Leukemia: Adakah Sukar Untuk Di Kenalpasti Lebih Awal?
Leukemia atau juga dipanggil sebagai kanser darah. Kanser ini sangat berbahaya kerana ia menyerang pada bahagian sum-sum tulang. Dimana sum-sum tulang merupakan tempat darah dihasilkan. Leukemia terjadi kepada sel darah putih yang membiak secara tidak normal.
Sel kanser leukemia juga merupakan sel yang sangat berbahaya kerana mampu membiak sangat cepat dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding sel darah yang normal. Sel leukemia mampu menghalang penghasilan sel darah merah pada sum-sum tulang.
Namun kanser ini sangat susah untuk dikenalpasti pada peringkat awal dengan mata kasar. Namun ada beberapa tips yang boleh kita gunakan sebagai langkah-langkah berjaga-jaga untuk mengenalpasti kanser ini lebih awal.
1. Darah Beku
Bagi orang yang mempunyai Leukemia, permukaan kulit mereka sering mengalami lebam merah atau ungu. Ini berlaku kerana sel darah putih terus menggesa sel darah merah untuk keluar. Bintik merah atau lebam merah pada kulit orang yang mempunyai Leukemia, dipanggil pendarahan kecil atau Petechiae.
2. Ketahanan Badan Berkurang
Orang yang mempunyai leukemia umumnya sistem imun akan melemah, kerana ia tidak berfungsi dengan baik pada sel darah putih. Bagi orang biasa, sel-sel darah putih ini akan melawan jangkitan bakteria atau virus yang masuk ke dalam badan. Tetapi bagi orang yang mempunyai Leukemia tidak seperti itu, maka penurunan sistem imun pesakit akan membuatnya mudah terdedah kepada sebarang penyakit.
3. Anemia
Pesakit yang menghidap Leukemia biasanya akan kekurang darah atau dipanggil anemia. Hal ini kerana terdapat sedikit sahaja sel darah yang sihat. Oleh itu, ia tidak boleh berfungsi secara optimum untuk badan.
Oleh itu, pesakit yang menghidap leukemia akan mudah pucat dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Selain itu, penderita leukemia juga akan mudah merasa mual. Hal ini kerana sistem pencernaan mereka tidak normal dan akan menyebabkan mereka mudah letih dan demam atau menggigil.
4. Penurunan Berat Badan.
Penghidap leukemia akan mengalami penurunan berat badan yang drastik. Walaupun orang itu masih banyak makan atau tidak mengubah dietnya, tetapi penurunan berat badan masih akan berlaku. Ini berlaku kerana tahap pembakaran tenaga yang tinggi, yang boleh menyebabkan orang kehilangan berat badan.
5. Pembengkakan Organ Dalaman
Pembengkakan dalaman ini juga boleh berlaku pada penghidap Leukemia. Biasanya bengkak pada bahagian kelenjar limfa di bahagian bawah lengan, atau di bahagian depan dan belakang leher. Malah limpa dan hati juga boleh membengkak dan menyebabkan sakit di bahagian bawah tulang rusuk.
6. Berpeluh Pada Waktu Malam
Ciri-ciri lain bagi penghidap Leukemia adalah berpeluh malam. Secara umumnya suhu malam adalah rendah walaupun pesakit tidak melakukan sebarang aktiviti, tetapi badan pesakit akan berpeluh. Sekiranya anda melihat tanda-tanda ini, segera dapatkan rujukan daripada pakar atau buat pemeriksaan kesihatan.
7. Sakit Tulang Dan Sendi
Selain tidak mampu mengawal otot secara optimum, pesakit juga akan mengalami sakit pada tulang atau sendi. Simpton ini hukan berpunca dari kecederaan luaran yang di alami. Gejala-gejala ini biasanya akan bertambah buruk dari masa ke masa, kerana sel-sel darah putih yang tidak normal berkumpul pada sum-sum tulang.
Semoga tips untuk mengenalpasti tanda-tanda leukemia yang dikongsikan dapat membantu anda semua. Dengan adanya tips ini dapat kita mencegah lebih awal penyakit leukemia ini. Namun sekiranya anda mengalami seperti tanda-tanda diatas, terus dapatkan rawatan daripada doktor. Lakukan pemeriksaan kesihatan dengan segera.