Noraini Ahmad, Ketua Wanita UMNO di era baru – Daily Rakyat

Noraini Ahmad, Ketua Wanita UMNO di era baru


Noraini memenangi jawatan ketua wanita Umno apabila menewaskan dua lagi pencabarnya. Manakala Norliza Rahim pula dipilih sebagai naib ketua wanita yang baru. Noraini Ahmad sebelum ini juga merupakan bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia pada 2014 dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Noraini merupakan anggota Parlimen Parit Sulong selama tiga penggal dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang dipilih sebagai Pengerusi Anggota Parlimen Wanita Komanwel (CWP).

Beliau pernah berkhidmat sebagai wanita pertama yang mengetuai Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Bekas ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengucapkan tahniah kepada penggantinya Datuk Noraini Ahmad atas kemenangannya dalam pemilihan sayap parti itu.

Shahrizat berkata, beliau pernah merancang untuk meletakkan Noraini sebagai penggantinya dan memilihnya sebagai Penolong Setiausaha BN pada 2013.

Shahrizat yang tidak bertanding dalam pemilihan Umno, berkata Noraini layak memimpin sayap parti itu.

“Beliau mempunyai apa yang diperlukan untuk memimpin Wanita dalam masa-masa yang sangat mencabar serta mempunyai pengalaman dan kelayakan.

“Beliau berpijak di bumi nyata dan memahami perubahan yang mesti dilakukannya,” kata Shahrizat.

 

Sebarkan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat