Porsche Terjual Lebih 5,000 Unit, Golongan Kaya Meningkat?


Porsche merupakan kereta mewah terutama bagi rakyat malaysia kerana kereta import dikenakan cukai yang tinggi.

Namun, jualan Porsche merekodkan 5,589kereta di Asia Pasifik pada 2016 dipacu oleh peningkatan permintaan dari Taiwan, Singapura dan Malaysia. merupakan tanda golongan kaya yang semakin bertambah walaupun ekonomi serantau mencatatkan pertumbuhan yang pelahan.

Pengarah Urusan Porsche Asia Pasifik, Martin Limpert berkata, selain sumbangan daripada pasaran tiga negara berkenaan, pertumbuhan jualan juga dirangsang oleh Thailand dan Filipina yang turut menunjukkan perkembangan positif yang ketara.

Beliau berkata, 590 unit model 911 dijual tahun lalu meneruskan prestasi kukuh model ikonik itu dengan peningkatan 11 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, model Macan turut memperkukuhkan posisinya sebagai model paling popular dengan 2,626 unit terjual manakala Cayenne yang mempunyai prestasi kukuh hampir sama menyumbang sebanyak 1,819 unit.

“Penjenamaan semula model 718 Boxster dan 718 Cayman baru menyumbang sebanyak 356 penjualan manakala model Panamera mengekalkan penjualan mantap meskipun ada perubahan pada generasi baru pada akhir tahun lalu dengan 198 unit.

“Rangkaian produk itu membolehkan kami sekali lagi mencipta rekod bagi Porsche Asia Pasifik serta teruja dengan perkembangan positif penjualan serta jenama Porsche,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Porsche Asia Pasifik menyokong operasi di 13 negara membabitkan Brunei , Kemboja, Indonesia, Malaysia, Mongolia, New Caledonia, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Thailand dan Vietnam .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat