Marvel Perkenalkan Ms. Marvel, Adiwira Muslim Pertama Dalam Sejarah MCU

Marvel Perkenalkan Ms. Marvel, Adiwira Muslim Pertama Dalam Sejarah MCU


Marvel Studios tarik perhatian warganet seluruh dunia dengan kehadiran superhero Muslim pertamanya, Ms. Marvel. Baru 2 hari disiarkan, namun trailer ini sudah pun mendapat 13 juta tontonan di Youtube !

Trailer yang tular di laman media sosial memperkenalkan Kamala Khan (lakonan Iman Vellani), seorang remaja Muslim berketurunan Pakistan yang menetap di New Jersey. Gadis berusia 16 tahun ini dianggap pelik kerana sering mengimpikan untuk menjadi adiwira suatu hari nanti.

Peminat Marvel di laman sosial dilihat turut menyambut kehadiran Ms. Marvel dengan cukup baik, lebih-lebih lagi di kalangan Muslim.

Pengenalan Ms. Marvel di platform media sosial juga menarik perhatian barisan pelakon Marvel lain seperti Mark Ruffalo yang meraikan kedatangan adiwira terbaru ini.

Apa Beza Ms. Marvel Dengan Captain Marvel ?

ms. marvel punya banyak persamaan dengan captain marvel

 

Memang tidak dapat dinafikan persamaan yang agak ketara antara Ms. Marvel dan Captain Marvel. Adakah Marvel sengaja lakukan repetisi atau ada tujuan lain disebaliknya ?

Bagi peminat setia rangkaian filem Avengers, watak Captain Marvel tidak perlu diperkenalkan lagi. Captain Marvel atau nama sebenarnya Carol Danvers mula sertai Avengers setelah mendapatkan semula memori dan menemui potensi sebenar dalam diri.

Berdasarkan MCU, Ms. Marvel dan Captain Marvel adalah dua karakter yang berbeza. Setakat ini, Marvel sudah pun menghasilkan 4 buah komik mengenai kedua-dua watak. 2 komik pertama mengambil Captain Marvel sebagai watak utama, manakala 2 komik terakhir memperkenalkan Kamala Khan sebagai Ms. Marvel.

Dari segi kuasa, kedua-duanya memiliki kuasa dan bergantung kepada kuasa daripada teknologi Kree. Namun, Kamala didapati tidak boleh terbang sebagaimana Captain Marvel. Namun, Kamala mempunyai kuasa meregang badan yang tidak dimiliki Captain Marvel.

Sementara itu, Captain Marvel pula miliki kuasa serapan tenaga luarbiasa yang tidak dimiliki Kamala. Usia Kamala juga jauh lebih muda berbanding Carol Danvers.

Mungkin ramai yang tidak mengenali Iman Vellani, pelakon muda yang memegang watak Ms Marvel. Berdasarkan laman IMDb, Ms. Marvel adalah penampilan sulungnya dalam dunia lakonan.

ms. marvel merupakan lakonan pertama iman vellani

Namun, gadis ini tidak datang dengan tangan kosong. Gadis kelahiran Kanada ini juga dilantik sebagai ahli Next Wave Committee di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2019. Memetik Daily Mail, Iman juga telah mengarahkan dua filem pendek yang disiarkan di Vimeo.

Siri Ms Marvel yang bakal disiarkan di Disney+ ini diarahkan oleh barisan pengarah hebat Adil El Arbi, Bilall Fallah, Shameen Obaid- Chinoy dan Meera Menon.

Difahamkan siri ini akan mengandungi 6 episod untuk musim pertamanya. Jom tengok trailer siri Ms Marvel di bawah !

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat