Jangan Tiru Budaya Barat – Datuk Hassan Mahfuz Al Hafiz


Kuala Lumpur: “Tak perlu meniru budaya Barat sedangkan budaya sendiri cantik dan sopan,” kata pendakwah terkenal Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz.

index

 

Hassan berkata, Islam tidak menghalang seseorang individu bergambar, tetapi harus mengikut syariat yang dibenarkan antaranya tidak mengikut tindak-tanduk sesuatu kaum dan tidak berlebihan.

Sebagai contoh, beliau berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda individu yang menyerupai budaya sesuatu kaum akan tergolong dalam kaum itu.

“Jangan berlari di halaman orang, halaman kita sendiri sudah ada. Begitu juga dengan budaya kita, sudah ada jadi kenapa perlu terikut dengan budaya asing?

“Ia seolah-olah menunjukkan kita tiada identiti, malah langsung tidak mendatangkan manfaat jika dibuat,” katanya.

 

20hmalti3.transformed

Beliau mengulas penyebaran gambar beberapa wanita di laman sosial Facebook yang membuat aksi tangan seolah-olah Ultraman atau gaya ‘sembah ratu’.

Ia mendapat kecaman daripada netizen kerana berpendapat gaya berkenaan bukan budaya timur dan tidak manis lebih-lebih lagi apabila dibuat oleh golongan wanita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat