Menteri KPDNKSH Ke Kedai Runcit & Pasar Awam, Buat Lawatan Mengejut
Mungkin ramai dalam kalangan korang berhadapan dengan situasi bos, guru ataupun warden asrama yang membuat lawatan secara mengejut. Apabila lawatan tersebut tidak diketahui pastinya membuatkan kita rasa bimbang.
Bimbang jika ada masalah walaupun bos atau guru kita tidak marah pun akan hal tersebut. Namun ya la, kita tanpa persediaan apa-apa tiba-tiba orang besar turun padang.
Menteri KPDNKSH Ke Kedai Runcit & Pasar Awam, Buat Lawatan Mengejut
Begitu jugalah yang berlaku kepada peniaga kedai runcit dan Pasar Awam di sekitar Putrajaya apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) membuat lawatan mengejut di kedai runcit dan Pasar Awam di pusat Kerajaan hari ini.
Menurut Datuk Seri Salahuddin, ketika dalam perjalanan ke pejabat, beliau tergerak hati untuk singgah tanpa memberitahu pengurusan kementerian kerana tidak mahu lawatan tersebut menjadi seperti acara keraian.
Pada ketika itu, Datuk Seri Salahuddin hanya ditemani pemandu dan pegawai pengiring. Kedua-duanya bertindak sebagai jurukamera dan juruvideo. Beliau juga sempat memohon maaf jika kualiti dan suntingan video tidak memuaskan.
“Saya mohon maaf sekiranya kualiti video dan suntingannya tidak memuaskan”, kata beliau.
Menerusi video tersebut, beliau dilihat sedang membuat tinjauan di sebuah kedai runcit dan mendapati kedai tersebut kehabisan bekalan minyak masak paket 1 kilogram. Manakala, sewaktu di Pasar Awam beliau turut bertemu dengan peniaga telur dan ayam yang sempat berkongsi masalah mereka.
Datuk Seri Salahuddin juga sempat berkata, kekurangan telur bersubsidi gred A, B dan C serta minyak masak paket 1 kilogram jelas kelihatan. Ekoran itu, beliau memaklumkan bakal mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada esok.
Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan isu bekalan telur bersubsidi di pasaran. Dalam masa yang sama, beliau juga akan mengarahkan Bahagian Penguatkuasa KPDNKHS untuk menyelesaikan masalah minyak masak bersubsidi paket satu kilogram.
Pemantuan dan pemeriksaan premis telah dilakukan di Kuala Terengganu dan Pahang
Malah pada hari ini, pemantuan dan pemeriksaan premis telah dilakukan oleh anggota penguat kuasa KPDN di premis sekitar Kuala Terengganu. Pemantauan tersebut dilakukan bagi memastikan bekalan barangan keperluan di pasaran dapat memenuhi permintaan pengguna.
Pemeriksaan yang dijalankan juga adalah untuk mengekang peniaga mengambil kesempatan terhadap pengguna dengan mengaut keuntungan yang tidak masuk akal.
Manakala di Tanjung Lumpur, Pahang, pihak penguat kuasa KPDNKSH telah menjalankan Pemeriksaan Am, Pemeriksaan Bekalan dan Undang-undang di bawah Akta-Akta berkaitan.
Antara pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan tanda harga, alat timbang dan sukat, PHMATA, pemeriksaan kedudukan bekalan telur ayam, minyak masak dan lain-lain keperluan asas.
Tahniah diucapkan kepada Menteri KPDNKSH, Datuk Seri Salahuddin Ayub kerana sanggup meluangkan masa melawat kedai runcit dan Pasar Awam di Putrajaya. Semoga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) lebih cemerlang dan peka dengan apa yang berlaku agar rakyat hidup dengan aman dan sejahtera.
Sumber: Harian Metro & Kpdnksh Laman Rasmi
Baca juga: Anak Alami Kesukaran Bernafas, Rupa-Rupanya Tertelan Bateri & Meletup Dalam Esofagus