Park Yeon Mi, Pahlawan Wanita Korea Utara


Tidak banyak cerita yang dapat kita dengari tentang kehidupan di Korea Utara yang terkenal sebagai ‘tertutup’ dari dunia luar. Antara kisah yang boleh menjadi teladan adalah daripada seorang wanita cantik, Park Yeon Mi yang dipanggil ‘pembelot’ dari Korea Utara pada 2007 pada usia 13 tahun.

Daripada buku memoarnya, In Order to Live: A North Korean Girl’s Journey to Freedom, dia menceritakan tentang kisahnya menjadi seorang pelarian dari Korea Utara bersama ibunya dan kisah brutal selama menjadi rakyat Korea Utara. Walau bagaimanapun rejim Korea Utara bertekad untuk membunuhnya dan pembelot lain. Pada 31 Januari 2015, satu laman sesawang milik kerajaan Korea Utara mengeluarkan suatu video berdurasi 18 minit berjudul ‘The Human Rights Propaganda Puppet, Yeon-mi Park’ yang bertujuan untuk menutup mulut Yeon Mi.

Park Sang-hak menerbangkan belon helium ke arah Korea Utara yang dipenuhi DVD dan USB

Serangan kepada pembelot Korea Utara bukanlah benda yang baru. Pada 2011, seorang pembunuh upahan yang menggunakan jarum beracun telah dipintas di Korea Selatan dalam perjalanannya untuk membunuh Park Sang-hak, iaitu seorang aktivis yang berani melancarkan belon helium yang sarat dengan DVD,USB dan risalah anti-rejim ke ruang udara Korea Utara. Senjata yang paling umum Rejim Korea Utara terhadap pengkritiknya adalah melalui pembunuh upahan.

“Salah satu industri yang sangat sedikit berkembang di Korea Utara ialah berkompromi dengan pembelot dan saksi.” kata Greg Scarlatoiu, Pengarah eksekutif AS dalam Jawatankuasa Hak Asasi Manusia.

Yeon Mi tidak memberi keterangan sebelum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) membuat siasatan keatasnya, kerana dia menjadi sensasi di dalam laman sosial video YouTube tentang ucapannya yang penuh beremosi di One Young World Summit bertempat di Dublin. Bercerita tentang Korea Utara, yang menakutkan.

“Korea Utara adalah sebuah negara yang tidak dapat dibayangkan dengan akal. Kami tidak bebas untuk menyanyi, katakan, memakai atau memikirkan apa yang kami mahu.” Yeon Mi memulakan ucapannya.

Park Yeon Mi menangis menceritakan kisahnya di One Young World Summit, Dublin

Dia menghuraikan hukuman yang mengerikan yang ditujukan kepada mereka yang melanggar peraturan atau menyatakan keraguan tentang rejim Korea Utara itu. Pada umur sembilan tahun, dia melihat ibu kepada kawannya dibunuh secara terbuka hanya kerana melanggar sebuah peraturan kecil. Ketika berusia 13 tahun, dia melarikan diri ke China, hanya melihat ibunya diperkosa dalam aktiviti perdagangan manusia dan ayahnya meninggal dunia.

“Saya tidak boleh menangis. Saya takut dihantar semula ke Korea Utara.” katanya.

Akhirnya Yeon Mi dan ibunya melarikan diri ke Mongolia dengan hanya berjalan kaki merentasi padang pasir Gobi yang sejuk, hanya untuk secebis kebebasan yang ingin dialami mereka.

Selepas ucapannya di Dublin, Yeon Mi adalah muka utama tentang penindasan Korea Utara. Para penulis berhajat untuk mengeluarkan buku tentang ceritanya. Dia berkata bahawa tanpa seluruh kebenaran, kisah hidupnya tidak akan mempunyai kuasa atau makna sebenar. Dia juga telah memutuskan bahawa buku adalah tepat walaupun dia terpaksa mengakui masa lampau yang memalukan dan menakutkan itu. Penulis bukunya telah mengesahkan kesahihan kisahnya melalui ahli keluarga dan rakan sekerja yang mengenalinya di Korea Utara dan China.

Kajian saintifik  telah menunjukkan bahawa trauma mengubah bagaimana otak memproses ingatan dan Yeon Mi telah menunjukkan petanda tentang kejujuran dirinya.

“Orang yang trauma tidak memberi anda naratif yang lengkap dan sempurna pada pusingan pertama. Anda boleh lihat paten ini sepanjang masa dengan pelarian mereka . Itu tidak bermakna cerita mereka tidak boleh dipercayai, kerana inti cerita mereka konsisten.” kata Dr Judith Herman, profesor psikitari di Harvard.

Ikuti video ucapan Yeon-mi di One Young World Summit 2014 di Dublin, Ireland. Sidang Kemuncak itu membawa bersama 1,300 pemimpin muda dengan 194 negara diwakili untuk membahaskan dan merumuskan penyelesaian kepada beberapa masalah yang paling mendesak di dunia.

Yeon-mi terus menerus menulis bukunya dan bercakap untuk kebebasan di Korea Utara. Pada Hari Hak Asasi Manusia, 10 Disember, Yeon-mi muncul sebagai panel di Jabatan Negara Amerika Syarikat dengan seorang lagi pembangkang Korea Utara bernama Joseph Kim. Di banyak forum awam, Kim telah menceritakan bagaimana dia melihat ayahnya mati akibat kelaparan, bagaimana saudaranya hilang dan ibunya meninggalkan rumah, dan bagaimana dia selamat hanya dengan memakan kerak roti.

“Ini adalah bahagian penting dalam kisah saya. Saya berharap ia dapat menggambarkan betapa sukar kehidupannya, dan berapa ramai ibu di Korea Utara terpaksa membuat keputusan menyayat hati seperti ini.” kata Kim.

Seluruh cerita tidak diceritakan sehingga mangsa yang terselamat mendapati cara untuk berkongsi tentangnya. Tetapi bagi mereka yang mempunyai hati untuk mendengarkan dengan teliti, cerita-cerita telah dikumpul kembali dan diceritakan  ​​tentang kelangsungan hidup yang tidak dapat ditutup lagi.

Ikuti juga temubual berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat