Budak Melayu Bermata Biru - Kamarul Hisham – Daily Rakyat

Budak Melayu Bermata Biru – Kamarul Hisham


Budak lelaki bermata biru mencuri tumpuan wakil media yang membuat liputan ketika kunjungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Masjid Haji Akbar Khan di Kampung Bingkul di Beaufort beberapa hari lalu.

Kamarul Hisham Mustafa Kamal, 9 dengan rambut hitam lebat dan kulit sawo matang dan mempunyai warna mata yang berbeza dari kanak-kanak yang biasa. Warna mata biru laut menjadikan adik kamarul sedikit unik dari kanak-kanak biasa.

Menurut adik Kamarul, keunikan itu bukan saja ada pada dirinya, malah ibu, Rosdah Abdullah, 47 serta kakak sulungnya, Nurul Syafiqa,17 turut memiliki keunikan yang sama.

budak bermata biru

“Jika di sekolah rakan selalu panggil saya ‘mata guli’ disebabkan mata saya yang berbeza warna daripada kawan yang lain, namun saya menganggap ia bukan penghalang saya untuk bergaul sesama mereka,” katanya

Disamping itu, adik kamarul sering menjadi tumpuan orang ramai sehingga dia sering dipelawa untuk mengambil gambar kenangan bersama memandangkan keunikan warna matanya yang jarang ditemui membuatkan orang ramai teruja.

Menurut Kamarul lagi, ibunya turut memiliki warna mata yang berbeza kedua- dua belah yang mana sebelah berwarna biru manakala sebelah lagi berwarna hitam.

Anak keturunan Melayu Brunei campuran Pakistan ini berkata, ayahnya Mustafa Kamal Matali, 48, berasal Negeri Sembilan dabekerja di sebuah restoran di Pekan Beaufort.

Adik Kamarul juga bercita-cita menjadi bomba untuk mengubah nasib keluarganya.

4 komen untuk “Budak Melayu Bermata Biru – Kamarul Hisham”

  1. Mieza S berkata:

    wow. cantiknyaaaaaaaaa. dekat Malaysia pun sebenarnya ramai je ada mat warna unik. kahkah. tapi bukan semulajadi

    1. mm kid_ Editor berkata:

      hahaha…dekat Malaysia ramai yang tak semula jadi jee..bila buta baru menyesal

  2. Mama pipie berkata:

    Mcm Mata mat salleh

    1. mm kid_ Editor berkata:

      mata je lah kulIt sawa matang..hihi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat