Tips Fasih Bahasa Inggeris
Kebolehan menguasai lebih banyak bahasa boleh membantu seseorang pelajar menjadi lebih cemerlang. Semakin banyak bahasa yang kita kuasai, semakin luas pandangan kita. Kebolehan ini mampu membantu pelajar jadi cemerlang.
Tanpa kemampuan dan kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa, agak sukar seseorang untuk berkomunikasi khususnya dengan individu yang berlainan bangsa. Oleh itu, banyak kepentingan akan diperoleh oleh seseorang dengan menguasai pelbagai bahasa lain selain bahasa ibunda.
Satu posting di laman facebook IIUM Confessions telah berongsi tip-tip untuk anda fasih dalam Bahasa Inggeris.
Kita boleh lancarkan bahasa inggeris dengan practice bercakap sesama kawan atau keluarga. Tapi kalau malu atau berasal dari komuniti yg jarang cakap english, takpe masih ada cara saya nak share.
1) Berangan
Pelik kan? Haha tapi berkesan. Jadi kreatif ikut suka. Berangan kahwin mat salleh ke, jadi Selena Gomez ke, jadi watak spy dalam movie ke, debat dengan Donald Trump ke. Teruskan kepoyoan gila-gila tu. Dari sini akan datang minat, lama-lama makin menjiwai imiginasi dan mula nak tiru gaya cakap dan bahasa dia. Adik-adik saya memang puas la nampak berangan macam tu. Bukak je pintu bilik tengah berangan cakap sorang2 atau nyanyi.
Hasilnya umur 9-10 dah boleh cakap lancar sebab dah tak kekok. Cuba perhati kawan2 kita yang belajar bahasa arab contohnya, diorg ber-ana anta abi maula, try jubah, bukak nasyid. Video viral yang kakak garang ajar adik english tu. Sejenis berangan la jugak semua tu. Sebab minat maka jadi mudah dan tak rasa terpaksa. Tapi mohon bijak jangan culture shock.
Sekarang ramai insta figure yg perasan omputih sampai bela kuku panjang, buat video mimic lagu konon cool dapat ikut lagu rap sambil buat gaya hipster. Adik saya lagi sorang minat My Chemical Romance. Zaman tu kebanyakan rumah masih tak langgan Internet. Apa yg dia dengar kat lagu tu, itu yg dia tulis. Contoh: “Coz the hardest part of this is leaving you” jadi Kez de hades pat of this is living you. Asal boleh haha.
Tapi sebab minat, bila dia mula ada facebook dia join group fan MCR, friend dengan orang putih makin lama makin fasih english dia. Nanti ada yang kata eleh pigidah lagu english semua cerita pasal seks. Ayoo kawan, awak dengar lagu Top 40 USA memang lah budaya hedonisme. Ada berbillion penutur bahasa inggeris seluruh dunia, beratus ribu lagu bahasa inggeris dari genre berbeza, awak yang sempit tak reti explore jangan salahkan lagu.
2) Tulis diari
Kalau risau tulisan kena skodeng, tulis secara digital dalam Notepad atau Word pastu save letak password atau hide dalam komputer. Tulis note dalam smartphone pun boleh. Luah apa-apa kat situ. Biar je tatabahasa tak betul, tulis je melayu kalau tak tahu perkataan dalam english. Nak cuba google atau buka kamus lagi bagus. Cuba je hentam, jangan malu sebab takde siapa gelak pun. Buat selalu.
Sambil-sambil tu kalau nak jadi kreatif dengan diari tu silakan. Contoh kalau mengutuk kawan dalam diari tu nak letak gambar dia sekali atau screenshot letak ler. Haha buat supaya benda tu rasa seronok. Bila terbaca ayat english yg betul dekat tempat lain, kita akan teringat kesalahan yg kita biasa buat dalam diari tu. Dari situ boleh betulkan silap kita dan cuba guna perkataan-perkataan baru pulak. Saya pernah buat 3 tahun. Masa nak sambung belajar saya baca semula diari tu sebelum bakar semua.
Memang nampak peningkatan ayat-ayat yg saya guna. Bukan tatabahasa je bertambah baik, cara berfikir jugak nampak lebih matang. Kelebihan lain bila tulis diari : boleh kurangkan rasa nak mengumpat dengan kawan, dapat luahkan masalah atau depression tanpa cover-cover (baik sebagai terapi psikologi), boleh tengok balik perjalanan kita satu hari nanti, kurangkan risiko kena tuduh budak wicet bila tersalah ejaan/ayat kalau tulis kat media sosial. Sesungguhnya viral itu memalukan hahaha.
3) Sembang sorang-sorang
Macam gila takpe, jangan gila betul2. Hahaha. Buat time sorang-sorang dalam bilik. Jangan buat masa tunggu bas pulak kang kena angkut dengan jabatan kebajikan. So far saya buat ni tak pernah kantoi dengan orang lagi, terror kan beta? Apa yg kita rasa nak cerita (tak puas hati ke, pencapaian yg takde siapa nak kisah ke) cerita lah macam konon ada orang dengar. Cerita la gempak mana pun.
Cakap dengan kucing pun boleh atau bermonolog sendiri. Kalau biasa kita cakap “Eh bukan aku letak sini ke tadi benda tu?” Tukar la ayat “Didn’t I put it here just now?” Practice yg nampak remeh macam ni lah yg akan biasakan diri kita dengan penggunaan english.
Cakap dalam hati pun boleh. Siapa kata nak practice speaking mesti cakap dengan kawan je. On the way pergi kerja, dalam kepala kita fikir “Aku nak parking belakang TNB lah”, cuba tukar “I think I’ll park behind TNB today.” Orang yg kita tengok speaking atau suka tulis status dalam english tu sebab ni lah, bukan bajet tapi sebab dah terbiasa.
4) Baca essay
Dulu ada rancangan reality show dekat 8TV nama Field Trip USA, hos dia Qi Razali. Pasal program pertukaran pelajar ke US. Saya punyalah taksub berangan nak belajar oversea sampai print segala borang tunjuk mak ayah. Setiap hari saya baca 10 karangan dalam buku “101 Essay for O-level” kot tajuk dia yg ada lebih kurang 6-8 perenggan untuk fasihkan sebutan.
Sampai lidah saya betul2 kekok bila cakap bahasa melayu. Sebutan bahasa melayu memang jadi tak betul. Akhirnya impian mengarut tu direject mentah-mentah dengan ayah saya, memang kecewa sangat tapi apa saya buat bukanlah sia-sia sebab pembacaan dedahkan kita dengan ayat-ayat kompleks yg lebih sophisticated dari level ayat saya masa tu.
Kalau tak sanggup baca 10 essay, cuba satu atau dua pun ok dah. Kalau tak nak essay, boleh baca Wattpad.com. Kat sini ada banyak cerita. Gunakan faedah Internet dekat smartphone tu bukan setakat buka hiburan je. Kalau suka screenshot kata-kata motivasi english dekat Pinterest untuk jadikan status Whatsapp, sambil tu perhati ayat dia.
5) Presentation
Ambil peluang latih diri speaking bila presentation kelas. Jangan baca je slide, cerita benda yg takde dalam slide. Malam sebelum presentation buat ayat dalam kertas. Ayat simple pendek-pendek. Hafal pun takpe. Makin meningkat semester, makin banyak presentation, kita jadi makin lancar dan yakin nak bercakap. Dulu mula-mula saya tulis lepas tu saya hafal. Sekarang saya dah boleh cakap spontan macam cikgu mengajar.
6) Terima hakikat kepentingan bahasa inggeris
Nak mahir sesuatu, kena buka minda. Kalau kita masih ada ideologi suka perlekeh dan banding-bandingkan ilmu, hati kita takkan terbuka untuk terima ilmu tu. Contoh macam kita kata Jepun boleh je maju tanpa bahasa inggeris atau kita kata perlu martabatkan bahasa melayu atau lebih baik belajar bahasa arab bahasa syurga. Tak boleh macam ni. Kita cakap satu bahasa tak bermakna kita abaikan bahasa yg lain.
Kita bukan agungkan bahasa orang putih. Ini bahasa perantaraan antarabangsa tuan puan. Katakan zaman ni majoriti penduduk bumi cakap bahasa jepun, maka bahasa jepun lah kita belajar. Tapi sekarang kesnya ialah bahasa inggeris. Bila bahasa tu paling banyak digunakan, pertukaran info jugak paling banyak disampaikan dalam medium bahasa tu. Orang yg tak faham bahasa inggeris tak akan tahu betapa banyaknya ilmu yg dia terlepas akibat tak faham bahasa inggeris.
Ada banyak berita, pengetahuan, info dan ilmu yg ditulis dalam bahasa inggeris tapi sangat kurang ditulis dalam bahasa melayu. Jadi kita jangan sombong untuk luaskan pengetahuan. Apatah lagi dalam negara berbilang kaum macam Malaysia, isu nak setia dekat takuk satu bahasa ni sangat tak relevan. Fasihkan bahasa inggeris tapi pastikan fasih jugak bahasa ibunda dan kebangsaan kita.
Setakat ni tu je. Terima kasih membaca dan maaf kalau ada tersinggung. Cuba share tips korang pulak.
Sumber- IIUM Confessions