Kimchi Untuk Saya Budu Untuk Awak – Cinta Korea Khalid Ismail


“Semoga Allah memberi keberkatan dan beliau dapat mempelajari Islam tanpa tekanan. Saya akan bimbing dia,” kata pemuda berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Muhammad Khalid Ismail, 29, yang berkahwin dengan gadis Korea Selatan, Lee-Seul, 28.

Khalid Ismail

MUNGKIN ada yang masih mengingati dan mengenali kisah lelaki berbangsa Melayu yang fasih berbahasa Korea ini.

Muhamad Khalid Ismail pernah menjadi buah mulut di internet awal tahun ini kerana kefasihannya menggunakan bahasa Korea ketika muncul dalam rancangan televisyen Korea Selatan, Abnormal Summit.

Siapa sangka, jodoh Khalid juga dari negara ‘Winter Sonata’ itu.

Khalid bertemu jodoh dengan seorang gadis bernama Lee Seul dari Suwon, Gyeonggi dan mereka berkahwin pada .

Khalid Ismail

Majlis akad nikah ringkas telah diadakan pasangan itu di Masjid Pusat Itaewon dan disempurnakan oleh Imam masjid berkenaan, Syeikh Abdul Rahman Lee Juhwa.

Khalid yang fasih bahasa Korea tular di media sosial sejak 18 Februari lalu apabila dia muncul di stesen televisyen Korea Selatan menerangkan keunikan Malaysia.U

Menurutnya, dia lega apabila diterima baik oleh keluarga isterinya dan tiada halangan bagi isterinya memeluk Islam.

Dia yang sudah menetap di Korea Selatan selama 10 tahun berkata, Lee-Seul kekal dengan nama Korea kerana ia membawa maksud ketenangan.

“Bertukar agama, bukan bertukar bangsa. Jadi tidak salah isteri mahu gunakan nama Lee-Seul. Bagaimanapun, isteri saya masih mempelajari Islam.

“Ini kali kedua dia bertukar agama kerana dia dilahirkan sebagai ‘atheis’ (tiada agama) sebelum dia tukar kepada Kristian,” katanya. 

Khalid berkata, dia berkenalan isterinya yang juga guru tadika sejak 2015.

Katanya, selepas berkenalan, isterinya semakin berminat mengetahui mengenai Islam.

“Banyak dia tanya mengenai Islam. Bukan kerana saya dia tukar agama tetapi kerana ingin mencari agama yang benar dan demi kebahagiaan di dunia dan akhirat,” katanya yang bernikah di Masjid Pusat Seoul, 9 April lalu.

Menurutnya, ibu bapanya merestui perhubungan mereka.

“Ibu bapa saya seperti sudah mengagak saya akan berkahwin dengan gadis Korea. Mereka setuju apabila saya beritahu akan kahwin dengan Lee-Seul pada tahun lalu,” katanya.

Khalid berkata, dia gembira dan bersyukur menjadi saksi ketika Lee-Seul mengucap dua kalimah syahadah pada 2 April lalu.

Khalid adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Korea Selatan dan bekas pelajar Maahad Muhammadi Lelaki di Kota Bharu serta fasih bahasa Arab.

Dia kini berniaga sendiri dan sedang menubuhkan syarikatnya di Seoul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat