Jika Aurora Muncul di Malaysia, Maka Bersedialah Dengan Malapetaka ! Ini 5 Kesan Ribut Suria Yang Kuat Kepada Penduduk Bumi
Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang kejadian ribut suria. Akibat jangkaan yang berlegar mengatakan Aurora akan muncul di kawasan latitud rendah, maka ramai yang menanti-nantikan pemandangan indah ini pada waktu malam.
Namun, ia tidaklah kelihatan seperti yang diramal. Ini adalah disebabkan oleh kekuatan ribut suria yang sederhana sahaja.
Tapi anda jangan pula sedih tak boleh lihat Aurora di negara kita. Jangan pula anda berdoa untuk saksikan kejadian Aurora terjadi di negara kita !
Kalau betul-betul berlakunya Aurora di Malaysia, ia juga akan datang sekali bersama malapetaka berskala global ! Ini bukanlah konspirasi tetapi kenyataan yang jarang orang ceritakan.
Untuk Aurora kelihatan di kawasan latitud rendah, ia memerlukan kekuatan ribut suria yang luar biasa. Ini bukan sahaja memberi kesan Aurora yang lebih ketara, malah ia akan memberikan kesan geomagnetik kepada bumi.
Sebelum era teknologi moden, manusia tidak pernah hiraukan akan kesan ribut suria kerana mereka tidak menyedari akan fenomena alam ini. Jadi ia tidak memberikan kesan yang ketara buat peradaban manusia sebelum bergantung kepada teknologi.
Bagi yang belum tahu, ribut suria memberi kesan kepada logam,wayar serta daya magnet semulajadi di bumi atau magnetism.
Magnetism mengalirkan arus elektrik. Bumi pada zaman sekarang rata-rata bergantung kepada kegunaan elektrik dan kabel serta grid kompleks seperti transformer.
Arus tenaga kuat lentingan jisim korona dapat mematikan grid ini, malah dapat memusnahkannya. Ini akan menyebabkan kemusnahan pencawang elektrik dan perkakas elektronik.
Peristiwa Carrington 1859
Perkara ini pernah terjadi pada tahun 1859 ketika Peristiwa Carrington. Kejadian ribut angin terkuat dalam sejarah ini mencatatkan rekod ribut geomagnetik terbesar di bumi.
Aurora dikatakan kelihatan di negara latitud rendah seperti Carribean. Ramai yang dikatakan terjaga pada awal pagi kerana cahaya yang sangat terang.
Ribut Carrington yang berlaku ketika itu hanyalah terjadi di kawasan yang kecil. Lagipun, penggunaan eletrik ketika itu masih belum meluas.
Dengan arus pemodenan masa kini, penduduk bumi boleh berdepan dengan krisis yang lebih teruk jika ia berlaku pada zaman sekarang.
Dijangka bumi bakal berdepan dengan ribut suria yang dahsyat sekali lagi dan tahap keterukannya adalah sangat serius.
Berdasarkan perkongsian dari Astro Lab, kebarangkalian untuk terjadinya peristiwa ini adalah satu daripada 50 tahun. Ia ini bakal melihatkan keboleh matahari dalam menghasilkan supersuar yang dahsyat.
Ramai saintis yang menjangkakan kehidupan yang buruk sekiranya ribut suria yang kuat melanda bumi.
Apa yang akan berlaku jika bumi ditimpa ribut suria sedahsyat Peristiwa Carrington 1859 pada zaman ini ?
5 Kesan Ribut Suria Dahsyat Kepada Bumi
1. Menjejaskan Fungsi Satelit di Angkasa Lepas
Satelit dan Stesen Angkasa Lepas (ISS) akan terjejas teruk tidak dapat berhubung dengan pusat kawalan di bumi.
Satelit tidak dapat menyalurkan maklumat komunikasi dan bumi terputus hubungan dengan angkasawan. Satelit akan musnah dan tidak akan dapat berfungsi lagi.
2. Sistem Telekomunikasi Dan Internet Terputus
Ribut suria yang dahsyat juga boleh memusnahkan sistem internet, komunikasi dan komputer. Maka, tiada lagi sistem jual beli atas talian.
Berbilion penduduk dunia tidak akan dapat gunakan komputer dan telefon sebagai perantara komunikasi dan punca rezeki. Segenap besar penduduk dunia akan hilang mata pencarian.
Bagi meneruskan hidup, manusia perlulah mencari mata pekerjaan lain yang tidak melibatkan teknologi. Manusia yang tiada kebolehan praktikal pasti akan terdesak untuk hidup tanpa adanya kemudahan teknologi.
3. Sistem Navigasi Terganggu
Musnahnya sistem navigasi mungkin tidak memberikan kesan mendalam kepada manusia kerana manusia masih boleh gunakan buruj di langit malam.
Namun, ia boleh menjadi satu malapetaka buat pemandu dan penumpang kapal terbang dan kapal laut.
Bagi haiwan pula, mereka boleh alami gangguan navigasi akibat ribut suria yang dahsyat. Antara haiwan yang terjejas adalah ikan paus, burung dan singa laut. Sesetengah kajian juga mendapati kejadian ikan paus terdampar di pantai mungkin berpunca daripada suar suria.
4. Gangguan Elektrik Berskala Global
Selain gangguan terhadap semua perkakas elektronik, sumber air juga boleh terjejas akibat dikawal oleh sistem berkomputer. Orang juga akan ketiadaan duit akibat mesin ATM yang tidak lagi berfungsi tanpa adanya bekalan elektrik.
Kita perlu kembali bergantung kepada lampu minyak tanah dan sebagainya untuk teruskan hidup.
5. Sistem Radar dan Teknologi Ketenteraan Tidak Boleh Digunakan
Kejadian ribut suria yang kuat boleh menyebabkan kebanyakan roket, peluru berpandu, pesawat udara dan senjata moden yang menggunakan komputer tidak boleh berfungsi.
Jika berlakunya peperangan, manusia perlu bergantung kepada peralatan seperti pedang dan panah seperti tamadun sebelum ini.
Ketiadaan air, elektrik dan peningkatan kadar kebuluran menyebabkan gangguan rantaian hubungan dagang sedunia. Manusia kini sangat bergantung pada teknologi.
Kesan ribut suria yang dahsyat akan menyebabkan manusia mengambil masa sekurang-kurangnya 4 tahun malah lebih sedekad untuk membetulkan semula sistem teknologi sedia ada.
Ini secara tidak langsung akan membawa manusia ke peradaban pra teknologi. Manusia akan kembali ke zaman kuno.
Tiada apa yang dapat menahan ribut suria daripada melanda bumi. Planet kita juga belum pernah menyaksikan kesan ribut suria yang besar pada zaman moden ini. Mujurlah kekuatan ribut suria baru-baru ini sederhana sahaja.
Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi ribut suria suatu hari nanti ? Mampukah kita untuk hidup tanpa teknologi ?