Aktiviti Di Bulan Kemerdekaan
Apabila tiba bulan Kemerdekaan, pasti anda tertanya-tanya aktiviti apa yang sesuai untuk dilakukan. Disini kami senaraikan aktiviti yang boleh anda lakukan pada bulan kemerdekaan tidak kiralah di sekolah ataupun komuniti setempat.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah:
- Majlis pelancaran bulan kemerdekaan
Pihak sekolah akan mengadakan aktiviti pada bulan kemerdekaan. Sebelum aktiviti yang dirancang itu dijalankan, semestinya akan diadakan majlis pelancaran terlebih dahulu.
- Solat hajat/bacaan yasin sempena bulan kemerdekaan
Seeloknya sebelum apa-apa sambutan diadakan, mulakan dengan meminta kepada Allah terlebih dahulu.
- Larian kemerdekaan/ Hari Kebangsaan
Aktiviti yang paling mudah untuk dilakukan. Tetapkan hari dan masa untuk larian dan kumpul semua warga sekolah dan aktiviti ini dapat dijalankan.
- Menghias kawasan sekolah sempena Hari Kebangsaan
Adakan pertandingan antara kelas dan sediakan hadiah yang menarik untuk pemenang. Ini dapat menggalakkan para pelajar untuk menyertai pertandingan ini, di samping dapat memupuk semangat patriotik mereka. - Mengantung/ menghasilkan kain rentang kemerdekaan
Kebiasaannya pihak sekolah akan membekalkan bendera kepada setiap kelas, untuk digantungkan mengikut kretiviti mereka. Di waktu pendidikan jasmani, bekalkan mereka dengan kelengkapan untuk menghasilkan kain rentang untuk kelas mereka sendiri.
- Ceramah tentang tokoh-tokoh kemerdekaan
Jangan dilupakan tentang tokoh-tokoh yang terlibat dengan kemerdekaan negara kita. Tanpa mereka, tentu negara kita belum lagi merdeka.
- Perarakan Hari Kebangsaan/ Kawad kaki
Aktiviti ini sering dilakukan oleh pihak sekolah. Dan aktiviti ini sentiasa akan ditunggu oleh para pelajar, mereka dapat berjalan keliling kawasan sekolah dengan berpakaian yang bertemakan kemerdekaan sambil mengibarkan bendera.
- Melakonkan situasi hari kemerdekaan
Aktiviti ini bertujuan untuk para pelajar mengetahui dan juga melihat dengan mata mereka sendiri apa yang terjadi pada masa tersebut. Mereka juga dapat merasakan apa yang orang-orang dahulu rasa.
- Hasilkan bendera dari bahan terbuang (botol, tin)
Antara aktiviti yang paling saya suka dan sering dibuat ketika sekolah dulu. Pelajar diminta untuk kumpulkan bahan terbuang seperti botol, tin atau kertas. Dan selepas itu, hasilkan bendera dengan bahan tersebut secara beramai-ramai.
- Tayangan film/video kemerdekaan (Sarjan Hassan dll)
Adakan tayangan filem lama yang ada kaitan dengan merdeka. Saya percaya bahawa generasi sekarang tentu tidak kenal dengan wira-wira dahulu.
- Sambutan Ambang Kemerdekaan (malam 30 ogos)
Adakan sambutan ambang kemerdekaan secara besar-besaran dan laungkan kemerdekaan dengan penuh bersemangat.
- Berbasikal/kayuhan sempena Hari Kebangsaan
Selain daripada larian dan perarakan, aktiviti berbasikal juga boleh dilakukan. Jika pelajar sekolah tersebut ramai yang berbasikal, tentu mereka akan menyertai aktiviti ini. Masyarakat luar juga boleh adakan aktiviti ini.
- Konvoi merdeka
Selain dari berbasikal, konvoi juga amat menarik untuk dilakukan terutamanya untuk masyarakat setempat.
- Pameran kemerdekaan
Aktiviti seperti ini selalunya akan dilkukan oleh pihak sekolah ataupun organisasi-organisasi luar. Dan selalunya ia akan dibuka untuk umum.
- Kibarkan jalur gemilang
Acara wajib setiap kali merdeka. Aktiviti ini dapat menunjukkan semangat patriotik kita. Setakat mana sayangnya kita kepada negara kita.
- Hasilkan sudut patriotisme di dalam kelas
Satu lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah, iaitu sudut patriotik dalam kelas.
- Memakai pakaian tradisional
Bagi memeriahkan lagi sambutan di sekolah, tetapkan satu hari untuk berpakaian tradisional ataupun pakaian yang bertemakan merdeka. Selain itu, adakan juga pertunjukan fesyen pada hari tersebut. Tentu para pelajar akan melaram pada hari tersebut.
- Majlis penutupan sambutan kemerdekaan
Setelah dibuka, mesti akan ditutup. Setelah semua aktiviti yang dirancang telah dilakukan, adakan majlis penutup. Di majlis penutup tersebut, mungkin bole diadakan penyampaian puisi ataupun nanyian lagu patriotik.
Berikut adalah aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang bulan kemerdekaan ini. Harap ianya dapat memberi ilham kepada yang tengah buntu memikirkan aktiviti apa yang boleh dijalankan. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-62.