Suka Tidur Dalam Kenderaan? Ketahui info bagaimana gas monoksida (CO) boleh membahayakan anda


Tidak dinafikan, berehat dalam kenderaan dikawasan rehat dan rawat (R&R) atau tepi jalan adalah perkara yang biasa dilihat. Dan dilakukan oleh ramai orang bagi menghilangkan penat sebelum meneruskan pemanduan. Tambahan pula, apabila menaiki kereta atau mana-mana kenderaan lain untuk perjalanan yang jauh. Namun tahukah anda bahawa tabiat suka tidur dalam kenderaan itu boleh mengancam nyawa? Ketahui info ini!

Hasil siasatan pihak berkuasa mendedahkan bahawa tidur di dalam kenderaan dengan enjin dan penghawa dingin terpasang adalah berbahaya. Di samping itu, risiko kehilangan nyawa juga boleh terjadi disebabkan keracunan gas monoksida (CO).

Apabila enjin pada kenderaan dihidupkan dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas CO boleh berlaku daripada ekzos dan masuk ke dalam kabin penumpang.

Untuk pengetahuan semua, sifat gas CO ini tidak mempunyai bau. Oleh kerana itu, mangsa yang tidur tidak menyedari yang beliau sedang menyedut gas CO yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

Bagaimana gas CO boleh membunuh? Gas CO ini akan mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen kepada sel-sel di tubuh badan manusia. Sel-sel tersebut akan mati apabila tidak menerima gas oksigen yang secukupnya.

Ia juga boleh membunuh dalam masa beberapa minit sahaja jika kepekatan gas ini tinggi dalam darah.

Jadi persoalannya, kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin sentiasa terpasang? Ia adalah kerana kita berada dalam keadaan sedar dan jika berlaku perubahan suhu atau kebocoran, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.

Walaupun ada yang berpendapat menurunkan sedikit cermin kereta boleh mengelakkan keracunan gas, ia bukanlah satu tindakan yang tepat. Sebaik-baiknya keluar daripada kenderaan dan berehatlah di tempat yang mempunyai kitaran udara yang baik, selamat dan segar.

Pastikan juga penghawa dingin kenderaan anda diperiksa dan diservis mengikut jadual atau sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan sekali bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

Kongsikan informasi ini kepada ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan anda supaya dapat dijadikan peringatan dan panduan untuk semua. Terutamanya kepada ahli keluarga yang mempunyai tabiat suka tidur dalam kenderaan. Semoga bermanfaat!

Baca selanjutnya: Bahayanya Tidur Dalam Kereta Boleh Membawa Maut !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat