“Kita Tak Tahu Apa Masalah Dia..” Lagi Kes Wanita Ingin Terjun Jambatan Di Kelantan


Sememangnya kejadian bunuh membunuh dan bunuh diri sendiri ini sudah lama berlaku. Seolah-olah menjadi trend bagi yang tidak sanggup dan kuat untuk meneruskan kehidupan. Namun begitu, jangan salahkan mereka seratus peratus kerana membunuh diri dan hampir membunuh.

Ya, dugaan hidup kita berbeza. Begitu juga dengan kekuatan mental, juga berbeza. Taraf hidup, masalah keluarga, masalah percintaan merupakan salah satu faktor mereka ini hampir dan nekad untuk membunuh diri.

“Kita Tak Tahu Apa Masalah Dia..” Lagi Kes Wanita Ingin Terjun Jambatan Di Kelantan

Malah sejak kebelakangan ini, isu membunuh diri semakin banyak berlaku dan hari ini berlaku lagi kejadian ingin terjun jambatan Sultan Yahya Petra di Kelantan. Pada minggu lepas, turut heboh berkenaan dengan seorang wanita berniqab yang hampir membunuh diri kerana masalah rumahtangga.

Hari ini, 2 September 2022 sekali lagi kejadian yang hampir sama berlaku namun individu yang berbeza. Tidak dapat diketahui dengan lebih jelas, apakah masalah yang menimpanya sehingga dia sanggup membuat keputusan untuk terjun dari jambatan tersebut.

Walaubagaimanapun, wanita berkenaan berjaya ditahan oleh penduduk dan orang ramai. Salah seorang yang turut menenangkan mangsa adalah seorang lelaki yang membahasakan dirinya ayah. Sempat bertanya apakah masalah wanita tersebut dan memberitahu untuk menyelesaikan masalahnya.

terjun jambatan

Wanita yang berbaju kurung itu kelihatan menangis sambil memegang kemas penghadang jambatan tersebut. Tidak meraung atau menjerit kuat, hanya berada dalam keadaan berdiri dan menangis teresak-esak sahaja. Mungkin banyak masalah yang dipendamnya.

Kadang kita rasa nak menghilang realitinya kita ingin dicari..

Menjengah seketika ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang meninggalkan komen menyatakan, kalau dah berada di situasi seperti ini cakap la apa memang tak masuk otak dah. Apa yang diperlukan saat itu adalah pelukkan sahaja.

“Kalau dah macam ni cakap la apa memang tak masuk otak dah. Yang diperlukan adalah pelukkan dan dengar apa yang dia lalui” – Nor Aziantie Takaful

Menurut pemilik akaun TikTok kakisendu pula, kadang kita rasa nak menghilang namun realitinya adalah kita ingin dicari. “Kadang kita rasa nak menghilang realitinya kita ingin dicari”.

Ada juga yang menulis di ruangan komen, ini merupakan kali ketiga kes seperti ini berlaku di Kelantan. Juga menitipkan pesanan agar bersabar dan mengingati Allah. “Ini kali ketiga dah semuanya di Kelantan. Sabar ya ingat Allah”, tulis Nor.Ais.

Walau apa pun, jangan meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada wanita terbabit. Kita tidak tahu apakah sebenarnya masalah yang dia hadapi. Semoga segala masalah yang dihadapi oleh wanita berkenaan dapat diselesaikan dengan baik. Semoga juga wanita berkenaan diberikan ketabahan dan kekuatan dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini.

Kredit video: abejaa9094

Baca juga: “Alahai Manjanya..” Hampir Satu Jam Lori Hon, Akhirnya Kereta Diangkat Forkflit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat