11 Kesilapan Ibu Bapa Sepanjang Proses Membesarkan Anak – Daily Rakyat

11 Kesilapan Ibu Bapa Sepanjang Proses Membesarkan Anak


Ibu bapa sering mengangap mereka telah memberikan didikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Namun, mereka mengambil remeh/ringan dalam beberapa hal yang akan memberi kesan kepada anak-anak dalam masa terdekat mahupun dalam jangka masa akan datang. Disini ada sedikit tip yang di kongsikan oleh Motivasi Diri untuk ibu bapa agar dapat elak daripada melakukan kesilapan tersebut.

11 Kesilapan Ibu Bapa:

  1. Jika anak dengan Sengaja menggangu kita, itu tandanya kita tidak memberi cukup sentuhan kasih sayang kepada mereka.
  2. Jika anak Berbohong, itu tandanya hukuman atau tindakan kita terlalu keras untuk kesalahan atau kesilapan yang lepas.
  3. Jika anak mempunyai self-esteem(harga diri) yang rendah, itu tandanya kita lebih banyak memberi nasihat(membebel) daripada kita memberi dorongan.
  4. Jika kita telah memberi segala benda tetapi anak masih lagi Mengambil barang-barang yang bukan kepunyaan mereka itu tandanya kita tidak memberi ruang untuk mereka memilih.
  5. Jika anak bersikap Cemburu, itu tandanya kita selalu membandingkan mereka dengan orang lain.
  6. Jika anak menjadi seorang yang Penakut, tandanya kita cepat sangat membantu di saat mereka menghadapi cabaran. Biarkan anak berhadapan dengan cabaran tersebut.
  7. Jika anak cepat Marah, itu tandanya kita tidak cukup memuji dan menghargai apabila mereka berkelakuan baik. Mereka hanya selalu mendapat perhatian kita apabila mereka berkelakuan negatif.
  8. Jika anak Tidak Menghormati perasaan orang lain. itu tandanya kita selalu memerintah mereka seperti seorang bos dan tidak mementingkan perasaan mereka.
  9. Jika anak menjadi seorang yang Perahsia atau Pendiam, itu tandanya kita selalu membesarkan perkara yang menyentuh tentang diri mereka.
  10. Jika anak bersikap Biadap, itu tandanya kita juga bersikap biadap atau mereka belajar menjadi biadap daripada orang yang tinggal di sekeliling mereka.
  11. Jika anak Tidak Berani mempertahankan diri, itu tandanya kita selalu menegur atau menghukum di hadapan orang lain sejak mereka kecil. Ibu bapa tidak sewajarnya memberi teguran atau hukuman di hadapan kawan-kawan, adik beradik atau saudara mara. Teguran dan hukuman hendaklah dibuat secara personal.
Sebarkan Artikel Ini
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares
  • 2
    Shares

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat