Harga Minyak Turun Lagi Berikutan Berlakunya Pertambahan Bekalan Global


Harga Minyak Dunia

SINGAPURA: Harga minyak susut hari ini, ditarik turun kelemahan dalam pasaran saham global dan tanda-tanda peningkatan bekalan global.

Dagangan hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada AS$76.78 satu tong pada 0040 GMT, susut 56 cent, atau 0.8 peratus, berbanding penutup sebelumnya.

West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$66.78 satu tong, susut 26 cent, atau 0.4 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Minyak terperangkap oleh penyusutan pasaran kewangan bulan ini, dengan harga saham jatuh lagi pada Isnin selepas laporan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tarif tambahan ke atas import China bernilai AS$257 bilion sekiranya rundingan antara Presiden Donald Trump dan Xi Jinping gagal menamatkan perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Harga minyak juga di tarik turun oleh tanda-tanda peningkatan bekalan daripada pengeluar utama.

Reuters turut menyatakan bahawa Arab Saudi dilaporkan akan turut mengeluarkan minyak sebanyak yang mungkin. Russia juga turut memberikan tanda-tanda bahawa mereka juga akan membekalkan minyak yang mencukupi bag memenuhi permintaan sejurus selepas sekatan AS ke atas Iran yang akan berkuatkuasa pada minggu depan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat