Kad Sim Ekpres Pengugat Keamanan Negara
Penjualan kad sim prabayar tanpa perlu mendaftar atau ‘kad sim ekspres’ terus berlaku di negara ini, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap penguasaan penjualan akses telekomunikasi itu. Keadaan itu amat membahayakan berikutan ia boleh disalagunakan untuk tujuan jenayah dan tentunya merumitkan pihak berkuasa kerana kad sim tersebut tidak didaftarkan secara sah.
Kad sim ekspres banyak dijual secara terbuka di lokasi tumpuan warga asing seperti Jalan Bukit Bintang, Jalan Silang dan Pasar Seni pada kadar RM10 hingga RM20 tertakluk kepada pakej.
Daftar sendiri tanpa perlu kemukakan pengenalan diri
Disamping itu, ada sebahagian syarikat telekomunikasi tertentu yang membenarkan pembeli mendaftar sendiri secara dalam talian, tanpa perlu mengemukakan identiti pengenalan diri ketika membeli kad sim terbabit. Ini membolehkan kad sim ekspres didaftarkan menggunakan identiti mana-mana pihak dan bukan pihak yang membeli kad sim terbabit.
Ianya hanya mengambil masa kurang lima minit untuk membeli kad sim ekspres di kedai telekomunikasi di Jalan Silang dan Pasar Seni tanpa sebarang masalah, termasuk sekeping kad sim di Bukit Bintang tanpa perlu daftar.
“Kad sim boleh daftar online nanti. Tak perlu IC(kad pengenalan) atau pasport,” kata seorang penjual waga asing di Jalan Silang yang menjual kad sim tersebut dengan harga RM10 dengan nilai kredit RM5.
Situasi itu bertentangan dengan arahan kerajaan mewajibkan pendaftaran maklumat peribadi untuk memiliki kad sim sejak Januari 2006.
Tindakan berbahaya, sukar dikesan pihak berkuasa
Statistik telekomunikasi pada tahun 2015 menunjukkan terdapat 33 juta pengguna talian prabayar di negara ini dengan lima juta daripadanya, dipercayai warga asing. Pengguna prabayar mewakili 80 peratus pengguna telefon bimbit di negara ini. Pakar jenayah menyifatkan situasi situ sebagai perkembangan tidak sihat dan membahayakan kerana kad sim ekspres itu boleh disalah guna dan membuka kepada perlakuan jenayah seperti peras ugut, kongsi gelap dan keganasan.
Datuk Akhbar Satar yang juga pakar kriminalogi ketika mengulas isu penjualan kad sim ekspres berkata, isu itu berlaku kerana kurangnya penguatkuasaan dan sikap pihak tertentu yang keuntungan tanpa melihat implikasinya.
“Pertama, sebab mahu untung lebih (kedua) untung cepat dan ketiga supaya mudahkan orang ramai. Tetapi kena ingat implikasi kalau guna(kad sim) tak daftar ia boleh disalah guna kerana sukar dijejaki pihak berkuasa,” katanya.
Akhbar berkata, penjualan kad sim ekspres harus ditangani segera berikutan implikasinya terhadap keselamatan negara. Katanya, kad sim itu boleh disalah guna penjenayah dan tidak mustahil digunakan pengganas untuk mengelak dikesan.
“Ini(openjualan kad sim ekspres) adalah isu integriti,” katanya menegaskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKKM) perlu meningkatkan tahap penguatkuasaan bagi menangani pihak yang menjual kad sim ekspress itu.