Hentikan Segera Pemakaian Krim Kunyit Kerana Ia Boleh Menyebabkan Saraf Dan Buah Pinggang Rosak Serta…


Sejak beberapa tahun yang lepas, memang viral berkenaan dengan produk kecantikan lokal merupakan produk kilang. Produk yang dijual oleh founder ini sebenarnya berasal daripada kilang yang sama. Cuma dibungkuskan kembali mengikut jenama.

Mengenai krim kecantikan ini, terbaharu Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang awam untuk mengelakkan daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik FS Tumeric Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual merkuri dan beramethasone 17-valerate.

Menurut Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Notifikasi produk berkenaan sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM serta tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini. Produk  mengandungi betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Boleh menyebabkan saraf dan buah pinggang rosak!

Di samping itu, kulit muka yang yang disapu dengan krim ini akan menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi serta berjerawat. Malah dalam masa yang sama, ia juga menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Perkembangan otak kanak-kanak juga turut terganggu kesan daripada pengguna krim kunyit ini.

Oleh hal yang demikian, pengedar dan penjual produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat