Kesilapan-kesilapan Yang Pernah Saya Lakukan Sewaktu Di Awal Permulaan Perniagaan, Pengasas D Apple
Dulu saya kuat kerja. Kuat sampai kadang-kadang tertinggal solat / lewat solat. Risau.. takut tak cukup rezeki jika kerja tak cukup kuat dan takut bisnes mati jika tak dijaga sepenuhnya 24 jam sehari / 7 hari seminggu.
Tapi malangnya, makin dijaga, makin banyak masalah.
Namun sampai satu masa, Allah Yang Maha Pemberi Rezeki telah rezekikan saya kekuatan untuk lebih menjaga solat (dengan izin Allah). Syukur pada Allah..
Bukan tak boleh kerja kuat tapi kerja kuat + jaga solat + sedekah. Ia berbeza dengan kerja kuat tapi abaikan solat.
Bila kita solat, InshaAllah Allah jaga hidup kita, bisnes kita. Ketahuilah, andaikata kita tak tidur 24 jam sehari pun sebab nak jaga bisnes atau jaga pekerja kita, kita pasti tidak mampu untuk beri perlindungan kepada mereka andaikata Allah tak bagi perkenan. Senang saja. Jaga hak Allah, pasti Allah jaga kita, pekerja kita, bisnes kita 25 jam sehari. Yakinlah denganNya..
Subuh.. walaupun selewat mana kita tidur, seletih mana pun kita, berusahalah untuk bangun sekejap. Pasang iktikad dan kunci jam. Jika tak tahan, lepas tu rehatla balik..
Dahulukan yang wajib.. kita tak akan rugi. Dunia dapat, akhirat pun dapat.. InshaAllah..
KESILAPAN-KESILAPAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN SEWAKTU DI AWAL PERMULAAN PERNIAGAAN :
1. Menganggap jualan pertama yang rancak akan berterusan
2. Menganggar keuntungan hanya berdasarkan (kiraan mudah) iaitu margin keuntungan darab berapa unit produk terjual. Akibatnya banyak kos lain yang tercicir
3. Duit syarikat, duitku jua. Tidak asingkan antara duit peribadi dengan duit syarikat.
4.Takut untuk beriklan. Tak manfaatkan ruang iklan percuma (macam fb, wassap dan instagram). Malu nak beriklan kerap takut orang kata ‘bersungguh sangat’
5. Ikut hati, atau ikut orang kata, bukannya ikut kehendak pasaran
6. Takut nak gajikan staff atau kadang kadang terlebih ambik staff
7. Tak jelas ‘target market’. Nak kail ikan keli tapi letak umpan sotong dan lempar joran ke laut.
8. Syok sendiri dengan produk. Tak boleh ditegur. Teguran pelanggan atau kawan dianggap berniat tak baik atau nak sabotaj
9. Terlebih belanja untuk kelengkapan pejabat / dekorasi
10. Kurang ilmu tapi tidaklah pula mencari ilmu
11. Tiada mentor atau tersilap pilih mentor.
Jika nak buat ais krim, kena cari mentor ais krim, jangan cari mentor kayu balak.
12. Semua kerja nak buat sendiri – One man show
13. Cepat putus asa. Walaupun hanya laksanakan 5 dari 1001 teknik pemasaran dan jualan, sudah putus asa dan mendakwa ianya sudah gagal.
14. Banyak bercakap dari bekerja
15. Terlebih merancang dari bertindak
16. Orang sebelah rumah pun tak tahu lagi kita bisnes apa, sudah sibuk nak eksport ke luar negara.
17. Kerja hanya ‘office hour’.
18. Takut nak tegur kesalahan staff. Jika tak takut pun, tiada faham seni menegur.
19. Terlalu fokus kepada jumlah jualan sampai terlupa kepada aktiviti pengenalan produk dan pembesaran pasaran jenama.
20. Salah menjangka, iklan hari ni, besok harap terus dapat jualan besar.
21. Kurang ber ‘networking’
22. Hanya tahu 5 dari 1000 strategi pemasaran. Malas nak cari lagi 995 kaedah lagi.
23. Banyak salahkan orang dan keadaan daripada salahkan diri sendiri
24. Menganggap jika ambik gaji sendiri, modal nak ‘rolling’ akan berkurang. Padahal, jika tak ambik gaji, duit perniagaan diambil dan digunakan macam biasa juga.
25. Cepat hilang semangat di tengah jalan. Sekali masuk seminar, sekali semangat datang. 7 hari selepas seminar, sekali semangat dah hilang.. kurang ‘self motivated’
26. Tak daftar perniagaan. Bukan PLT tapi Sdn Bhd
27. Tak buka akaun syarikat (Akaun semasa)
28. Tak catat keluar masuk duit. Tak guna akaun semasa (current account) masa transaksi urusniaga. Tak ada bukti kpada bank semasa nak mohon pinjaman.
29. Tak pakai invois / resit – tak ada perekodan
30. Tergesa-gesa sangat nak kembangkan bisnes ke satu tahap yang TERLEBIH BESAR, (tak normal) walhal bisnes belumpun sampai putaran setahun.
31. Too Ambitious – tak berpijak dibumi yang nyata..
32. Menganggap planning atas kertas akan menghasilkan 100% result seperti atas kertas juga..
33. Terlebih belanja kepada perkara yang tidak penting untuk bisnes.
34. Suka bertangguh
35. Banyak masa dihabiskan kepada kerja yang kurang penting.
36. Tak pandai nak bezakan ‘priority’ atau keutamaan yang mana dulu atau kena buat yang mana dulu..
37. Kuat berbisnes sampai lupa jaga kesihatan. Padahal kesihatan penting untuk kemajuan bisnes.
38. Kejar dunia sampai lalai urusan akhirat
39. Terlalu awal percayakan orang. Maksudnya terlalu awal ambil keputusan untuk hand over urusan bisnes kepada staff padahal SOP belum ada dan bisnes masih baru lagi..
40. Dan banyak lagi..
.
Jangan ulanginya..