Fiesta Muslimah BH’17 Tampil Konsep Pasar Lokal


Penganjur sedia empat pakej menarik dengan tawaran harga berpatutan

Penganjuran Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH’17) yang diadakan di pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), pada 2 hingga 4 Jun depan, menjadi platform terbaik usahawan memasarkan produk mereka.
Justeru, BH mengalu-alukan usahawan dan luar negara  khususnya menyertai jualan karnival beli belah berkonsepkan Pasar Lokal.
Pengerusi FMBH’17, Jami’ah Sokri, berkata penganjuran fiesta kali ketiga yang diadakan pada minggu pertama Ramadhan menyediakan 130 gerai jualaan.
Katanya, bazar berkenaan menawarkan empat pakej menarik, iaitu platinum,diamond, gold dan silver, bermula haraga serendan RM3,500 hingga ke RM10,000 untuk setiap gerai.
Mereka yang berminat sewajarnya membuat tempahan secepat mungkin kerana tempat adalah terhad sebelum tarikh tutup pada 30 April depan.
“Setakat ini, kami mendapat maklum balas positif daripada vendor dan orang ramai yang inign mengetahui lebih lanjut tentang penganjura FMBH’17.”
“Tapak jualan ini berada pada lokasi strategik yang dikelilingi pusat beli-belah yang lain dan menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah.”
“Pastinya karnival ini menjanjikan tempat yang sesuai untuk membeli kelengkapan raya khususnya fesyen  muslimah seperti baju kurung, jubah, tudung dan aksesori, manakala songkok, baju melayu, samping untuk lelaki, fesyen kanak-kanak, selain kuih-muih,” katanya disini, semalam.

Konsep urban dan santai

Jami’ah berkata dengan suasana dan konsep suasana aktiviti santai dan urban, kami juga menawarkan spa ekslusif seperti penjagaan kuku kaki dan tangan, urutan badan, bahu dan sebagainya pada harga yang berpatutan.
“Pastinya ia memberi kelebihan kepada usahawan dan orang ramai yang berkunjung.”
“Pengunjugn juga tidak perlu risau kerana kami menyediakan ruang untuk kanak-kanak bermain sementara menunggu ibu bapa membeli belah,” katanya.
yang pasti, karnival kali ini lebih meriah seiring dengan sambutan 60 tahun BH yang turt menyediakan pelbagai aktiviti menarik berbanding penganjuran sebelumnya di bawah satu bumbung.
FBMH kali pertama diadakan, di Zebra Square Kuala Lumpur pada 23 November 2014 berjaya menarik lebih 10, 000 pengunjung, manakalkali kedua di Pusat pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur (24 dan 25 Oktober 2015) pula dikunjungi 25, 000 orang.
Mereka yang berminat dan ingin mendapatka maklumat lanjut tentang bazar jualan boleh menghubungi  penganjur seperti tertera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat