Ketahui 6 Punca Gusi Berdarah Ketika Gosok Gigi


Kebanyakkan orang menganggap bahawa berlakunya pendarahan pada gusi waktu menggosok gigi adalah perkara biasa disebabkan oleh teknik berusan yang kurang tepat.

Tetapi sebenarnya, terdapat keadaan tertentu dimana pendarahan yang berlaku adalah disebabkan oleh masalah kesihatan. Justeru perkara berkenaan adalah sesuatu yang perlu dipandang serius. Dan berkemungkinan besar, sehingga ke tahap anda perlu mendapatkan rawatan daripada doktor gigi.

Tidak dinafikan, adakala rata-rata individu yang mengalami masalah ini sering tertanya-tanya mengapa gusi mereka kerap berdarah ketika menggosok gigi?

Berikut adalah di antara 6 punca yang perlu anda tahu:

1- Masalah Gingivitis

Gingivitis penyebab gusi berdarah

Apabila ada penimbunan plak dan kaviti menyebabkan bakteria terkumpul pada bahagian gigi. Kesannya, gusi anda (gingiva) mungkin berhadapan dengan masalah keradangan. Dan hasilnya, wujud masalah gingivitis.

Gingivitis jarang atau tidak menyebabkan anda merasa sakit, dan tidak menunjukkan sebarang masalah. Namun begitu, anda boleh menyedarinya apabila gusi anda kerap berdarah ketika menggosok. Disebabkan tiada rasa sakit, ramai daripada kita membiarkan sahaja masalah gingivitis ini berlanjutan.

Tahukah anda bahawa masalah gingivitis yang tidak dirawat boleh menyebabkan anda mengalami penyakit oral yang lebih teruk termasuklah masalah pada gigi.

Jadi untuk mengelakkan dan mengatasi masalah gusi berdarah, perkara yang boleh anda lakukan adalah dengan mengadakan perjumpaan doktor gigi dan menerima rawatan oral secara berjadual.

2- Anda seorang perokok

Perokok merupakan individu yang mempunyai risiko paling tinggi untuk berhadapan dengan masalah gusi berdarah.

Masalah ini disebabkan asap rokok yang mengandungi toksik berbahaya berupaya untuk melekat pada bahagian gigi dan merosakkan kesihatan gusi.

Malah, para doktor juga berpendapat bahawa toksik yang melekat pada gigi dan gusi daripada asap rokok tidak boleh ditanggalkan dengan kaedah pembersihan mulut yang diamalkan ketika ini. Jadi berhentilah merokok dan anda akan dapati kesihatan gigi anda bertambah baik.

3- Tabiat pemakanan yang tidak sihat

Perubahan hormon ketika anda sedang datang bulan ataupun mengandung boleh menyebabkan gusi anda berdarah ketika menggosok gigi.

Menurut ahli perubatan, sememangnya ada di kalangan wanita yang mengalami masalah gingivitis ketika berada dalam kitaran haid. Di samping itu, perubahan hormon ketika mengandung juga boleh meningkatkan risiko gingivitis dan periodontitis.

Sekiranya anda berhadapan masalah berkenaan, disarankan untuk mendapatkan rawatan segera dan nasihat daripada doktor gigi untuk mengatasi masalah tersebut.

4- Tabiat pembersihan gigi yang teruk

Tabiat memberus gigi terlalu kuat ataupun langsung tidak menggosok gigi. Kedua-duanya akan memberikan masalah kepada gusi anda. Gusi sebenarnya adalah satu kawasan yang mempunyai tisu yang lembut, sekiranya ada sebarang impak keras ke atas permukaannya. Maka ia boleh mendatangkan kecederaan pada bahagian gusi anda.

Salah satu punca gusi kerap berdarah adalah disebabkan kewujudan plak, jadi anda disarankan menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Ini sekaligus boleh menanggalkan sisa-sisa makanan pada gigi untuk menghalang pembentukkan plak. Selain itu, bakteria yang terkumpul pada sisa makanan di gigi juga boleh memberi kesan buruk sama ada pada gusi ataupun gigi iaitu dengan melepaskan asid.

5- Mengambil ubat-ubatan

Anda mungkin pernah ditanya oleh doktor gigi mengenai sejarah pengambilan ubat-ubatan, jika anda berkunjung ke klinik gigi untuk menerima rawatan kan?

Oleh yang demikian, perkara ini adalah disebabkan sesetengan preskripsi ubat-ubatan boleh menyebabkan berlakunya pendarahan gusi.

Ini kerana terdapat sekitar 400 jenis ubat-ubatan dimana pengambilannya boleh menjejaskan kesihatan mulut seperti gusi berdarah dan mulut menjadi kering. Antaranya adalah antihistamines, sedatives, anti-depressants serta anti-psychotics.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat