Keburukan Vape bagi Kesihatan
Zaman yang semakin berkembang telah melahirkan era elektronik yang memberi kesan dalam aspek kehidupan. Bahkan, rokok pun turut mengalami transformasi dengan hadirnya produk rokok elektronik atau yang dikenali sebagai vape. Fakta yang mengatakan vape adalah lebih selamat berbanding rokok tembakau adalah tidak benar sama sekali.
Apa Itu Vape?
Vape adalah sejenis peranti nikotin eletronik. Vape atau rokok elektronik ketika dihisap akan menghasilkan wap air yang kelihatan seperti asap dan menyerupai rokok tembakau. Di pasaran, vape boleh didapati dalam pelbagai jenis. Namun secara umum, rokok elektronik terdiri daripada 3 komponen iaitu mod, tank dan bateri.
Vape berfungsi dengan cara memanaskan liquid yang ada di dalam tank, dan kemudian menghasilkan asap (wap air) yang akan dihisap oleh pengguna vape tersebut. Liquid pada vape mengandung sejumlah bahan kimia iaitu, nikotin, propylene glycol, dan perisa seperti buah-buahan, creamy dan rasa tembakau.
Bahaya Vape bagi Kesihatan
Dianggap sebagai alternatif bagi perokok, ternyata vape atau rokok elektronik memiliki bahaya yang hampir sama dengan rokok tembakau. Hal ini kerana kandungan liquid vape iaitu nikotin, propilen glikol, dan tobacco-specific nitrosamine (TSNA) yang juga ditemui pada rokok tembakau.
Jadi, apakah bahaya vepe bagi kesihatan?
1. Radangan Paru-Paru
Sama seperti bahaya rokok tembakau, bahaya rokok elektronik (vape) adalah merosak kesihatan dan fungsi paru-paru. Hal ini kerana, liquid vape juga mengandungi zat nikotin, di mana nikotin tersebut dapat menyebabkan radang (inflamasi) pada paru-paru, sehingga mengakibatkan jaringan organ pernafasan ini tidak dapat berfungsi dengan baik.
Bahaya vape juga telah dibuktikan oleh para penyelidik dari University of Athens, di mana kandungan zat aditif pada vape akan menyebabkan radang pada paru-paru yang sama atau lebih teruk berbanding rokok tembakau.
Tidak hanya paru-paru, nikotin juga berpotensi untuk merosakan fungsi sejumlah organ tubuh yang lain seperti jantung dan otak, dan menyebabkan penurunan pada fungsi sistem imun tubuh.
Semasa nikotin menyerap ke dalam tubuh melalui aliran darah, zat ini akan memacu kelenjar adrenal untuk mengeluarkan hormon adrenaline (epinephrine). Akibatnya, terjadi peningkatan pada tekanan darah yang akan mempercepatkan degupan jantung dan pernafasan. Kesan yang dihasilkan nikotin juga lama-kelamaan dapat merosakkan fungsi otak.
2. Kanser Paru-paru
Tidak hanya paru-paru yang meradang, nikotin yang terdapat di dalam vape akan mendatangkan bahaya yang lebih teruk pada paru-paru. Kanser paru-paru, menurut penyelidik dari University of Nevada, penyakit ini berpunca daripada zat formalin yang terdapat di dalam vape. Formalin memang merupakan zat yang menyebabkan kanser (carcinogenic).
Semasa anda menghisap vape, zat formalin akan masuk ke dalam tubuh dan terus diserap oleh paru-paru. Lama-kelamaan, zat kimia tersebut akan menyebabkan wujudnya sel kanser pada paru-paru.
3. Penyakit Jantung
Kandungan nikotin yang ada pada vape memang tidak sama dengan rokok tembakau. Namun, kadar nikotin tersebut tetap membantu dalam menyebabkan penyempitan pada salur arteri darah, yang mana akan mengganggu fungsi jantung dan menyebabkan komplikasi serangan jantung.
4. Kecacatan Pada Bayi
Kajian yang dilakuan oleh kumpulan penyelidik dari Virginia Commonwealth University (VCU) mendapati fakta bahwa ‘asap’ vape berbahaya bagi perkembangan janin dan berisiko menyebabkan kecacatan pada bayi.
Selain itu, menurut seorang penyelidik bernama Rene Olivares-Navarette kandungan nikotin dan propylene glycol pada vape dapat mengganggu sel-sel rahim sehingga mengakibatkan keadaan bayi yang mengalami cacat craniofacial, iaitu cacat yang terjadi pada sebahagian tubuh seperti tulang, gigi, kulit dan kelenjar.
Bagi wanita mengandung, sebaiknya anda mengelakkan diri anda dari terdedah dengan asap vape untuk mengelakkan kecacatan pada kandungan anda.
5. Mengurangkan Fungsi Sistem Imun Tubuh
Seperti yang sudah dijelaskan, bahaya vape juga termasuk menurunkan sistem kekebalan tubuh.
Bahaya rokok elektronik bagi kesihatan sudah dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik dari University of North Carolina, AS. Hasil kajian tersebut menyatakan bahawa terjadi penurunan aktiviti sel-sel 594 gen pada perokok tidak kira rokok tembakau ataupun vape.
Sel 594 gen adalah sel yang berperan aktif dalam membantu sistem kekebalan tubuh untuk melawan microorganism yang mengancam kesihatan tubuh.
6. Ketagihan Vape
Menggunakan vape dianggap sebagai cara berhenti merokok yang efektif atau setidaknya menjadiakn aktiviti ‘merokok’ yang selamat. Masalahnya, vape juga mengandungi nikotin yang juga termasuk ke dalam jenis zat aktif yang juga akan mengakibatkan ketagihan pada penggunanya.
Rokok tembakau mahupun rokok elektronik, keduanya memiliki bahaya yang sama. Melihat bahaya rokok elektronik bagi kesihatan yang seperti itu, maka tiada cara lain yang dapat dilakukan selain merubah keseluruhan gaya hidup anda, bermula dari rajin bersenam hinggalah melakukan terapi untuk menghilangkan tabiat merokok.
7. Keracunan
Bahaya vape ternyata boleh menyebabkan penggunanya mengalami keracunan. Perkara ini telah dinyatakan oleh Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada 2014, di mana terdapat peningkatan jumlah pesakit yang dirawat di pusat keracunan sebanyak 215 kali lebih banyak jika dibandingkan dengan tahun 2010.
Keracunan yang disebabkan oleh vape ini terjadi kerana seseorang itu menghirup, menelan ataupun asap daripada vape itu terkena dengan mata dan kulit. Kes keracunan akibat vape ini selalu dialami oleh kanak-kanak yang berusia 5 tahun kebawah.
8. Bateri Meletup
Bateri vape meletup? Meskipun agak mustahil, ternyata kes bateri vape yang meletup ini pernah mengorbankan penggunanya. Seorang pengguna vape atau rokok elektronik bernama Kanneth Barbero dilaporkan menjadi mangsa nahas tersebut yang mengakibatkan lidahnya berlubang, gigi hancur, bahkan menimbulkan luka terbakar di bahagian tangan.
Bateri vape yang mengalami ‘overheat’ menjadi penyebab letupan vape tersebut. Meskipun jarang terjadi, anda tetap perlu waspada terhadap bahaya vape ini.
9. Membahayakan Orang Lain
Tidak hanya anda sebagai pengguna vape atau rokok elektronik, orang di sekitar anda yang turut menghirup ‘asap’ vape juga akan terkesan dengan bahaya vape tanpa terkecuali. Bahkan, mereka yang tidak menghisap vape namun menghirup asapnya dikatakan akan terkena bahaya vape yang lebih besar.
Inilah informasi yang dapat dikongsikan mengenai bahaya vape bagi kesihatan yang perlu anda ketahui dan berwaspada. Jikalau begitu, masih ingin menggunakan rokok elektronik ini sebagai pengganti rokok tembakau? Sebaiknya lupakan perancangan itu.
Semoga bermanfaat untuk anda semua!