Ini Dia Cara Mudah Buat Bayaran PTPTN Melalui Aplikasi myPTPTN


PTPTN ataupun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merupakan perbadanan yang dikuatkuasakan pada 1 Julai 1997. Perbadanan ini ditubuhkan adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswa.

Pinjaman tersebut akan diberikan kepada semua pelajar yang terpilih (dari segi kewangan penjaga) tidak kira sama ada pelajar tersebut melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam ataupun swasta.

Jumlah pinjaman tersebut akan diberikan berdasarkan beberapa elemen penting yang diambil kira. Antaranya, jika tinggi pendapatan penjaga mereka, maka kurang sedikit pinjaman yang diberikan berbanding pendapatan penjaga rendah.

Sudah nama pinjaman, pastinya setiap pinjaman tersebut perlu dibayar. Kalau tidak mampu dibayar sekaligus, boleh dibayar secara ansuran. Jumlah pembayaran balik itu berdasarkan jumlah wang yang dipinjamkan. Semakin tinggi pinjaman, semakin tinggi jumlah bayaran bulanan.

Berkenaan dengan pembayaran balik PTPTN ini, pasti ramai yang ingin tahu cara yang mudah untuk membayarnya kan? Hanya menggunakan aplikasi myPTPTN, semua urusan pembayaran balik pasti akan menjadi mudah dan cepat. Jom ikuti langkah di bawah ini.

Ini Dia Cara Mudah Buat Bayaran PTPTN Melalui Aplikasi myPTPTN

  1. Muat Turun Aplikasi myPTPTN di Playstore ataupun Appstore.
  2. Kemudian, log Masuk ID dan Kata Laluan Aplikasi myPTPTN.
  3. Klik menu Loan Repayment (Bayaran Balik Pinjaman). 
  4. Masukkan no kad pengenalan peminjam. 
  5. Masukkan pula jumlah bayaran. 
  6. Pilih saluran bayaran FPX online banking atau Debit/Kad Kredit.
  7. Log masuk perbankan internet/telefon mudah alih untuk pelbagai pilihan bank. 
  8. Siap! Sila screenshot transaksi selepas pembayaran berjaya untuk semakan anda. PTPTN

Mudah sahaja kan cara buat bayaran PTPTN menggunakan aplikasi myPTPTN ini? Semoga perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda semua. Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi atau menghantar pesanan kepada pegawai PTPTN di sini.

Oh ya, kalau tak nak guna myPTPTN, korang masih ada pilihan lain iaitu menggunakan jomPAY.

Bayaran Balik PTPTN melalui JomPAY

  1. Sebelum membuat transaksi di JomPAY, dapatkan ‘Biller Code’ Tekan dan ‘Ref-1’ melalui Semakan JomPAY di Portal Rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/jompay/) atau untuk lebih mudah terus berhubung dengan Pegawai PTPTN.
  2. Log masuk perbankan internet/telefon mudah alih
  3. Pilih Bill Payment
  4. Cari Menu JomPAY
  5. Mulakan transaksi bayaran
  6. Masukkan Biller Code, Ref-1 dan Ref-2
  7. Pilih akaun anda, sama ada akaun semasa, simpanan atau kad kredit
  8. Masukkan jumlah bayaran dan Teruskan Bayaran
  9. SELESAI- Resit akan dipaparkan bagi setiap transaksi yang berjaya

Mudah sahaja kan? Untuk pembayaran PTPTN ini terpulang kepada anda untuk menggunakan aplikasi mana yang lebih mudah. Namun pastinya sebagai peminjam PTPTN dan masih bekerja keras untuk membayar hutang-hutang tersebut, min memilih myPTPTN kerana ianya lebih mudah.

Sumber: Facebook Bayaran Pinjaman PTPTN & portal PTPTN

Baca juga: Malaysia Bakal Dilanda Banjir Besar? Ini Tips Persediaan Menghadapi Banjir, Pastikan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat