Anak Alami Kesukaran Bernafas, Rupa-Rupanya Tertelan Bateri & Meletup Dalam Esofagus


Menjaga anak kecil bukanlah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi jika banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Kadang-kadang para ibu yang menjaga anak mereka sendirian akan berasa cepat letih dan lesu.

Sehinggakan apa yang dilakukan oleh anak-anak tidak dilihat atau tidak terperasan oleh penjaganya. Bukan disebabkan kecuaian ibu bapa namun disebabkan anak-anak ini terlampau aktif. Terlepas sekejap sahaja dari pandangan mata, terus macam-macam berlaku.

Ada yang terluka akibat terjatuh, ada yang bengkak akibat terhantuk, ada yang memasukkan sesuatu ke dalam hidung dan telinga. Malah lebih teruk lagi ada yang tertelan bateri.

Anak Alami Kesukaran Bernafas, Rupa-Rupanya Tertelan Bateri & Meletup Dalam Esofagus

Seperti mana yang berlaku baru-baru ini di Barat Laut Mexico apabila ada seorang kanak-kanak lelaki tertelan bateri. Bateri tersebut kemudiannya meletup di dalam badannya.

Kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Dylan Alenjandro dan berusia 2 tahun itu dilaporkan tertelan bateri. Akibat dari itu, esofagusnya terbakar dalam kejadian yang berlaku di tempat tinggalnya di Cananea, Sonora, Barat Laut Mexico.

Ketika kejadian pada Oktober lepas, keluarga mengakui mereka tidak menyedari kejadian tersebut. Mereka hanya menyedari apabila mangsa mula mengalami kesukaran untuk bernafas. Tidak menunggu lebih lama, keluarga mangsa terus membawa Dylan ke hospital.

Disebabkan mangsa mengalami kecederaan yang teruk, dia kemudiannya dipindahkan ke hospital lain di ibu negeri, Hermosillo, Mexico.

Menurut Nayeli Guadalupe Coronado Nino, ibu kepada mangsa dan 8 anak itu berkata, anaknya melecur di bahagian esofagus. Salah satu paru-parunya juga mengalami jangkitan selepas bateri yang ditelan meletup di dalam badannya.

Ekoran darah tidak lagi memproses oksigen, Dylan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 23 Oktober. Menurut Daily Star, Dylan hanya boleh dibedah oleh pakar bedah sekiranya tahap oksigen kanak-kanak lelaki itu kembali stabil.

Dalam masa yang sama, keluarga Dylan turut memohon bantuan orang ramai di media sosial untuk menghulurkan sumbangan bagi membiayai kos rawatan anaknya ekoran mereka tiada insurans kesihatan. Walaubagaimanapun tidak dapat diketahui bateri apa yang ditelan oleh kanak-kanak berkenaan.

Lagi kisah kanak-kanak tertelan bateri litium

Sebelum ini, pada tahun 2011 turut berlaku kejadian yang hampir sama, di mana seorang kanak-kanak berusia 2 tahun berada hampir 20 minggu di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan tertelan bateri litium dari sebuah alat permainan kawalan jauh.

Akibat dari itu, Emmet Rauch telah mengalami kerosakan pada saluran asofagusnya  dan telah menjalani 200 kali imbasan sinat X. Turut melakukan 18 kali pembedahan.

tertelan bateri

Pada awal kejadian, ibu Emmet tidak perasan bahawa anaknya tertelan bateri tersebut. Namun setelah 3 hari mengalami sesak nafas, dia kemudiannya di bawa ke hospital. Doktor telah mengesahkan bahawa terdapat keberadaan bateri pada saluran esofagusnya.

Pastinya cerita-cerita di atas menganggu kegusaran para ibu bapa di seluruh dunia. Walaupun bentuk bateri ini kecil namun ia boleh meragut nyawa anak tersayang. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa harus lebih berhati-hati dengan alat permainan yang mengandungi bateri.

Sumber: Daily Star

Baca juga: Kemenangan Di Padang Serai & Kalah Tipis Di Tioman Bukti Rakyat Tolak Kerajaan Campuran – Muhyiddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat