“Pembunuh Dalam Diam”, Jangan Ambil Mudah Tentang Masalah Kesihatan Mental


Ramai yang beranggapan masalah kesihatan mental hanya merujuk kepada gila, hakikatnya kemurungan, depresi dan gangguan emosi juga merupakan antara penyakit mental yang boleh memudaratkan.

Masalah kesihatan mental diibaratkan sebagai ‘pembunuh dalam diam’ dan perlu diberi rawatan segera terutamanya dalam kalangan anak muda.

Kekangan kewangan, berdepan dengan masalah keluarga dan kerjaya merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan mental. Masalah ini  tidak boleh dipandang remeh dan perlu ditangani segera, memandangkan anak muda merupakan generasi pelapis negara.

Antara contoh mengundang penyakit ini, baharu sahaja memulakan kerjaya tetapi apabila mereka gagal untuk mencapai matlamat. Persepsi keluarga dan masyarakat terhadap mereka mula berubah hingga menyebabkan mereka rasa tertekan dan tidak berguna. Bukan itu sahaja, keluarga yang terlalu tekankan anak-anak untuk memenuhi hasratnya tanpa berfikir kesan kepada anak tersebut menyebabkan anak muda itu mendapat depression.

Anak muda kini bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan  keluarga. Tetapi faktor ekonomi juga menyumbang kepada peningkatan tahap keseriusan tekanan mental mereka.

Ramai yang beranggapan anak muda yang baharu melangkah ke alam pekerjaan tidak mempunyai kekangan kewangan. Tetapi secara tidak sedar mereka sebenarnya mempunyai bebanan kewangan sebaik sahaja tamat pengajian. Hal ini kerana untuk membayar pinjaman yang diambil untuk membiayai pendidikan mereka.

Apabila mereka mula melangkah ke alam pekerjaan, dengan gaji yang diterima, banyak yang perlu diambil kira termasuk kelangsungan hidup terutamanya di kawasan bandar yang mana kos sara hidup adalah tinggi.

Masalah ini harus ditangani segera dan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan rakan sebaya perlu memainkan peranan dengan mewujudkan suasana persekitaran yang lebih positif dan memahami.

Individu yang berhadapan dengan tekanan boleh berjumpa dengan pakar psikologi atau psikiatri untuk mendapatkan khidmat nasihat, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat