang boleh anda lakukan .
1. Makan Vitamin C
Vitamin C boleh meningkatkan imun badan supaya ketahanan badan akan bertambah dan anda boleh merasa badan kembali sihat. Vitamin C sangat penting untuk kesihatan terutamanya dari segi keseimbangan dalam ketahanan badan. Anda boleh makan jambu batu dicampur dengan amoi kerana buah ini mengandungi Vitamin C paling tinggi antara semua buah-buahan.
2. Halia
Halia adalah petua buang angin dalam badan secara tradisional yang sangat mudah, kerana kini banyak halia sudah dalam pelbagai jenis seperti minuman halia, halia merah yang terlarut dalam air suam dan ada juga susu halia yang rasa lebih lazat rasanya. Tetapi jika anda suka halia semulajadi juga tidak menjadi masalah kerana ia juga berkesan membuang angin dalam badan. Anda boleh campurkan air halia dengan sedikit lemon dan madu.
3. Bawang putih
Kandungan bahan dalam bawang putih ini mampu mrengusir angin dalam badan dengan cepat. Dengan memakan bawang putih, ia boleh membuang angin dalam badan. Caranya adalah ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar secara perlahan-lahan.Selain itu juga, orang tua yang mempunyai bayi yang mengalami angin masuk atau kembung biasanya membalurkan bawang putih sekitar bahagian-bahagian badan dan menggosokannya.
4. Bekam
Berbekam adalah satu cara yang biasa dan meluas dilaksanakan untuk buang angin dalam badan. Teknik bekam dilakukan dalam beberapa cara. Salah satunya adalah dengan alat khas yang menghisap udara supaya menarik bahagian kulit anda keluar yang dipercayai untuk menarik angin dalam tubuh melalui liang-liang kulit badan. Ada juga yang menggunakan kaca untuk mengurangkan tekanan udara dalam kaca supaya bahagian kulit akan tertarik.
Untuk mengeluarkan darah dan angin, dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan cara menindik bahagian tubuh yang di bekam dengan jarum atau hanya dilakukan bekam. Menindik bahagian tubuh dengan jarum juga dikenali sebagai sebagai akupunktur yang ditambah pula dengan teknik bekam juga untuk memulihkan stamina dan boleh menghilangkan penyakit tertentu.
5. Bersenam
Ramai tidak tahu juga bahawa kadang-kadang orang mendapat angin dalam badan kerana jarang melakukan aktiviti atau pergerakan. Bersenam adalah untuk mengeluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan supaya tidak terlalu tegang.
Dengan melakukan pergerakan sederhana seperti berjoging atau berjalan kaki, gimnastik kecil sekurang-kurangnya anda keluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan anda. Ini juga dapat membantu angin dalam badan kita unutk keluar
Semoga memberi manfaat.