Hati-hati Jangan Buat Bisnes Online Guna Akaun Simpanan Atau Surat Penutupan Akaun Dari Pihak Bank

Sumber Rujukan : Reen Iman III

Di zaman yang ekomoni yang tidak menentu di Malaysia, ramai yang mula berniaga kecil-kecil bagi ingin menampung sedikit sebanyak bajet harian keluarga atau lebih senang orang kata menambah pendapatan keluarga. Ramai yang berniaga secara atas talian iaitu “Online”. Namun adakah anda membuat perniagaan online menggunakan akaun bank simpanan atau semasa?

Untuk pengatahuan anda, , jika menggunakan akaun bank simpanan untuk menjalankan perniagaan atas talian, berkemungkinan akaun bank anda berisiko untuk ditamatkan serta-merta senang panggil penutupan akaun anda dari pihak bank.

Ini telah terjadi pada, Reen Iman III akibat berlakunya terlalu banyak transaksi duit keluar masuk dan pihak atasan bank detect akaun yang melakukan banyak transaksi keluar masuk duit dalam jumlah yang banyak dan ia merupakan bisness.

POS INI PENTING UNTUK SESIAPA GUNA AKAUN BANK PERSONAL BUAT NIAGA KECIL KECILAN .

Pada 25.2.17 saya menerima satu surat dari CIMB BANK . Isi surat yang menyatakan bahawa akaun bank simpanan saya akan ditamatkan pada 1 mac 2018 .

Saya agak blur , saya terus call beratus kali pihak cimb bank dan tidak dapat .

Harini 26.2.18 , setelah beratus kali call akhirnya dapat . Alhamdulillah ! Saya bertanyakan status akaun saya kenapa ditutup. Pihak bank mengatakan bahawa pihak mereka akan menutup akaun bank secara berperingkat.

Dibawah saya senaraikan sebab sebab akaun bank yang mereka akan tutup :

  • bisness kecil kecilan seperti dropship , agent dan lain-lain .
  • terlalu banyak transaksi duit keluar masuk sebab account saving ada had. Habis tu kau banyak duit simpanan takkan nak simpan bawah katil ???

Saya bertanyakan kenapa akaun saya ?

Saya guna untuk bisness ialah current account .

Mereka kata ,

“Pihak atasan detect akaun cik ada melakukan banyak transaksi keluar masuk duit dalam jumlah yang banyak dan ia merupakan bisness . ”

Saya cakap “baiklah . Jadi macamana pihak bank detect ? ”

Mereka jawab lagi

“Pihak kami akan tahu sebab dari akaun berlainan yang memasukkan duit ataupun bank in cash deposit . Pihak kami akan buat penutupan akaun secara berperingkat walau berniaga sebagai dropship kecil kecilan sebab untuk berniaga kena buka akaun semasa . ”

Allahu ! Kesiannya para surirumah yg baru nak berniaga . Takkan nak buka akaun semasa , mesti kena ada ssm , modal pun 1k kena pula bawa introducer lagi . Kena declare cukai lagi . Hatta niaga untuk rm5 jee satu barang .

Saya tanya lagi

“Dan bila saya boleh buka akaun baru ? ”

Mereka jawab

“Tak boleh bukak dah dgn CIMB . Dan penutupan akaun ni bukan cimb sahaja tapi semua bank buat hal yang sama . “

Jadi harap korang jangan guna akaun personal lagi. Saya guna akaun personal bukan untuk berniaga,saya ada current account company. Tapi banyak transaksi keluar masuk sebab saya bukan satu bisness. Dan duit akan masuk ke account saya dahulu baru dimasukkan ke akaun company .Share semoga ramai lagi tak jadi mangsa macam saya. Tiada budi bicara lagi. Mereka mendapay arahan dari pihak atasan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat