Negara Yang Mempunyai Keluasan Yang Besar


Negara yang mempunyai keluasan yang besar kebiasaanya mempunyai budaya kehidupan yang pelbagai serta unik. Dari segi bentuk muka bumi, Malaysia dikategorikan negara yang bertuah dalam beberapa aspek. Kita dianugerahkan dengan sumber bumi yang banyak walaupun keluasan negara kita kecik berbanding negara negara besar.

Antara negara yang mempunyai keluasan yang besar

1. Russia (17.1 juta km persegi)

Negara yang mempunyai keluasan yang besar seperti Russia ini jelas meneggelamkan negara lain malah hampir sama keluasan Amerika Syarikat dan Kanada apabila digabungkan. Muka buminya yang dipenuhi dengan kawasan kawasan yang beriklim sejuk serta bergunung menyebabkan negara ini mempunyai 11 zon masa yang berbeza. 3/4 Russia merupakan kawasan Siberia yang keadaanya dikatakan cukup mencabar.

Gunung Kluchevskoy yang terletak di Russia merupakan gunung berapi aktif yang terbesar di dunia. Paya Besdar Vasyugan pula merupakan kawasan paya terbesar dunia dan Russsia juga mempunyai laluan keretapi terpanjang dunia yang menghubungkan Moscow dan Vladivostok.

2. Kanada (9.985 juta km persegi)

Jumlah penduduk Kanada adalah sekitar 36.3 juta orang sahaja. Secara logiknya mengikut jumlah penduduk serta keluasannya yang agak besar, empat orang warga Kanada boleh hidup dalam satu kilometer persegi tanah di Kanada dengan cukup selesa.

Kanada mempunyai pesisiran pantai terpanjang didunia (243,000km) serta mempunyai lebih satu juta tasik di seluruh Kanada. Sekiranya diukur Kanada daripada arah timur ke barat, jaraknya adalah 5,500km jumlahnya yang melalui 6 zon masa yang berbeza. Sebuah negara yang sangat cantik muka buminya namun hanya didiami oleh 0.5% jumlah penduduk bumi keseluruhannya.

3. Amerika Syarikat (9.834 juta km persegi)

Bersempadan dengan dua buah negara iaitu Mexico (selatan) dan Kanada (utara). Amerika Syarikat mempunyai jenis-jenis iklim yang berbeza bergantung kepada kedudukan kawasannya.  Di sini seing ditimpa bencana alam seperi banjir, ribut taufan serta puting beliung.

Keseluruhan penduduk Amerika Syarikat adalah sekitar 325.7 juta orang. Alaska merupakan negeri yang terbesar di Amerika Syarikat dengan California menjadi negeri paling ramai penduduk yang menetap.

4. China (9.597 juta km persegi)

China adalah negara yang terbesar dalam benua Asia. China mempunyai jumlah kawasan gurun ketiga terbesar di dunia serta telah menutupi satu per lima jumlah keluasan negara tersebut. Keluasannya yang sangat besar menyebabkan China membuka banyak bandar besar yang mempunyai kepadatan penduduk 1 juta orang ke atas.

Statistik menunjukkan, jumlah popilasi penduduk China adalah yang tertinggi di dunia dengan jumlah penduduknya adalah seramai anggaran 1.379 billion individu yang menetap di negara China.

5. Brazil (8,514 juta km persegi)

Keluasannya sekitar 8.514 juta km persegi menyebabkan Brazil adalah negara yang mempunyai keluasan yang besar di benua Amerika Selatan. Brazil menjadi tuan rumah kepada kawasan hutan hujan terbesar di dunia iaitu hutan Amazon.Gunung Pico de Neblina yang mencapai ketinggian 3014m adalah puncak yang tertinggi di Brazil.

Jumlah populasi penduduk Brazil adalah sekitar 207 juta penduduk. Salah satu mercu tanda Brazil paling terkenal adalah tugu Christ the Redeemer setinggi 30 meter yang dibina di atas Gunung Corcovado, pada tahun 1931.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat