Pembelaan Terhadap Islam dan Maruah Diri, Sumber Kekuatan Khabib Menewaskan McGregor
Disebalik perlawanan antara Khabib dan McGregor, yang berakhir dengan kekecohan ini terdapat cerita di sebalik itu. Penjelasan berkenaan pergaduhan itu dijelaskan oleh Khabib dalam sidang media.
Semasa sidang media tersebut berlansung, Khabib sentiasa menyebut ‘Alhamdulillah’ (segala puji bagi Allah) dan bersyukur atas kemenangan yang dicapai.
Khabib memaklumkan, Kekecohan yang terjadi ini dikatakan berpunca dari penghinaan Mcgregor kepada dirinya serta agama islam.
McGregor pada sidang akhbar yang lalu telah menghina ayah Khabib dan agama islam dengan meminum arak dan menawarkan arak kepada beliau bertujuan untuk menghina beliau sewaktu sidang akhbar berlansung.
Kerana penghinaan inilah menyebabkan Khabib tidak mengejar kemenangan semata-mata dalam perlawanan ini. Sebaliknya beliau lebih mempertahankan nama baik ayahnya dan agama islam yang telah dihina oleh McGregor.
Khabib juga menyelar sikap media dalam melaporkan sesuatu berita. Pihak media seharusnya meletakkan sukan ini di tempat yang terhormat dan melaporkan sisi sebenar yang terjadi.
Pihak media sepatutnya memfokuskan penghinaan yang dilakukan McGregor terhadap dirinya dan agamanya yang menjadi punca utama Khabib melompat pagar octagon ini.
Tonton video sidang media ini disini:
Ringkasan Kejadian
Secara ringkasnya, kekecohan terjadi selepas pertarungan ini berakhir. Khabib yang baru sahaja menewaskan McGregor, menempa ke arah kem McGregor bagaikan harimau kelaparan untuk mencari rakan McGregor, Dillian.
Beliau kemudian memanjat pagar Octagon dan turun ke tempat penonton namun sempat dihalang pegawai keselamatan.
Kedua team jurulatih McGregor dan Khabib juga bergaduh dan lebih memeranjatkan, dua rakan baik Khabib masuk ke dalam Octagon dan menyerang McGregor yang masih lagi berada dalam keletihan.
Namun pegawai keselamatan cepat bertindak menyelamatkan McGregor dari terus diserang oleh rakan Khatib.
Kesan dari ini, pelbagai pihak termasuk pemenang UFC yang lalu mengkritik insiden ini dan upacara mengumumkan pemenang tidak dapat dilakukan kerana kekecohan tersebut. Kedua-dua petarung diminta meninggalkan Octagon bagi menenangkan keadaaan.
Presiden UFC, Dana White berkata upacara kemenangan, melilit tali pinggang Lightweight ke pinggang Khabib tidak dibuat di octagon kerana bimbang keadaan mungkin menjadi lebih kecoh