Anda Peminat Drama Korea? Ketahui 31 Drama Korea Terbaru yang boleh Membuatkan Anda Ketagih

Sumber Rujukan : Facebook/MediaMalaysia

Drama korea merupakan sesuatu yang sering dinantikan bagi setiap golongan tidak kira muda mahupun berumur terutamanya daripada golongan wanita.

Sepertimana yang kita ketahui drama korea sering menonjolkan pelakon-pelakon yang dapat menarik minat penonton dengan kekacakan dan kejelitaan mereka serta bahasa yang menarik untuk ditonton oleh semua orang. Rata-rata para penonton ramai yang menggemari watak-watak yang dilakonkan oleh setiap pelakon korea untuk diadaptasikan ke dalam kehidupan yang sebenar.

Hiburan yang diterbitkan daripada korea ini sering menjadi trend bagi golongan muda untuk mencontohinya.

Oleh itu, disini kami senaraikan drama korea yang diminati ramai:

1. Ghost/Phantom

Cerita ini mengisahkan tentang lelaki yang merupakan seorang detektif di dalam unit jenayah siber yang mengubah wajahnya bagi mencari pembunuh sebenar yang telah membunuh rakan baiknya.

Genre: Crime/Investigation

 

2. TEN Season 1 & TEN Season 2

Drama ini mengisahkan tentang kes-kes psikologi yang banyak di selesaikan oleh seorang detektif yang mahir dengan pemikiran seseorang psikologi itu. Setiap episod menceritakan kes-kes yang berlainan yang berjaya di selesaikan oleh detektif tersebut.

Genre: Crime/Investigation

 

3. Criminal Minds

Drama ini diadaptasikan daripada American drama series bertajuk yang sama, “Criminals Mind”. Drama ini menceritakan satu unit khas yang bertindak sebagai profiler bagi kes-kes jenayah berat. Mereka ditugaskan  untuk menyelesaikan kes jenayah dengan membaca pemikiran dan pergerakan penjenayah.

Genre: Crime/Investigation

 

4. Voice

Heroin bagi drama ini mempunyai pendengaran luar biasa yang membolehkannya mendengar suara melebihi daripada manusia normal. Di dalam cerita ini, 2 orang anggota polis bekerjasama di dalam satu unit yang dipanggil “Golden Time” untuk menyelamatkan mangsa-mangsa kecemasan daripada segala sudut jenayah yang berlaku dengan bantuan pendengaran yang luar biasa.

Genre: Crime/Investigation

 

5. Tunnels

Kisah ini menceritakan tentang seorang lelaki yang merupakan anggota polis pada masa lampau yang telah dihantar ke masa hadapan untuk menyelesaikan satu pembunuhan bersiri yang misteri tidak dapat diselesaikan pada masa lampau. Perjalanan dari masa lampau ke masa hadapan berlaku apabila dia melalui terowong yang masih kekal di dalam kedua-dua masa.

Genre: Crime/Investigation

 

6. Signal

Drama ini mengisahkan tentang perbezaan antara dua masa yang berbeza. Dua orang polis bekerjasama melalui ‘walkie-talkie’ dalam menyelesaikan kes-kes misteri yang dipanggil “cold case”. Melalui’ walkie-talkie’tersebut mereka berhubung untuk membantu antara satu sama lain dalam merungkai misteri yang tersembunyi di dalam setiap kes jenayah.

Genre: Crime/Investigation

 

7. Investigation Partner

Drama ini mengisahkan seorang doktor bedah siasat yang bekerjasama dengan peguam bela dalam merungkai setiap kes melalui bedah siasat yang dijalankan. Setiap kes membawa kepada satu jalan cerita yang merungkai misteri tentang penjenayah yang terlibat.

Genre: Crime/Investigation

 

8. Mad Dog

Drama ini melibatkan fikiran secara kritikal daam menjelaskan sesuatu perkara. Sekumpulan pasukan mencari dalang sebenar punca terhempasnya kapal terbang yang dinaiki oleh ahli keluarga mereka dan mencari punca kejadian itu berlaku.

Genre: Crime/Investigation/Action

 

9. God’s Gift 14 days

Cerita ini mengisahkan seorang ayah yang diberi masa 14 hari untuk mengulang kembali kejadian di mana anaknya diculik dan dibunuh. Dalam masa 14 hari dia perlu memastikan kejadian yang telah berlaku tidak berulang

Genre: Crime/Investigation

 

10.Remember

Kisah ini menceritakan seorang lelaki yang mempunyai kelebihan istimewa. Matanya boleh merakam semua benda yang dilihat olehnya walaupun hanya sebentar sahaja melihat peristiwa itu. Namun nasib malam menimpa keluarganya apabila ayahnya dituduh membunuh. Demi membantu ayahya mempertahankan diri, dia membesar menjadi seorang peguam. Walaubagaimanapun, ayahnya mempunyai penyakit mudah lupa dan meninggal. Nantikan perjuangan seorang anak dalam membela nasib seorang ayah.

Genre: Law/Investigation

 

11. While You Were Sleeping

Drama ini mengisahkan tiga orang kawan yang boleh meramal masa hadapan di dalam mimpi mereka. Mereka bekerjasama untuk membantu mengelak nasib buruk menimpa mereka dan menjadi kawan baik.

Genre: Law/Crime/Investigation

 

12. Suspicious Partner

Drama ini mengisahkan mengenai dua orang pasangan peguam yang berjuang untuk menyelesaikan kes-kes yang melibatkan orang awam dan diri mereka sendiri.

