Isu Wanita Pengganggu Rumah Tangga, Puteri Sarah Masih Tunggu Keputusan JAWI


Setiap perkahwinan dan mahligai cinta yang dibina oleh setiap pasangan tidaklah berada dalam keadaan aman dan damai selalu. Pasti akan ada satu ketika, ada pergaduhan yang berlaku. Tidak kira sama ada pergaduhan tersebut kecil mahupun besar.

Setiap pasangan pasti akan terpalit dengan masalah rumah tangga walaupun perkahwinan yang dibina itu dilimpahi dengan kekayaan dan kemewahan. Bab kewangan langsung tiada masalah namun begitulah kehidupan, setiap golongan tidak kira siapa pasti akan diuji.

Jika tidak diuji dengan keluarga pasangan ataupun anak-anak, ada juga diuji dengan kelakuan ataupun kecurangan pasangan. Bukan itu sahaja, ada juga rumah tangga yang diuji dengan gangguan pihak ketiga.

Soal Isu Pengganggu Rumah Tangganya, Puteri Sarah Masih Tunggu Keputusan JAWI

Seperti mana yang heboh dan hangat diperkatakan beberapa bulan yang lepas, berita rumah tangga pasangan selebriti ini cukup menggemparkan Malaysia apabila rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusoff bergolak dek gangguan dari pihak ketiga.

puteri sarah

Sebelum ini, Puteri Sarah telah pun membuat aduan di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah terhadap wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami iaitu Ira Kazar.

Walaubagaimanapun, sehingga kini Sarah masih tidak tahu apa keputusan dan masih menunggu hasil siasatan pihak Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan). Dalam masa yang sama, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berharap JAWI dapat berkongsi dan memberikan maklum balas agar segala persoalan terjawab.

Menerusi laporan yang ditulis oleh Harian Metro, ini bukan kali pertama orang bertanya mengenai keputusan itu namun apa boleh buat, sebagai pengadu, Sarah hanya boleh tunggu dan lihat sahaja.

“Sebenarnya ini bukan kali pertama orang bertanya mengenai perkara ini. Saya pun tak tahu nak jawab apa, sebab yang menjalankan kerja adalah mereka. Sebagai pengadu saya hanya boleh tunggu dan lihat”

“Cuma, apabila fikir balik, rasanya sudah agak lama kes ini disiasat, jadi saya tertanya-tanya juga apa sudah jadi? Sudah ada keputusan belum? Atau macam mana?” katanya kepada Harian Metro.

Puteri Sarah bersedia bawa ke peringkat yang lebih tinggi

Tambah Sarah lagi, dia sedia membawa perkara tersebut ke peringkat yang lebih tinggi jika tidak ada sebarang tindakan lanjut dari pihak JAWI.

“Kalau masih tidak ada jawapan lagi saya nak tuntut keadilan dengan membawa kes ni ke pihak lebih tinggi seperti kementerian berkaitan. Saya akan terus berjuang. Sebab yakin, saya dipihak benar,” katanya.

“Sehingga sekarang saya pun masih tak tahu apa status dan perkembangan aduan saya itu. Ini kerana pihak Jawi sendiri tidak memberikan sebarang maklum balas. Cuma, apa saya tahu mereka sudah memanggil wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Selepas itu senyap dah.

Pada 18 Ogos yang lalu, Ira Kazar dilaporkan Harian Metro telah dipanggil ke pejabat JAWI bagi membantu siasatan berhubungan tindakan saman dari pihak Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu.

Pada 20 Ogos yang lepas pula, Datuk Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI, mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga.

Apapun semoga isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Kepada Puteri Sarah, semoga terus diberikan kekuatan fizikal dan mental dalam berhadapan dengan dugaan ini.

Sumber: Harian Metro 

Baca juga: Didakwa 5 Pertuduhan Amang Seksual, PU Azman Mengaku Tidak Bersalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat