AWAS!! Bersihkan Halaman Rumah Anda, Denggi Boleh Membawa Maut

Sumber Rujukan : wanista

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh gigitan dari nyamuk aedes yang telah dijangkiti. Demam denggi kebiasaannya dihidapi oleh golongan dewasa dan kanak kanak. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Demam denggi terbahagia kepada empat(4) jenis iaitu: 

1. Denggi dengan demam biasa (Undifferentiated fever)

Demam denggi seperti ini kerap berlaku dalam kalangan masyarakat dimana mereka mendapati mempunyai demam seakan selsema dan bertahan selama beberapa hari sahaja. Kebiasaaanyan pesakit tidak mengetahui mereka dijangkiti demam denggi sejenis ini.

2. Demam denggi biasa (Classical Dengue)

Bagi demam denggi seperti ini, pesakit mengalami demam sehingga suhu mencecah ke 38- 40 darjah celcius.

Simptom simptom seperti sengal sendi, sakit kepala rasa mual, muntah-muntah, pedih ulu hati dan senak perut, hilang selera makan dan cirit-birit mungkin akan berlaku kepada pesakit. Ruam merah dan gatal pada kulit akan timpul selepas tiga empat hari dijangkiti virus demam denggi.

3. Demam denggi berdarah (Dengue Hemorrhagic Fever, DHF)

Jenis demam denggi seperti ini adalah yang paling digeruni oleh pesakit kerana ia boleh membawa maut. Kebanyakan kes berlaku kepada orang muda dan kanak kanak. Pada hari ketiga sehingga hari ketujuh tanda pendarahan mula muncul bermula dari gusi, hidung, mata, air kencing, najis (hitam seperti tar jalan), muntah atau batuk serta pada kulit (berbintik hitam atau lebam)

Pesakit berkemungkinan mengalami pendarahan dalaman akibat salur darah yang rosak. Saluran darah kecil yang pecah atau kebocoran plasma dan jumlah platlet yang menurun juga turut boleh menyebabkan pendarahan, sama ada ringan atau berat.

DHF juga boleh dikategorikan kepada 4 gred mengikut simptom jangkitan iaitu:

Gred 1: Demam dan simptom lain yang tidak khusus dan ujian torniquet positif (berlaku pendarahan)
Gred 2: Tanda-tanda Gred 1 bersama pendarahan secara rawak (tiba-tiba)
Gred 3: Tanda-tanda kegagalan aliran darah (denyutan nadi menjadi laju atau lemah, tekanan darah rendah, kulit tampak lembap atau sejuk)
Gred 4: Kesan renjatan yang jelas sehinggakan nadi dan tekanan darah tidak dapat dibaca

4. Sindrom Kejutan Denggi (Dengue Shock Syndrome, DSS)

Sama seperti DHF Gred 4. Simptom DSS muncul selepas 3 hingga 6 hari demam bermula. Kes denggi ini mencatatkan kematian yang tinggi akibat kejutan dan renjatan disebabkan pendarahan dalaman ke dalam organ paru-paru, perut dan kulit.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Tanda-tanda demam denggi:

  • Demam kuat secara mengejut atau berterusan
  • Ruam merah pada kulit
  • Sakit teruk pada tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala
  • Hilang selera makan
  • Muntah muntah
  • Sakit perut
  • Pendarahan pada badan, hidung dan mulut

Tabiat nyamuk aedes:

zine.my

  • Aedes dapat dikenali dengan berbelang hitam putih pada kakinya
  • Aedes akan menggigit pada waktu pagi dan senja
  • Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung
  • Aedes membiak di dalam dan luar rumah
  • Kitaran hidup Aedes dari telur, jentik-jentik, kepompong hingga nyamuk dewasa hanya satu minggu sahaja

Langkah-langkah pencegahan dan penghapusan nyamuk aedes:

Mencegah Pembiakan Aedes

  • Tutup semua bekas menyimpan air untuk mencegah nyamuk bertelur
  • Salin air dan basuh sehingga bersih pasu bunga, alas pasu, kolah mandi dan sebagainya seminggu sekali
  • Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung) daripada air bertakung
  • Pastikan tempat bertakung air seperti tayar, kaca atau tin kosong dibuang untuk mengelak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes
  • Taman semula benda atau bekas yang boleh menakung air seperti botol kosong, tin kosong, bekas plastik dan sebagainya
  • Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik TEMEPHOS seperti ABATE, AZAI, CREEK dan LAVETTE mengikut sukatan yang ditetapkan. (10gm untuk 20 gelen air) tiga bulan sekali.

Menghapuskan nyamuk aedes dewasa

  • Gunakan racun serangga (aerosol) di rumah
  • Pasang jejaring nyamuk pada tingkap
  • Semburan kabus (fogging) akan dilakukan jika berlaku kes denggi

Pastikan anda telah membersihkan semua tempat yang mungkin boleh dijadikan tempat nyamuk aedes membiak. Awasi persekitaran anda supaya dapat mengelakkan segala kemungkinan jangkian daripada berlaku.

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat