4 Sebab Mengapa Anda Perlu Mengelakkan Makan Masakan Mahupun Makanan Pedas Dalam Kehidupan Harian Anda


Di Malaysia, masakan atau makanan pedas sememmangnya menjadi kegemaran dan kegilaan sesetengah masyarakat. Tidak cukup rasanya jika sesuatu makanan itu tidak dihidangkan atau dicampurkan bersama dengan cili yang boleh membuatkan makanan tersebut terasa pedas.

Namun kesan daripada mengambil makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius kata seorang pakar gasteoerologist daripada India, Dr. SK Thakur.

makanan pedas

Antara penyakit yang boleh dihidapi oleh seseorang yang gemar akan masakan atau makanan pedas adalah seperti:

1. Insomnia/Sukar tidur

Apabila sesorang mengambil makanan pedas, Ia akan meningkatkan suhu tubuh badan seseorang itu dan mengakibatkan mereka cepat berpeluh. Hal ini menyukarkan untuk seseorang itu untuk tidur. Oleh itu, pengambilan makannan pedas hanya disarankan 3 sehingga 4 kali sahaja seminggu.

2. Peradangan

peradangan

Radang akan terjadi apabila seseorang itu terlalu kerap mengambil makanan pedas sehingga menyebabkan gangguan lambung akut, dan menyebabkan perut terluka. Luka pada perut yang parah akan menyebabkan keluarnya nanah dan sakit yang teramat luar biasa. Gejala ini boleh dilihat apabila seseoarang itu kerap berasa mual, muntah-muntah dan penurunan berat badan yang drastik.

3. Menyebabkan Gangguan Perut

sakit perut

Jika pengambilan makanan pedas yang berterusan akan mengakibatkan peningkatan jumlah asid dalam perut yang ketara dan akan mengakibatkan seseorang individu itu mengalami gangguan lambung akut.Hal ini akan menyebabkan mual,muntah-muntah,cirit-birit,demam dan sakit kepala.

4. Peningkatkan Asid Perut

lambung

Penambahan asid semasa makan makanan pedas akan meningkat. Hal ini diakibatkan oleh asam daripada cili yang meningkat semasa proses pencernaan makanan berlaku. Maka apabila seseorang itu makan makanan pedas asid akan bertamba dan terkmpul

Oleh itu, jika anda adalah peminat tegar akan masakan mahupun makanan pedas, anda perlu berhati hati dalam pengambilan makanan tersebut selepas ini. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jarakkan diri anda sedikit daripada masakan dan makanan seperti ini agar kesihatan anda terjamin.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat