Setiap Orang Ingin Memiliki haiwan peliharaan kesayangan seperti kucing. Namun adakah anda tahu tips untuk penjagaan kucing yang betul?

Sumber Rujukan : Blog/ Supercat

Memiliki haiwan peliharaan kesayangan seperti kucing merupakan satu pengalaman yang mampu memberikan anda keseronokan yang luar biasa. Malahan, perasaan tersebut tak ubah seperti  seperti menjadi ibubapa biarpun kasih sayang dan tanggungjawab itu hanya buat seekor binatang. Rutin harian yang berat dengan ganjaran tidak ternilai apabila anda dapat melihat sendiri bagaimana ia membesar, bergerak dan bermain di depan mata anda sendiri. Jika anda mengamalkan cara penjagaan yang betul, nescaya haiwan peliharaan yang anda belai itu pasti akan sihat dan ceria. Kali ini kami ingin memberikan beberapa tips tentang haiwan peliharaan kesayangan ramai iaitu kucing.

Masih ramai yang beranggapan bahawa agak sukar untuk memelihara seekor kucing. Hal ini tidak dinafikan sekiranya anda masih lagi diperingkat permulaan. Tambahan pula kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat manja dan memerlukan perhatian yang lebih. Sekiranya kita tidak memberika perhatian yang sewajarnya, kucing kita mudah untuk dijangkiti penyakit malah ada yang sehingga menyebabkan kematian pada kucing tersebut.

 

kucing

 

Jom Sama-Sama Kita Ikuti Beberapa Tips Dalam Penjagaan Kucing

1. Pastikan makanan yang diberikan pada kucing bersesuaian 

  • Pastikan anda membeli makanan haiwan peliharaan anda dengan betul agar ia sihat dan sentiasa bertenaga. Baca setiap label kandungan pemakanan yang sesuai dengan haiwan peliharaan anda. Sediakan tempat makanan, letak dalam bekas.
  • Kalau boleh elakkan kucing anda makan di meja makan, takut ada ahli keluarga kita yang alahan dengan kucing.

 

2. Jika mempunyai masa, bawa kucing anda berjalan-jalan

  • Ini merupakan masa yang baik untuk ‘mereka’ bersenam di samping merapatkan lagi hubungan anda dengan si comel.
  • Selain itu kucing dapat lah sekali-sekala udara segar bila kita bawa si comel bersiar-siar.

 

3. Mandikan kucing anda sekurang-kurangnya 3 kali setiap minggu

  • Bulu kucing bukan sahaja perlu disikat atau diberus, malah untuk memiliki kucing yang cantik dan ceria, mereka haruslah dimandikan dengan syampu khas untuk kucing yang sesuai supaya bulunya sentiasa kelihatan cantik.
  • Apabila memandikan kucing, pastikan air tidak memasuki mata dan telinganya. Kita boleh keringkan bulu kucing dengan pengering rambut ataupun lapkan denga  tuala yang kering. Baru lah bulu kucing kita bukan sahaj cantik dipandang malah kebersihannya juga terjaga.

 

4. Bawa jumpa doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjut

  • Kucing ni sama sahaja dengan kita. Kucing juga perlukan periksaan oleh seseorang yang mahir dalam memeriksa kucing. Kucing kan tak boleh bercakap. Jadi untuk sentiasa memastikan kucing kita dalam keadaan yang sentiasa sihat, rajin-rajin lah kita bawa kucing kita berjumpa doktor haiwan.
  • Ini untuk memastikan kucing tidak dijangkiti sebarang penyakit lebih awal. Mencegah tu kan lebih bak adri merawat. Malah sekiranya kucing kita sakit, kita boleh mengetahuinya lebih awal dan langkah-langkah kesihatan boleh dirawat peringkat awal lagi.

 

5. Berikan permainan kepada kucing

  • Pergi ke taman bersama kucing anda untuk main bola atau apa sekalipun asalkan haiwan peliharaan anda itu bergerak. Jika anda mempunyai kucing, pergi ke kedai haiwan peliharaan dan cuba dapatkan barang permainan untuk kucing anda.
  • Dengan ada nya alat permainan untuk kucing anda, si comel akan lebih aktif dan kesihatannya juga akan terjaga.
  • Bagi yang kreatif, anda boleh lah buat sendiri je mainan untuk kucing korang. Dengan cara ini dapat lah save bajet korang selain lebih terjamin keselamatan alat permainan untuk kucing anda.

 

6. Habiskan masa dengan kucing

  • Biarkan kucing anda tahu bahawa anda menyayanginya dan sudah pasti ia akan turut menyayangi anda kembali. Tambahan pula dengan sikap anda yang sentiasa peka untuk memberikan rawatan, sudah pasti haiwan ini akan menyukai anda sebagai tuannya.

 

7. Pastikan keadaan kucing anda selamat

  • Jauhi anak kucing anda daripada bergaduh, jatuh dari tempat yang tinggi, dibuli oleh kanak-kanak atau haiwan-haiwan lain yang ganas seperti anjing.

 

8. Memberi teguran

  • Anak kucing juga seperti kanak-kanak kecil. Mereka suka mencuba sesuatu yang di luar jangkaan. Contohnya mencakar sofa, menggigit, melompat ke tempat tinggi, dan sebagainya. Jika kucing anda melakukan semua ini, cuba hentikannya dengan mengatakan “stop” atau “jangan” tetapi anda jangan menjerit.
  • Sebaliknya gunakan nada yang rendah dan alihkan kucing anda ke tempat lain,jauh dari tempat kejadian tadi. Ajar apa yang boleh dan tidak boleh lakukan ketika di dalam rumah. Dengan itu, anda tidak dengar lagi bebelan ibu anda dengan keadaan di rumah.

 

9. Makanan tambahan untuk mendapatkan bulu kucing yang cantik dan lebat

  • Sudah pastinya setiap pemilik kucing mahukan kucing kesayangannya berbulu lebat serta sihat. Oleh itu, makanan tambahan memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan bulu dan kulit, kerana kedua-duanya adalah penting dan saling berhubungkait antara satu sama lain. Makanan tambahan yang diperlukan oleh kucing anda adalah:

 

  • Vitamin dan mineral

Terdapat pelbagai vitamin atau multivitamin untuk kucing. Bagaimanapun, kebanyakan makanan harian kucing yang sedia ada mengandungi multivitamin dan mineral yang mencukupi dan diperlukan oleh kucing.

 

  • Essential Fatty Acid

Omega 3 dan Omega 6 memang terkenal dengan kebaikan untuk menjadikan bulu kucing berkilat dan kurang gugur. Ia juga memberikan perlindungan kepada hati, otak, sistem imun, mata dan sendi-sendi. Seperti juga pada manusia, Omega 3 memberikan perlindungan kepada jantung serta menurunkan paras kolesterol.

 

  • Probiotik

Probiotik merupakan bakteria baik dan sihat yang mampu memperbaiki sistem penghadaman dalam usus besar dengan cara mengawal pertumbuhan bakteria jahat.

 

 

Akhir kata, sayangilah kucing anda seperti anak sendiri. Walaubagaimanapun anda haruslah sentiasa menjaga kebersihan diri anda juga dalam menajaga haiwan peliharaan. Bukan sahaja kebersihan diri anda malahan kebersihan haiwan peliharaan juga harus dititk beratkkan kerana kuman senang untuk merebak dimana-mana sahaja. Sentiaslah meruju kepada pakar untuk menjamin kesihatan si comel anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat