Azizan Osman : 5 Tahap Penting Bisnes, Rugi Siapa Yang Tak Baca

Sumber Rujukan : Azizan Osman

Hari ini salah seorang speaker dalam #SingularityUniversity di sini bercakap tentang pentingnya seseorang berada ahead of the new trend atau pada peringkat awal sesuatu teknologi. Masalahnya kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu kan dan ramai orang buat apa-apa termasuk bisnes tanpa tahu dan faham tentang trend pasaran dan strategi pemasaran. Gambarajah bawah tu adalah menekankan betapa pentingnya untuk orang berniaga tahu dimana dia berada dalam sesuatu kitaran trend dan bisnes. Ini bukan berniaga dulu2, dalam kampung kalau kita berniaga ayam, kita seorang sahaja yang berniaga. Tidak. Ini zaman, kita berniaga apa pun, tidak sampai seminit orang lain tiru. Walaupun tiru tu tiru bodoh tak tahu apa-apa.

Mungkin mula-mula baru nak berniaga atau baru nak UP bolehlah main tangkap muat acah-acah cuba itu ini tetapi sebenarnya bila tahu apa yang orang lain tidak tahu, itulah game yang best dan mudah nak menang.

Tak payah pergi jauhlah. Hari ni orang buat berniaga suka ikut ikutan. Orang berniaga tudung kau nak berniaga. Orang berniaga brooch kau pun nak berniaga brooch. Orang berniaga susu kambing, kau pun nak berniaga sama susu kambing. Orang berniaga produk kecantikan secara online kau pun nak buat benda sama.

Sebenarnya apa? Sebenarnya tidak ada ilmu. Mungkin mula2 jadi tetapi lama-lama? Duit bocor. Duit habis. Bisnes rugi. Kena tukar produk atau servis lain. Macam tulah cycle cara berniaganya bertahun-tahun.

Bisnes ini ada 5 tahap penting:-

1/ Pra-berniaga. Ini tahap yang kenalah buat sedikit kajian pasaran, kajian produk, kajian pemasaran, kajian siapa pelanggan. Apa strategi nak lancarkan dan strategi pemasaran. Masa ni jangan sibuk nak cari staf bagai. Unless memang lahir2 dah ada banyak modal atau duit dari warisan yang nak dihabiskan. Jika tidak pernah bisnes, benda paling mudah adalah jadi ejen produk orang lain. Tetapi….. itu pun nak pilih syarikat mana, siapa founder, apa sistem dan strategi, apa sokongan yang diberikan dan apa target anda? Bukan jadi ejen 100 produk bagai tetapi lepas tu tak buat apa-apa then harapkan pelanggan datang. Macam tu menteri pun nak jadi ejen. Bank tutup sebab semua staf berhenti nak jadi ejen. Bisnes yang solid perlukan langkah yang solid. Hati2 ada industri adalah industri bunuh diri atau lompat bangunan. Jika boleh elak then elak jangan buat.

2/ Mulakan dan sentiasa tetapkan matlamat jualan, pendapatan dan simpanan. Hidup ni kenalah ada impian. Takkan nak income sama sahaja tiap2 bulan? Contoh walaupun jadi ejen takkan nak stay macam tu sahaja kan? Di sinilah pentingnya peranan ilmu. Ingat anak didik saya yang naik hotseat kongsikan peningkatan jualan dan bisnes mereka tu sebab mereka tidak ada ilmu ke? Mestilah tak kan. Ilmu yang proven success akan memudahkan anda bertindak dan buat keputusan lebih bagus then jualan lebih mudah meningkat. Ingat- #ResultMatters. Lebih ramai orang yang dah guna ilmu tersebut dan berjaya then lebih mudah anda nak aplikasinya Insha Allah.

3/ Tahap ni ala-ala adalah duit. Jualan dah boleh capai puluhan ribu ke ratusan ribu. Jika ilmu mengembangkan bisnes tidak mantap, anda akan hadapi keadaan jualan stuck kat satu tahap susah nak naik. Kalau ada pekerja ia bawa banyak masalah. Sistem dan struktur bisnes tidak ada. Dan sistem serta struktur ni tidak perlulah sampai nak belajar sistem syarikat besar dan korporat sangat lagi. Tidak sama. Proses pengurusan usahawan kecil dan sederhana tidak complicated macam syarikat-syarikat korporat. Syarikat korporat pun sekarang banyak buang orang.

4/ Tahap ni lebih complicated. Bila jualan dah masuk ratusan ribu ke jutaan sebulan. Pesaingan makin sengit. Ala-ala strategi pemasaran makin buat makin tak ada kesan. Duit lebih banyak bocor. Sistem, proses dan struktur perlu lebih mantap. Ada 8 aspek penting yang perlu diperkukuhkan dalam bisnes dan ia mengambil masa. Belum campur akaun dan percukaian semakin complicated.

5/ Ini tahap memperluaskan bisnes untuk perkembangan exponential. Ini banyak berlaku especially dalam group #TitaniumPremier dan #TitaniumCircle. Mereka perlu gunakan strategi yang lebih efektif agar bisnes mereka terus terus berkembang dan meningkat berkali-kali ganda. Jualan dah main jutaan mungkin semingga jika bukan sehari. Keputusan kena lebih tepat dan tidak boleh fikir ikut kepala sendiri sukahati kerana anda ada organisasi yang perlu dipelihara. Dan tahap ini jugalah yang perlu banyak gunakan teknologi untuk upgrade game. Ini game yang saya akan upgrade bawa dari Silicon Valley lepas ini Insha Allah.

Penat baca? Nak berjaya tak nak penat then duduk rumah gentel telur dalam peti ais.

Saya share ni bukan dapat apa. Sharing ni sebab nak lihat anak bangsa bangkit buka kepala hotak minda dan hati untuk nampak! Peluang sangat banyak. Jangan salahkan bangsa lain ambil peluang secara global jika kita sendiri tak nak upgrade diri.

Jangan abaikan apa yang saya kongsikan ni. Tak hari ni esok lusa anda mungkin nak baca. Share dengan kawan2 dengan doa semoga Allah swt beri mereka petunjuk dan kefahaman. Nokia lingkup sebab tak nak berubah, Yahoo pun sama, Kodak pun sama, Walkman pernah dengar? Sehebat2 keris zaman dahulu akhirnya ke muzium jua.

Perkara baik share. Penat taip. Tulis panjang2 ni faham ke?

#AzizanOsman
#SiliconValley

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat