Khasiat Madu: 5 Perkara Yang Perlu Diketahui


Madu seperti yang kita ketahui merupakan salah satu daripada makanan sunnah nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Khasiat madu juga sangat baik untuk kesihatan. Sebagai seorang muslim, kita sangat disarankan mengikuti sunnah nabi.

Menurut kajian, madu sememangnya mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Antara khasiat madu adalah seperti berikut:

 

1. Membantu menguatkan daya ingatan

Otak memerlukan sel-sel dan saraf yang sentiasa berhubung bagi melakukan penyampaian matlumat agar mudah dan cepat diproses dan disimpan di dalam memori. Dengan ini, madu dapat membantu menguatkan daya ingatan dengan cara pengambilan, secara rutin 1 sudu makan sebelum tidur.

 

2. Bertindak sebagai ‘antiseptic’ untuk melawan penyakit

Madu boleh digunakan sebagai ‘antiseptic’ bagi tubuh bagi tujuan melawan penyakit. Kajian mendapati madu mengandungi enzim, vitamin dan mineral. Ianya sekaligus dapat meningkatkan sistem ketahanan diri dengan kesan anti bakteria luaran serta dalaman.

 

3. Meredakan batuk berkahak

Madu juga boleh digunakan bagi tujuan meredakan batuk dan sakit tekak. Ianya dapat mengurangkan kesesakan dalam rongga tekak dan melegakan batuk dengan hanya mencampurkan 2 sudu teh madu bersama perahan lemon dan air suam. Selain perahan lemon, anda juga boleh mengambil madu bersama perahan limau nipis.

 

4. Mampu melawaskan pembuangan air besar

Madu mempunyai sumber vitamin asli yang tinggi di mana ia membantu meransang usus serta memberi kelembapan kepada tubuh badan. Bagi memastikan toxin dinyahkan daripada tubuh, amalan memimun madu dapat memastikan pembuangan air besar menjadi lawas seterusnya membantu menstabilkan hormon di dalam tubuh.

 

5. Membantu tidur jadi lebih nyenyak

Kadar insulin dalam badan dapat ditingkatkan dengan mengamalkan pengambilan madu dan menyingkirkan serotonin. Serotonin adalah sejenis neurotransmitter yang boleh meningkatkan perasaan dan mood seseorang. Serotonin akan diproses di dalam tubuh badan menjadi melatonin, seterusnya menggalakkan kualiti tidur seseorang.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat