Pentingnya Sarapan Kepada Anak Lebih-Lebih Lagi Musim Peperiksaan
Musim peperiksaan menjelang tiba lagi. Anak-anak anda semestinya berusaha keras dalam mengulangkaji pelajaran. Mereka sentiasa tidur lewat memandangkan mereka perlu mengulangkaji semua subjek yang akan mereka duduki sewaktu peperiksaan bermula nanti.
Di sini bermulalah tanggungjawab anda sebagai seorang ibu, ayah, mahupun keluarga dalam menjaga dan memastikan makan pakai mereka cukup dan lengkap dengan sepenuhnya. Hal ini kerana sesetengah daripada anak-anak kita mungkin ada yang tidak sempat melakukan perkara perkara harian yang biasanya mereka lakukan terutamanya makan.
Seperti yang kita ketahui juga, makanan merupakan suatu benda yang penting untuk diambil dalam menjalani waktu seharian kita. Ianya amat penting bagi anak anda lagi lagi pada yang akan dan sedang menduduki peperiksaan. Namun dalam banyak-banyak waktu, sarapan merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan oleh anda kerana banyak faktor negatif yang boleh terjadi jika anda membiarkan anak anda tidak mengambil sarapan pagi.
Antara faktor negatif jika tidak mengambil sarapan adalah:
1. Sakit Kepala Dan Susah Beri Tumpuan
Dalam menduduki peperiksaan kesihatan badan perlulah dijaga supaya kita sentiasa fokus dan cergas untuk menjawab soalan peperiksaan. Tetapi jika kita tidak bersarapan, paras glukosa dalam badan akan menjadi rendah, menyebabkan kita sakit kepala, pening, berpeluh, kulit menjadi pucat dan degupan jantung menjadi laju.
2. Hilang Tenaga Untuk Ulangkaji Pelajaran Dan Hingga Ke Hari Akhir Peperiksaan
Tahukah anda, tubuh kita kehilangan 80% tenaga simpanan sewaktu tidur? Ini bermakna tubuh kita cuma tinggal 20% tenaga apabila bangun tidur. Keadaan ini sama seperti bateri telefon bimbit yang tinggal 20% sahaja. Jadi wajarkah kita meninggalkan sarapan pagi? Apabila kita amat memerlukan tenaga untuk menjalani kehidupan seharian. Dengan mengambil sarapan ia bakal membekalkan tenaga yang mencukupi untuk kita kekal cergas dan aktif.
3. Susah Menghafal dan Memori Jadi Lemah Jika Tidak Sarapan
Apabila badan kita lemah kerana tidak mempunyai tenaga, wajarlah otak kita mengambil masa yang lebih banyak untuk menghafal dan mengingati sesuatu perkara. Jadi ambillah sarapan yang kaya dengan zat2 yang bagus untuk otak dan badan kita agar kita bersemangat dalam menempuh kehidupan harian kita.
4. Tak Sarapan Lebih Cenderung Untuk Gastrik
Gastrik merupakan musuh seharian anda. Ia datang dan membelungi diri anda untuk kekal sakit dan tidak bermaya. Apabila perut kosong asid perut akan naik dan menggangu tumpuan kita untuk mengulangkaji pelajaran di musim peperiksaan ni. jadi wajarkah anda tidak mengambil sarapan pagi?
5. Hilang Fokus Pada Pelajaran Dan Peperiksaan
Apabila badan lemah otak tidak cergas, anda akan berasa tidak bermaya untu melakukan apa pun pekerjaan. Fokus pada peperiksaan juga hilang begitu sahaja dan kesannya anda tidak dapat melakukan apa apa perkara seperti mengulangkaji dan sebagainya.
Jadi sentiasalah mengingatkan diri anda untuk memastikan anak anak anda mengambil sarapan pagi setiap hari untuk membantu kecerdasan sehariannya. Bekalkan anak anda dengan minuman dan makanan yang berkhasiat yang mengandungi zat2 penting untuk memastikan prestasi mereka meningkat pada hari itu. Jadikan mereka keutamaan anda dalam melakukan setiap perkara kerana anak itu adalah anugerah dan sungguh bermakna untuk ibu bapa dan keluarga.