“Alahai Manjanya..” Hampir Satu Jam Lori Hon, Akhirnya Kereta Diangkat Forkflit
Sikap tolak ansur sepatutnya perlu ada dalam diri setiap individu yang hidup bermasyarakat. Jangan pentingkan diri sendiri, lebih-lebih lagi apabila mengaitkan soal keperluan orang ramai. Sebagai contoh adalah saat meletakkan kenderaan kita.
Lihat di mana kita meletakkan kenderaan kita, apakah selamat dan mudah untuk orang lain melalui jalan tersebut. Jangan main parking je. Pandang dan toleh la sekeliling. Perhatikan keadaan sekitar.
“Alahai Manjanya..” Hampir Satu Jam Lori Hon, Akhirnya Kereta Diangkat Forkflit
Bimbang jika kita tidak memerhati keadaan sekeliling, ia bakal membawa kesusahan kepada semua pihak. Seperti mana yang dikongsikan oleh Pejuang Dmax menerusi akaun TikTok, berkenaan dengan sebuah kereta diangkat oleh Forflit kerana menghalang laluan lori.
Menurut salah seorang yang berada di situ sewaktu kejadian, katanya lebih kurang satu jam lori yang ingin menggunakan laluan tersebut membunyikan hon. Namun pemilik kereta tersebut tetap juga tidak datang mengalihkan kenderaannya.
Disebabkan menghalang laluan lori, pemandu Forkflit akhirnya mengangkat kereta tersebut dan meletakkannya ke tempat lain. Menerusi video tersebut, jelas kelihatan sebuah Forflit yang dipandu oleh seorang lelaki mengangkat dan kemudiannya membawa kereta Mazda yang bewarna silver itu sebelum meletakkannya di seberang jalan.
Namun apa yang melucukan adalah apabila pemandu Forkflit itu bertindak meletakkan kenderaan tersebut di tengah-tengah dua batang pokok. Walaubagaimanapun, tindakan pemandu Forkflit berkenaan dipuji warga TikTok kerana hebat dalam mengendalikannya.
Alahai manjanya dia kena angkat bagai..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai lagi reaksi dan komen menarik yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang berseloroh menyatakan, kereta tersebut manja kerana perlu diangkat bagai. “Alahai manjanya dia kena angkat bagai”, tulis pemilik akaun TikTok Ainn.
Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menulis, silap-silap pemilik kereta tersebut ada je di situ. Namun hanya mampu melihat tanpa berkata apa-apa. “Silap-silap owner ada je kat situ. Melihat tanpa mampu berkata apa-apa” – lord_oyen
Manakala menurut Naha pula, nasi baik masih ada timbang rasa. Dialih elok-elok kereta tersebut. “Nasib baik lah masih ada timbang rasa lagi. Dialih elok-elok kereta tu.”.
Jarang sekali kan melihat kereta diangkat Forkflit sedemikian rupa. Betul apa yang ditulis oleh warganet, nasib dialih elok-elok. Kalau pemandu lori berkenaan tiada timbang rasa, dari awal lagi mungkin dia sudah sapu.
Oleh sebab itu, pentingnya sifat tolak ansur, bertimbang rasa kepada orang lain. Biarpun perkara tersebut tampak biasa dan sedikit. Tetaplah bertolak ansur dalam segenap hal. Tolong fikirkan juga keadaan dan situasi orang lain.
Jangan sesekali pentingkan diri sendiri. Hal tersebut sepatutnya tidak ada dalam diri dan kehidupan kita yang hidup bermasyarakat dan berkaum ini. Semoga kita semua menjadi orang yang lebih baik kepada sekeliling kita selepas ini.
Sumber: TikTok Pejuang Dmax