Genre: Crime/Investigation/Law

 

13. Prosecutor Princess

Mengisahkan mengenai seorang wanita yang cukup serba serbi memegang jawatan sebagai peguam bela dan bukan pilihan dirinya untuk menjadi seorang peguam.

Genre: Law

 

14. Healer

Drama ini mengisahkan seorang lelaki yang mengambil upah sebagai seorang perisik dan cuba mendapatkan maklumat mengenai kedua ibu bapanya.

Genre: Action/Thriller

 

15. K2

Drama ini mengisahkan mengenai seorang wanita yang mempunyai trauma tentang dunia luar dan cara dia mengatasi trauma tersebut dengan bantuan pengawal peribadinya.

Genre:Political/Action

 

16. Defendant

Drama ini mengisahkan mengenai seorang pegawai polis yang dalam satu malam didapati membunuh ahli keluarganya. Disebabkan dia hilang ingatan tiada benda yang dapat menolong dirinya dalam mempertahankan dirinya.

Genre: Crime/Law

 

17. I Hear Your Voice

Drama ini mengisahkan satu kemalangan yang membawa kepada kuasa luar biasa dimiliki oleh seorang lelaki. Kemalangan ini berpunca daripada dendam terhadap ayahnya dan membawa bahaya kepada semua orang yang menghampirinya.

Genre: Crime/Law

 

18. Return

Satu kisah mengenai dunia undang-undang dan jenayah yang menarik untuk ditonton. Setiap episod membawa kepada teka teki yang misteri dalam meneka pembunuh yang sebenar.

Genre: Crime/Law

 

19. Doctor Romantic

Drama ini mengisahkan seorang doktor yang mahir dalam bidang perubatan memencilkan diri setelah operasi pembedahannya gagal. Dia memencilkan diri di sebuah hospital pedalaman yang jarang di singgah oleh pesakit. Disini terdapat dua orang doktor yang ingin belajar ilmu kedoktoran daripadanya.

Genre: Medical

 

20. Doctor Stranger

Drama ini menunjukkan pembedahan-pembedahan yang sebenar berlaku di depan mata. drama ini menunjukkan kemahiran seorang doktor dalam mengetahui penyakit pesakitnya hanya dengan sentuhan sahaja.

Genre: Medical

 

21. Duel

Kisah ini mengenai seorang polis yang berusaha menyelamatkan anaknya yang telah diculik. Penculik yang merupakan klon daripada seseorang yang dituduh.

Genre: Sci-fic/Action/Crime

 

22. Lawless Lawyer

Drama ini mengisahkan seorang hakim yang menyembunyikan sifat kejam dirinya dan mengawal kesemua pegawai besar di bandar yang dia berkuasa. Hakim tersebut telah membunuh ramai orang demi kepuasan dirinya untuk mencapai matlamatnya iaitu, menjadikan bandar tersebut bebas daripada jenayah.

Genre: Sci-fic/Action/Crime

 

23. Time Slip Dr Jin

Kisah ini mengenai seorang doktor yang mengembara ke dunia lain dan menggunakan kemahirannya dalam merawat manusia dengan segala alat yang dapat dijadikan bahan bedah pada zaman tersebut.

Genre: History/Medical

 

24. Black

Menceritakan mengenai seorang perempuan yang boleh melihat kematian pada diri seseorang dan seorang malaikat yang tersekat di dalam diri seorang lelaki dan menggunakan khidmat perempuan tersebut untuk bebas kembali ke dunianya yang sebenar.

Genre: Crime

 

25. It’s Okay That’s Love

Drama ini menceritakan mengenai seorang lelaki yang mengalami PTSD disebabkan kemalangan ngeri yang menimpa dirinya sewaktu kecil dahulu.

Genre: Medical/Romance

 

26. Emergency Couple

Kisah ini mengenai dua orang doktor yang dulunya merupakan pasangan suami isteri. Kini masing-masing saling membenci dan bekerjasama menyelamatkan nyawa setiap pesakit yang berkunjung ke hospital mereka bekerja.

Genre: Medical/Romance

 

27. City Hunter

Kisah ini mengenai seorang lelaki yang sentiasa menyamar untuk melunaskan dendam kepada presiden negara mereka kerana telah mengakibatkan ayah angkatnya terbunuh.

Genre: Political/Action

 

28. Descendents Of The Sun

Drama ini mengisahkan seorang askar yang sentiasa berjuang demi menyelamatkan negara mereka dan negara jiran daripada serangan musuh dan sanggup mengorbankan segalanya demi kepentingan negara.

Genre:Medical/Action/Thriller

 

29. Kill Me Heal Me

Kisah ini mengenai seorang lelaki yang mempunyai tujuh personaliti dan cara dia berusaha untuk menyembuhkan dirinya sendiri.

Genre: Medical/Romance

 

30. Doctors/Doctor Crush

Kisah ini mengenai seorang wanita yang berusaha keras menjadi seorang doktor demi merungkai kematian neneknya dengan pertolongan cikgu sekolahnya.

Genre: Medical/Romance

 

31. Pinocchio

Mengisahkan seorang lelaki yang berpura-pura tidak pandai demi menjaga keselamatan orang-orang disekelilingnya akibat pembunuhan yang terjadi kepada keluarganya.

Genre: Investigation/Politics

 

Selamat menonton semoga anda terhibur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat