Wow! Sakit Kepala Atau Migrain Boleh Hilang Tanpa Makan Ubat, Hanya Amalkan 5 Cara Ini.
SAKIT kepala atau migrain sesuatu yang amat tidak menyenangkan. Bukan sahaja ia boleh menganggu tugas seharian, malah boleh membuatkan kita meningkat tekananĀ dan juga mengurangkan selera makan.
Selalunya benda pertama yang kita cari bila mengalami sakit kepala atau migrain ialah ubat tahan sakit. Namun tahukah anda, sakit kepala yang ringan boleh dikurangkan tanpa ubat? Ini lima petua alternatif untuk mengurangkan gejala sakit kepala.
Limau Kasturi
Ini merupakan petua orang lama. Apa yang anda perlu lakukan ialah perahkan limau tersebut di atas kepala sambil meramasnya. Kemudian lebihan kulit yang diperah itu masukan ke dalam bekas berisi air dan rendam seketika. Kemudian tuang air ke atas kepala.
Limau kasturi
Ais
Ais juga boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala. Anda hanya perlu gunakan pek ais ataupun gunakan sahaja ais yang dibalut dengan kain, kemudian anda gosokkan di leher dan kepala anda untuk merehatkan ketegangan di kepala anda.
Ais
Rehatkan Diri
Kalau anda rasa stress, apa kata anda rehatkan diri dahulu. Ambil masa ini untuk minum air atau dengar lagu-lagu yang boleh membuat minda anda berehat seketika dan tenang. Atau ambil masa selama 30 minit untuk tidur seketika, walaupun hanya 30 minit ia mampu memberikan kesegaran kepada badan anda dan bekerja seperti biasa.
Rehatkan diri
Rendam kaki dalam air panas
Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas yang berisi air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda.
Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala tadi. Cara hilangkan sakit kepala denganĀ rendam kaki ini sesuai dilakukan di rumah sahaja, jangan di lakukan di pejabat pula.
Rendam kaki
Kurangkan MSG/ Ajinomoto
Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Kandungan asid glutamat dalam MSG dipercayai menjadikan saluran darah anda sempit dan kemudian melebar. Ini penyempitan dan penyebaran saluran darah membuat kepala anda terasa menyakitkan. Reaksi saluran darah ini boleh mencetuskan aktiviti tidak normal dalam saraf otak. Saraf otak akan dirangsang secara berlebihan dalam MSG supaya anda merasa pening dan sakit kepala.
Kurangkan pengambilan MSG
Jangan lupa juga untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan minum air masak mengikut keperluan badan anda setiap hari.
Ini merupakan cadangan kepada anda untuk mengurangkan sakit kepala atau migrane, tetapi sekiranya sakit kepala anda masih lagi teruk , jangan lupa untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dari mereka.
SELAMAT MENCUBA!