13 Hidangan McDonald’s Dari Seluruh Dunia Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Cuba
Orang yang suka mengembara tahu yang restoran McDonald’s mempunyai hidangan yang sama. Tetapi McDonald’s di sesetengah negara menawarkan resepi istimewa yang tidak ada pada negara lain. Dari Jepun ke Amerika, banyak makanan atau hidangan yang special dan tertentu bagi setiap negara yang dihasilkan mengikut budaya dan demografik setempat. Setiap negara mempunyai hidangan yang istimewa yang menjadikannya daya tarikan tempatan. Berikut adalah trip ke seluruh dunia untuk tatapan mata yang mengecurkan lidah anda. Enjoy!
Spain — Gazpacho Soup.
McDonald di Spain menyajikan sup Gazpacho tradisional dalam cawan plastik atau botol kecil. Jirannya Portugal juga menawarkan sekurang-kurangnya lima jenis sup dalam cawan. Penduduk semenanjung Iberia adalah antara pencinta sup paling tegar.
Germany — Nürnburger.
Jerman adalah salah satu daripada beberapa negara di mana anda boleh memesan McBeer. Di Jerman McDonald’s anda juga akan dapati McRib – sandwich pedas dengan pork rib. Beberapa tahun lalu, Jerman mempunyai Nürnburger yang popular – burger yang luar biasa dengan sosej dan bukannya roti. HARAM.
USA, Canada — McLobster.
Di New England dan Kanada, dari semasa ke semasa anda boleh merasai sandwich dengan daging lobster Atlantik. Walau bagaimanapun, harga yang tinggi tidak membenarkan pengenalan McLobster dijadiakan menu tetap. walaubagaimanapun, bagi McDonald’s di Amerika Syarikat pada umumnya, burritos dan burger dengan guacamole popular di sini kerana rakyat Amerika gemar masakan Mexico.
Mexico — McMollet.
Mexico telah diketahui ramai yang budaya fast food yang mereka perkenalkan ini. McDonald’s mempunyai banyak hidangan yang diilhamkan oleh masakan tradisi. Sebagai contoh, McMollets – adalah sejenis sarapan Mexico tradisional. Ini adalah patty dengan kacang goreng, keju, dan salsa pada roti.
Russia — Beef à la Rus.
McDonald’s Rusia mempunyai burger sendiri – Beef à la Rus – yang menggunakan brown bread tradisional dan bukan roti biasa. Burger ini tidak selalu ada di menu, tetapi ia diperkenalkan dari semasa ke semasa.
Philippines — McSpaghetti.
Siapa yang terfikir bahawa hidangan seperti McSpaghetti akan menjadi popular bukan di Itali (walaupun ia juga di menu untuk seketika).Tetapi di Filipina? Atas sebab tertentu, pasta negara Itali ini dijadikan hidangan di McDonald’s Filipina. Di Filipina, anda juga boleh menambah nasi kosong kepada mana-mana hidangan.
Negara Timur Tengah — McArabia.
Di negara-negara Arab, anda boleh mencari McArabia – roti pita dengan sayur-sayuran, sos krim masam, perasa tambahan, dan patty ayam. Di Israel, sajian yang sama dihidangkan – McShawarma. Walau bagaimanapun, daging McDonald’s di Israel adalah daging halal.
India — MсSpicy Paneer.
Walaupun tidak ada pengharaman sempenuhnya mengenai daging lembu di India, McDonald’s telah meninggalkannya sepenuhnya dan beralih kepada ayam. Bagi bab-bab makanan vegie yang tidak mengandungi sumber haiwan, McDonald’s India merupakan peneraju pertama dan pertama di dunia. Sebagai contoh, di sini anda boleh mencari burger dengan patty sayuran atau roll dengan paneer – keju buatan sendiri yang goreng. Walau bagaimanapun, di sini munculnya McDonald’s vegetarian sepenuhnya yang pertama di dunia.
China — Unusual Pies.
Pai di setiap negara berbeza-beza, tetapi China, mungkin telah menjadi juara pai pelik. Salah satu pai dibuat dengan menggunakan doh hitam, dan di dalamnya ada filling yang dibuat dari raspberry hitam. Satu lagi mempunyai filling ungu yang diperbuat daripada ubi taro.
Singapore, South Korea — Rice Burger.
Dari masa ke masa, McDonald’s di salah satu negara Asia menawarkan burger yang terbuat dari nasi, dan nasi ini sebagai pengganti roti bun. Ia menjadi sangat menarik untuk mencuba. Di Singapura, McDonald’s menawarkan burger nasi lemak dan McDonald’s Korea Selatan pula menawarkan burger nasi dengan filling kimchi dan tuna.
Japan — French Fries with Chocolate.
Adakah gabungan kentang goreng dan sos coklat pelik bagi anda? Kemungkinan besar anda tidak pernah mencuba gabungan mereka bersama! Tetapi bagi orang Jepun, dan mereka suka. Kami tidak tahu bagaimana McDonald’s Jepun datang dengan idea ini, tetapi mereka benar-benar menawarkan sos coklat dengan kentang goreng.
Australia — Bizarre Ice Cream.
Di Australia, terdapat frozen milkshake yang rasa soda seperti Coca-Cola. Seperti yang anda dapat lihat di sini, anda juga boleh mencuba bubblegum, dan ais krim M&M.
Malaysia — Bubur Ayam.
Bubur Ayam adalah bubur pedas tradisional dengan kepingan ayam yang dibalut dengan bawang hijau dan lada cili. Di Indonesia, McDonald’s juga mempunyai hidangan seperti ini, tetapi resipinya sedikit berbeza kerana ada dihidangkan bersama telur rebus.
Pergi ke McDonald’s di negara asing adalah idea yang baik untuk mereka yang ingin mengalami rasa makanan tempatan. Sebelum makan, jangan lupa baca doa.